peminat susah mati germany

Germany die hard fan

germany… negara yang kebiasaannya berada di kelompok teratas piala dunia.. banyak kali juga menjadi juara piala dunia.

3 orang dalam gambar ni adalah di hard fans germany. anak-anak aku semuanya ni.. hehehe..

memang aku meletakkan harapan supaya germany menjuarai kejohanan piala dunia 2014 di brazil ini. kenapa aku pilih pasukan ini untuk menjuarai piala berprestij ini adalah kerana kelebihan-kelebihan yang ada pada pasukan ini. antaranya:

1. pemain-pemain pasukan ini semuanya masih muda. tetapi mempunyai pengalaman yang luas serta kemahiran yang tinggi. di adun dengan pemain berpengalaman seperti philip lahm, pasukan ini memang berpotensi untuk memenangi kejohanan piala dunia yang dianggap piala berprestij paling utama dalam dunia bolasepak.

dalam kejohanan uero dua tahun lepas pun pasukan ini telah menampakkan kredibiliti untuk menjadi juara dimana pasukan ini berjya memasuki pusingan separuh akhir walaupun pada ketika itu ia dibarisi oelh pemain-pemain yang muda-muda belaka.

2. pengalaman pasukan ini dalam piala dunia memang amat luas. ia pernah menjadi juara beberapa kali.

3. hanya pasukan ini yang berjaya menjadi juara piala dunia yang diadakan di benua amerika selatan yang biasanya tidak memberi peluang untuk pasukan daripada benua eropah untuk menjadi juara. belanda pun hanya pernah sekadar masuk ke perlawanan akhir sahaja.

untuk ini aku memang mengatakan yang germany ataupun jerman akan memenangi kejohanan piala berprestij ini.

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply

%d bloggers like this: