Jumaat yang lalu saya menerima satu kisah pendek yang dikongsikan oleh seorang rakan di group whatsapp. Ceritanya amat ringkas bertajuk kisah 50 sen namun cukup memberi kesedaran kepada saya tentang sedeqah.
Seperti yang saya kongsikan di entri ini, Allah amat menyukai orang-orang yang pemurah dengan memberi sedeqah. Sebagai balasan Allah akan memudahkan rezeki kepada pemberi sedeqah.

Ikuti kisah pendek, kisah 50 sen ini:
Kringggg… (bunyi loceng menandakan masuk waktu rehat bagi sekolah)
“Terima kasih cikgu…!!!”, semua pelajar beredar ke kantin.
Tapi seorang pelajar ini tidak keluar untuk rehat.
“Awak tak rehat ke Alif?” Ujar sy kpd pelajar ni.
“Tak cikgu”. Jawab alif ringkas.
“Kenapa alif tak rehat?” Aku cuba memancing jawapan dari mulut Alif.
Lantas dijaawab alif, “Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu… Beratur panjang-panjang tapi dapat beli
nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu… “Alif tertunduk malu.
Perasaan saya mula bercampur baur, sedih dan sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya.
Saya bertanya lg, “kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?”
“Owh hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu’,
Jawab alif dengan bersahaja. Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan
bertambah..”Mata saya dah berkaca…Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50
sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini.. Luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.
Mungkin kisah ini nampak ringkas tapi bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.
Tidak pula saya ketahui samada kisah 50 sen ini kisah benar ataupun hasil nukilan pengarangannya sahaja. Namun saya sungguh terkesan dengan cerita ini.
Saya mendapat mesej whatsapp ini semasa sedang menunggu imam membaca khutbah, lebih kurang setengah jam sebelum masuk waktu zohor.
Di mana darjat kita yang sudah berkerja ini kalau nak dibandingkan dengan budak miskin dalam cerita tersebut. Allahuakbar! Subhanallah! Kurangnya sedeqah aku.
Satu azam baru aku sematkan di jiwa ini sesudah membaca kisah 50 sen tersebut.
Jom tingkatkan amalan sedeqah!
Subhanallah.. tersentuh. mari sama2 kita tingkatkan amalan kita yg tak seberapa ni 🙂
Faris Al-Muhandisu recently posted..Oppa Gangnam Style di Malaysia Februari 2013
so lps ni jgn tinggalkan amalan sedeqah. tak er byk, kita bg sedikit
sohoque recently posted..Kisah 50 Sen, Kisah Menyentuh Hati
Betul. Amalan sedekah boleh memurahkan lagi rezeki kita. Banyak kejadian yang saya alami dan ajaib hasil daripada amalan sedekah.
Arrazi recently posted..Penulis Jemputan Strategi Penting Blogger
betul tuan. sy pun dah alami. jom tingkatkan lg amalan sedeqah…
sohoque recently posted..Cara Rasulullah Menghitung Tasbih
Tiada alasan untuk bersedekah…
daddydee recently posted..Konsert Besar Sana Sini
ya.. tiada alasan. takder byk, sedeqah sikit. janji ikhlas
sohoque recently posted..Jemputan Ke Majlis Pelancaran Rasmi SnowWorld, Resorts World Genting
kisah yang harus dijadikan tauladan buat semua murid di sek…..
Leeza dayasari recently posted..Beli Antivirus Terkini SINI
kita juga perlu mengambil pengajaran.. bersyukur dgn apa yg kita ada skrg.
Leeza dayasari recently posted..Beli Antivirus Terkini SINI
betul tu leeza.. ramai lg org yg lbh susah drp kita. tp masih mampu bersyukur seadanya
Sungguh pelajaran yang sangat berharga buat kita semua.
rahadian recently posted..Perbaikan Kulit Malam Hari
ya.. moga semua pembaca dpt pengajarannya