
Masyarakat dan perokok
Rokok.. Amat sinonim dengan masyarakat kita. Di kiri kanan aku ada orang merokok. Rakan-rakan aku ramai yang merokok. Dulu masa di universiti, hampir 70% rakan-rakan aku adalah perokok. Mereka seolah-olah tidak tahu akan keburukan merokok.
Tapi kini peratusan rakan perokok sudah menurun. Rakan-rakan baru ramai yang tidak merokok.
Pengalaman pertama kali hisap rokok
Aku pun di suatu waktu dahulu adalah juga seorang perokok. Masa itu aku masih belajar di tingkatan 2. Aku kenal rokok daripada rakan baik aku. Masih aku ingat pertama kali aku merokok adalah di panggung wayang Rex Kuala Terengganu (sekarang dah tak ada). Masa tu ada tayangan filem “Dark Angel” kalau tak silap aku.
Hari itu adalah hari Khamis, hari terakhir sebelum cuti hujung minggu. Pada hari itu pelajar-pelajar asrama dibenarkan pulang ke kampung masing-masing. Jadi sebelum pulang ke rumah kami merayau-rayau la dulu di bandar Kuala Terengganu. Keputusan untuk tengok wayang diambil apabila melihat baki wang tunai masih agak banyak dalam poket masing-masing.

Semasa menonton wayang itulah rakan aku menghulurkan sebatang rokok “Salem Light” kepada aku. Tak tahulah rokok Salem ni ada lagi tak sekarang. Aku ambik dengan tujuan untuk tahu apa rasa merokok. Api dicucuh dan aku mula menyedut asap rokok tersebut.
Tetapi tidak rasa apa-apa seronok sebab aku hanya hisap dan hembus asap macam tu saja. Maklum la, orang tak pernah hisap rokok. Sekejap saja rokok dah tinggal separuh.
Namun pengalaman pertama kali merokok telah bertukar menjadi lebih mencabar apabila rakan aku mengajar cara sebenar menghisap rokok iaitu dengan cara menghisap dalam-dalam asap rokok dan menghembusnya dengan perlahan-lahan.
Pening
Lepas itu aku mula terasa pening. Mungkin kerana nikotin telah cuba mempengaruhi aku. Memang pening. Rakan aku gelakkan aku.
“Releks ar. Takkan hisap Salem Light pun pening…” katanya sambil gelakkan aku.
Aku pun mula berlagak biasa supaya tidak digelakkan lagi.
Bermula daripada hari itu aku sudah terbiasa dengan rokok. Tapi aku masih bernasib baik kerana aku belum sampai tahap ketagihan rokok. Aku merokok hanya untuk mengambil hati rakan-rakan.
Biasanya kami merokok sewaktu berada di luar kawasan sekolah semasa keluar melalui “lubang khas” di pagar belakang asrama. Aku biasanya akan keluar bila terasa lapar. Kebetulan di belakang asrama merentasi parit air ada sebuah gerai nasi lemak yang sangat best!!!
Mendapat hukuman
Aktiviti kami akhirnya dihidu dan mendapat hukuman setimpal. Aku dibuang asrama. Memang terkejut la aku. Kepala pantas berfikir macamana lah aku nak ke sekolah. Rumah aku memang jauh daripada sekolah.
Yang lebih menakutkan aku ialah macamana la kalau berita ni sampai ke telinga mak bapak aku. Aku tak rela mereka tahu. Aku tak rela menghampakan mereka. Memang aku tidak sanggup.
Masa itu memang aku menyesal. Selepas aku dipanggil mengadap pengetua, aku merayu supaya jangan menghantar surat pemberitahuan kepada emak dan ayah aku. Aku berjanji di depan pengetua yang aku tidak akan menghisap rokok dan keluar asrama tanpa kebenaran lagi.
Aku memang bernasib baik kerana pengetua masih lagi mendengar rayuan aku. Surat tidak dihantar ke rumah. Aku diterima kembali untjuk terus tinggal di asrama dengan syarat yang cukup ketat iaitu jika aku didapati bersalah melakukan kesalahan berat seperti itu lagi, tiada lagi amaran akan diberi. Aku akan dibuang terus dari asrama.
Bebas dari rokok
Alhamdulillah. Bermula saat itu aku memang tidak lagi menghisap rokok. Memang tidak menjadi kesulitan kepada aku untuk meninggalkan tabiat itu. Sebabnya aku masih lagi di peringkat menghisap rokok secara suka-suka. Belum sampai tahap ketagih lagi.

Hendak berhenti merokok ini bukan senang. Ia perlu disertai dengan azam dan istiqamah yang cukup kuat dan jitu. Aku pernah melihat rakan-rakan aku yang ingin berhenti merokok, tetapi selang seminggu mereka kecundang dan kembali merokok.
Faktor gagal dan alasan
Antara faktor-faktor yang aku nampak ialah:
- azam mereka tidak cukup kuat
- mereka masih lagi dikelilingi oleh rakan-rakan yang menghisap rokok
Alasan yang diberikan adalah stress dengan tugasan pembelajaran ataupun tugasan kerja. Aku rasa alasan itu tidak cukup kuat untuk mereka kembali merokok. Pokok pangkalnya ialah keazaman yang kuat dan fokus kenapa mesti berhenti merokok.
Aku harap rakan-rakan aku yang ingin berhenti merokok tetapi masih lagi gagal agar mencuba dengan nawaitu dan azam yang lebih kuat. Cubalah petua – petua untuk berhenti merokok daripada orang-orang yang dah berjaya berhenti merokok. Mintalah nasihat dan tips untuk berhenti merokok daripada mereka.
Pertolongan ilahi juga perlu. Angkatlah tangan dan berdoa kepadaNya. Mintalah pertolonganNya agar dikuatkan azam untuk berhenti menghisap rokok.
Rahsia berhenti merokok dalam masa 3 minggu
Oh ya. Ada satu ebook yang aku dah baca, yang aku rasa amat berguna untuk sahabat-sahabat yang ingin berhenti merokok. Penulis ebook tersebut berjaya berhenti dan bebas daripada belenggu rokok dalam masa 3 minggu sahaja.
Anda boleh klik link ini:
>> Ketahui Rahsia Berhenti Merokok Selamanya Hanya Dalam Masa 3 Minggu <<
Moga usaha anda akan menemui jalan kejayaan. Aameen.
Owwhhh….. nakal juga yea masa zaman muda remaja dulu yea….. tapi itulah yang jadi pengajaran hidup kita kan….
Hazman Fadzil recently posted..Terjah Restoran PUFFY BUFFY sebelum tonton wayang di Golden Screen Cinema NU SENTRAL
hehehehe… kisah muda-muda..
ya betul.. pengalaman itulah yg banyak mengajar kita
macam-macam, hehe… Alhamdulillah, dapat juga berhenti. 🙂
suhiminain recently posted..4 Langkah Memilih Platform Blog Yang Tepat
hehehehe.. tak rasa apa2 pun bila berhenti tu. sbb masih diperingkat awal. tak sampai ketagih pon..
oowhhhh…. perokok masa sekolah yea hoq… hehehehe
KiD recently posted..Pengalaman Naik Perahu Dondang Sayang di Tasik Putrajaya
hehehe.. zaman muda mudi bro.. hehehe
ohh..
cam gitu rupanya ye. hoho
titan recently posted..Kajian Sales Bisnes Orang Yahudi
Hehehe. Begitulah kiranya
saya ni tak merokok tapi berkawan dengan perokok, boleh dikatakan sama saja dengan merokok sebab duk sedut asap yang keluar dari hidung member.
Imran recently posted..Biar bergaya asalkan cukup bajet.
Hahaha. Effectnya sama juga tu. Malah bro lg best sbb sedut tanpa filter
syukurlah kalau dah berhenti bila berhenti diniatkan karena Allah agar mendapat pahala karena rokok memang haram
islam di dadaku recently posted..Haramnya Valentine’s Day
alhamdulillah…
saya bukan perokok , jadi nyimak saja hehe
game gratis recently posted..Download Game Avatar The Last Airbender PSP Gratis
nasib baik bro boleh berfikir macam tu..kalau tak dah jadi perokok tegar sekarang..
Hero Borneo recently posted..Media Sosial Yang Melekakan Manusia
tu la.. alhamdulillah. terima kasih atas hukuman buang drp asrama yg sy dpt..
Pengalaman mase mude..hehe..
nur zayyani liman recently posted..Sharing Session at Marriot Putrajaya
hehehe. ya.. pengalaman itulah yg mendewasakan kita
tahniah!! syukur tak betul2 terjebak, kan? tgk perokok tegar nie kesian sbnrnya, bukan senang nak berhenti.
Oja Samid recently posted..Cara Mudah Basuh Kasut Sekolah Tanpa Perlu Penat Menyental
tu la. syukur alhamdulillah
Husband kak kep pun ada zaman nakal mcm nih.. Alhamdulillah lama dah berenti (kalau smoking belakang kak kep tuh.. taktau la kan) huhuhuhu
Kak Kep recently posted..Rahsia Kekal Bertenaga Ketika Melancong Bersama Anak Anak
alhamdulillah… pengalaman mcm ni lah yang mendewasakan kita sebenarnya
bagus juga sebab tak terus merokok 🙂
Dr Fattah recently posted..Nota Separa Perubatan Mengenai Senaman Yang Selamat
ya.. itulah hikmah disebalik kejadian tersebut
Samalah kita bro.. saya pun macam tu.. tapi kalo ikut seumur hidup.. 2x jak rokok sebatang habis.. yg lain saja jak eksen sedut sikit2 kwan punya.. haha.. tapi tu la.. zaman dulu.. bukan perokok tegar.. cuma thu dan pernah merokok.. hehe
Aretikz recently posted..Tips Mencari Dan Menjadikan Lelaki Pendengar Yang Baik
heheheh.. tu la, segaa yang berlaku ada hikmahnya
rokok.. memang tak tahan dengan rokok.
zul recently posted..Saham: Saya dapat 11% untung jual SKPetro
ya betul.. memang tak tahan..
OOo budak nakal kat sekolah ye .. ish ish ish .. pernah kena public canning tak nih?
Hasrul Hassan recently posted..Semakan Keputusan SPM 2014
hehehe.. public canning ada la sekali 3-4 kali.. hahhaha. tp kena kejar dgn rotan tu hampir setiap minggu.. hahahaha
Abang ipar Mek ila juga perokok tegar. Sebelum kahwin , berjanji untuk berhenti merokok apabila kahwin, seterusnya janji untuk berhenti bila dapat anak, sampailah anak ke 6 rasanya tak berhenti juga. Akhirnya berhenti bila dinasihatkan oleh Doctor kerana masalah kesihatan. Di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan.
Mek ila Jual Vitamin recently posted..5 Sikap Suami Yang Buat Isteri Sedih Dalam Diam
bg orang yg dah ketagih merokok, mereka memang memerlukan azam yang cukup kuat untuk berhenti
Nak stop merokok ni memang bukan satu benda yang mudah..kalau dah berpuluh tahun hisap..takkan 1tahun dah boleh stop kan..tapi kena ada azam yg kuat la..
Noriza Rahman recently posted..Pengalaman Berpantang TANPA Jamu
betul tu. azam yg kuat mesti ada. jika tidak, takkan berjaya
Merokok ni memang betul-betul kena berazam TAK NAK MEROKOK ! kalau tak kuat dugaan memang akan jadi ‘hot hot chicken shit’ saja la
Noriza Rahman recently posted..Euphoria Shaklee Wellness Fair, Part 2
hahahaha.. ya lor… kena ada support yg kuat dr sekeliling jugak
Rokok ada GST kan? Mudah-mudahan itu juga memberikan semangat untuk perokok tegar berhenti merokok.
Mek ila Jual Vitamin recently posted..Kisah Kedai Repair Handphone Yang Best di Semenyih
bg perokok tegar mmg susah utk mereka berhenti. harga naik macamana sekalipun mereka tetap setia. melainkan yg sudah betul berazam mahu berhenti. pokok pangkalnya azam mesti kuat. kalau tak takkan kemana
terimakasih bos tentang infonya dan semoga bermanfaat
Mujurlah tak terjebak terus dengan rokok ya..hihihi
Jaja | Youth Skincare recently posted..Suplemen Tenaga Terbaik Untuk Anda Kekal Cergas Sepanjang Hari