More

    Subhanallah… Kisah Mayat Baca Surah Yasin Di Makkah

    Gambar lubang kubur Ma'la - perkuburan jemaah haji yang meninggal dunia di Makkah

    Cerita dipetik daripada blog melayukini.net.

    Mengikut blog tersebut, ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi dan ianya telah disahkan oleh Ustaz Halim Naser, seorang penceramah bebas di Malaysia. Peristiwa ini berlaku di musim haji yang lepas.

    Mengikut ceritanya, pada musim haji yang lepas, beberapa orang pelajar Malaysia telah mengerjakan ibadat haji dan telah mengikut seorang Arab untuk urusan pengkebumian satu mayat yang meninggal dunia pada musim haji itu. Makam yang dituju terletak di Ma’la iaitu tempat pengkebumian mayat yang dikhaskan untuk jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.

    Di sini cara mereka mengkebumikan mayat agak berbeza daripada di Malaysia. Mereka akan menggali satu lubang yang kemudiannya diletakkan mayat tersebut di dalamnya. Mayat tersebut akan dibiarkan di dalam lubang tersebut yang ditutup selama 8 bulan. Selepas itu lubang tersebut akan dibuka semula untuk meletakkan mayat yang baru. Ini mungkin kerana kerajaan Saudi ingin menjimatkan tanah perkuburan kerana saban tahun ramai yang akan meninggal dunia di Mekah. Jadi ini adalah satu sistem yang mereka buat untuk menyelesaikan masalah tanah perkuburan. Lagipun di sana, udaranya panas dan kering. Jadi masalah bau busuk mungkin tidak seperti di negara kita yang beriklim panas dan lembab.

    Jadi pada hari tersebut satu lubang yang telah lebih 8 bulan dibuka untuk menempatkan mayat yang baru meninggal tadi. Apa yang mengejutkan, apabila sahaja lubang itu dibuka, orang Arab tadi telah bertempiaran lari. Apa yang dilihatnya bukanlah pemandangan yang biasa dilihat. Kali ini dia melihat satu mayat sedang bersila, bukannya tidur seperti kebiasaan yang dilihat.

    Dihujani dengan perasaan ingin tahu yang mendalam, pelajar Malaysia ini telah memberanikan diri dengan merangkak ke dalam lubang kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al-Quran. Dan Al-Quran itu pula adalah Al-Quran yang asli.

    Setelah diamati lagi, ayat Al-Quran yang sedang terbuka ketika itu adalah Surah Yasin. Satu perkara lagi yang menghairankan ialah mayat tersebut tidak reput. Begitu juga kain kafan yang membaluti tubuhnya. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan diantara mayat dengan kain kafan (kain ihram) tersebut.

    Setelah diselidiki asal-usul mayat tersebut, ia adalah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah jika ada berlaku tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan, dia akan duduk di suatu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin, yang juga dikenali sebagai Hati Al-Quran.

    Lihat… itulah ganjaran dan kelebihan yang diberikan Allah kepada orang yang berbakti kepada Baitullah. Seperti yang kita semua tahu, segala amal kebaikan di sana akan diganjari dan dilipat gandakan ganjarannya.

    Ada satu hadith berkenaan perkara ini:

    Dari Jabir R.A; bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: satu sembahyang di masjidku (Masjid Nabawi) adalah lebih afdhal (lebih baik) daripada 1,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali di Masjidil Haram di Makkah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain.

    Walaupun hadith ini membicarakan khusus tentang ganjaran pahala solat, tetapi itu menunjukkan kelebihan beramal di masjid berkenaan termasuklah berbakti dengan mengelap tumpahan air zam-zam.

    Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ…

    Subhanallah. Itulah janji Allah kepada hambaNya yang berbakti dan ikhlas kepadaNya, tidak kira kaya, miskin, kacak atau buruk seseorang hamba itu. PadaNya, yang paling utama adalah TAQWA.

    Wallahua’lam.

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge