Hari Sabtu baru-baru ni, aku ke Kuantan untuk menghadiri seminar tentang cara-cara untuk membuat jualan korporat untuk bisnes Unit Trust aku. Memang membuat jualan korporat dalam Unit Trust ini memerlukan pendekatan yang berbeza. Cara menerangkan kepada prospek, input tentang produk dan tahap konfiden amat berlainan dengan membuat jualan kepada prospek yang biasa.
Usai majlis tersebut aku sempat minum sambil bertukar-tukar fikiran tentang idea dan cara-cara memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada klien dengan beberapa orang UTC yang hebat-hebat di cawangan Kuantan. Kami berbincang di sebuah restoren berhadapan dengan syarikat Unit Trust aku bernaung syarikat Unit Trust aku bernaung tersebut.
Duduk bertentangan dengan aku di meja makan restoren tersebut adalah seorang Pengurus Agensi wanita yang hebat di cawangan Kuantan. Saban tahun beliau akan melayakkan diri ke trip luar negara yang diberi kepada UTC yang telah melepasi quota jualan yang disasarkan.
Sedang kami berbual-bual datang seekor kucing ke arah meja makan kami. Sesampai di meja makan kami ia terus menuju ke arah wanita tersebut. Dalam hati aku terdetik:
“Hebat juga aura wanita ini hingga menyebabkan kucing memilih dia. Mesti dia ni seorang yang penyayang”
Wanita tadi lantas menunduk berbual-bual dengan kucing tersebut. Antara bualannya yang aku sempat dengar ialah:
“Nak ke mana ni sayang… Dah makan ke belum?”.
Sejurus selepas itu beliau lantas bangun dan menuju ke kereta beliau. Dikeluarkannya satu tabung makanan kucing. Lalu ditaburnya makanan tersebut kepada kucing tadi. Aku memerhatikan sahaja kucing “gelandangan” yang memakan makanan yang diberi tadi dengan lahapnya.

Memang perbuatan beiau menguntum rasa kagum dalam diri aku. Lantas aku bertanya:
“Selalu ke kau buat macam ni…?”
Beliau menjawab:
“Owh.. ni memang dah jadi habit aku. Aku akan bawak makanan kucing ke mana saja aku pergi. Ada je aku nampak kucing memang aku bagi makanan ni.”
“Kau memang beli banyak ke makanan kucing tu..”
Aku bertanya lagi dengan penuh minat.
“Sebenarnya aku ada bela kucing kat rumah aku. Jadi memang aku beli dengan kuantiti yang banyak makanan kucing ni. Selain daripada aku bagi makan kucing peliharaan aku kat rumah aku bawak tabung ni untuk bagi kucing kat luar”
jelas beliau.
Patutlah rezeki dia murah. Selalu dilapangkan urusan dalam membuat bisnes Unit Trust. Ini amalan beliau rupanya. Selalu bersedeqah walaupun dengan kucing. Allahuakbar.
Jadi ilmu yang aku dapat dalam trip aku ke Kuantan, bukan sahaja ilmu bagaimana untuk membuat jualan korporat untuk Unit Trust, malah ada lagi ilmu yang tidak kurang hebat daripada itu iaitu ilmu bersedeqah untuk menjemput rezeki. Selama ini aku nampak bersedeqah hanya dengan manusia. Rupanya bersedqah dengan haiwan juga adalah satu cara bersedeqah.
Jom amalkan petua murah rezeki ini. Tak payah pun nak buat. Moga ianya akan menjadi penyumbang pahala kepada kita secara berterusan. Moga ianya dibalas dengan rezeki yang melimpah ruah kepada kita. Aameen.
Syukur ya Allah atas ilmu yang aku telah perolehi.
Alhamdulillah, walaupun buat baik pada binatang..Allah berikannya murah rezeki.
ema recently posted..Gelagat anak bila bersukan
Itulah the power of sedeqah
cerita bro ni buat saya tersentap, benda mudah dapat pahala dan menjumput rezeki pun kita terlepas pandang
onlajer recently posted..Panduan Memotong Kuku
itu lah bro.. byk cara nak bersedeqah ni sebenarnya kan…?
nice story bro… sedekah yang berpanjangan tak kira siapa pun makhluk Allah…
KiD recently posted..Promosi Stok Penghabisan Aussino
yup. the power of sedeqah
Rasulullah adalah contoh,bagaimana baginda melayan dan menyayangi kucing..
teringat juga kes Kakimotong…yg membela kucing yg dipotong kakinya tu..
ya betul tu.. perbuatan berbuat baik dgn kucing ni adalah sunnah nabi
SUBEHANALLAH, mulya kali die ni punya hati, trimakasih dah bagi crita ni, jadi kene buat inspirasi saye…
sampai bawa makanan kucing tu kemana-mana memang terbaiklah, baru kali pertama dengar cerita ni. kat kedai mamak biasanya ada kucing sekor-dua, sama-sama kita jangan lepaskan peluang tambah saham akhirat.
Denaihati recently posted..Misteri lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia
itu la.. respen sungguh dgn dia ni
saya memang suka dengan orang yang prihatin dengan kucing. Kucing ne ada power release kita punye tension
Razlan recently posted..Contoh Surat Terima Kasih Selepas Temuduga
berbuat baik dgn kucing ni adalah sunnah nabi tuuu
perkongsian yang menarik… haiwan juga akan mendoakan mereka yang memberi rezeki kepadanya…
deqnoor recently posted..Masakan Kelantan di Ilham Corner USJ 21/4
Ya. Itulah the power of sedeqah
Kisah ini pastinya aku akan ingat setiap kali lepak di kedai makan atau restoran mamak
Hazman Fadzil recently posted..EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 – Cabaran 30 hari bersama Ephyra
Bagus amalan ni sifu
Mohon maaf tuan moderator. Kita terapkan ilmu penyampaian bersedekah kpd public itu mengikut konteks perjanjian roh kita dgn Yang Maha Pencipta iaitu kita diciptakan utk memakmurkan bumi dan beribadah kpdNya.
Semoga tanggapan bersedekah utk menjemput rezeki itu dpt difahami melalui niat ibadah (instead of niat ingin menjemput rezeki melalui sedekah), krn rezeki akan menyusul kemudian mengikut kehendakNya.
Semoga kita sama2 kekal berada pd amalan yg berteraskan niat utama.
In shaa Allah.