13

Kita Peniaga, Hati Pelanggan Perlu Dijaga…

restoran NZ Garden Cafe depan KLCC

restoran NZ Garden Cafe depan KLCC

Hmmmm.. dulu aku pernah terbitkan satu entri memberi pesanan kepada umum supaya berhati-hati menggunakan plug untuk mengecas gajet di restoran mamak. Entri tu aku hasilkan setelah aku sendiri terkena.

Semalam aku terkena lagi. Hahahaha. Nak tergelak pun ada. Memang langsung aku tak ingat untuk bertanya dahulu. Dan peristiwa itu menambahkan satu lagi restoran di dalam senarai hitam aku.

Restoran NZ Garden depan KLCC di sebelah Public Bank Jalan Yap Kwan Seng. Aku sepatutnya ada temujanji dengan klien unit trust aku yang berkerja di Menara Kembar Petronas pada pukul 3 petang. Beliau memilih restoran itu untuk pekena Teh Tarik pada petang itu. Aku ok saja. Setuju saja sebab lepas tu boleh aku terus jemput isteri aku yang berkerja di bangunan AMBANK Jalan YAp Kwan Seng balik dari kerja.

Pukul 2 petang aku dah sampai ke restoran itu. Memang sudah menjadi tabiat aku akan datang awal sebelum klien sampai. Sementara menunggu tu boleh la aku semak perjalanan pelaburan unit trust beliau untuk aku membuat review di depan klien nanti.

Selepas LAptop dihidupkan, didapati bateri sudah kurang. Lantas aku mencari plug untuk mengecas. Aku teruskan kerja review akaun pelaburan.

kerja seperti aku kadang-kadang perlu membuat kerja menggunakan laptop di mana sahaja

kerja seperti aku kadang-kadang perlu membuat kerja menggunakan laptop di mana sahaja

Tiba-tiba klien whatsapp memberitahu ada meeting tergempar yang terpaksa beliau hadiri pada pukul 3.30 petang. Beliau memohon untuk menangguhkan perjumpaan kami.

Sentiasa dengan Plan B aku teruskan kerja blogging aku. Aku hasilkan entri terbaru dan menyiapkan proposal. Lama juga aku lepak kat restoran itu. Pukul 5 baru aku beredar.

Tup tup masa aku bayar, cashier tu cakap semua sekali aku kena bayar RM7.50. Terkejut gak aku. Ya la… minum air teh o panas je kot. Bila ditanya dengan kasarnya cashier menjawab sebab aku guna plug. Caj untuk kegunaan plug sejam RM2.

Hahahaha.. padan muka aku. Apa mau buat. Bayar je lah. Cuma aku sikit terkilan la sebab rayuan aku tidak dilayan. Aku cakap kenapa nak caj. Mana aku tau guna plug kena caj. Sebab 3 bulan lalu aku guna plug gak kat restoran itu tapi tak kena caj pun.

Aku cakap lain kali tulislah kat plug tu yang kegunaan plug di dicaj RM2. Tak adillah pada pelanggan yang tak tau macam aku. Diorang tak layan komen aku. OK. aku tak kisah. Bayar jer. Cuma memang aku blcklist la restoran tu. Lepas ni memang tak pergilah.

Dari sudut perniagaan, rugilah retoran itu. Hanya perkara kecil saja. Kalau diorang terima rayuan aku tak der lah aku tak puas hati. Tak der lah aku nak tulis kat sini. Tapi sebab terlalu ego, tak terima nasihat pelanggan diorang dah rugi satu pelanggan.

Kalau yang baca ni pun ambik jalan seperti aku dengan blacklistkan ia, lagi rugi. Hahahaha. Tak per lah. Dah dia pilih macam tu.

Nasihat kepada pengusaha restoran diluar sana, jika ada perselisihan kecil macam tu dengan pelanggan, mengalah lah. Bukan apa pun guna plug 3 jam. Berapa sangat eletrik kena bayar.

Hati pelanggan kena jaga. Perkara kecil macam ni layankan saja. Kita meniaga. Bukan kualiti makanan saja kena jaga. Tingkah laku dan budi bahasa mencerminkan siapa kita.

Jadi semalam masuklah nama Restoran NZ Garden depan KLCC ke dalam senarai hitam aku. Terima kasih

Show Comments

9 Comments

  1. Bahrain November 3, 2015
    • sohoque November 3, 2015
  2. YB Shehan November 6, 2015
    • sohoque November 7, 2015
  3. Ikhwan November 11, 2015
    • sohoque November 12, 2015
  4. Eswati Azni Jaafar November 16, 2015
    • sohoque November 16, 2015
  5. Naz December 25, 2016

Leave a Reply

%d bloggers like this: