Saturday, March 25, 2023
HomeKL Guest HouseKL Guest House Dah Masuk Bulan Ke 2

KL Guest House Dah Masuk Bulan Ke 2

Dah masuk bulan kedua. Alhamdulillah… KL Guest House mendapat sambutan yang menggalakkan. Rata-rata guest happy dengan unit studio ni.

Alhamdulillah juga, setakat ni Allah beri kemudahan dan kelancaran dalam menguruskan unit ni. Guests yang menempah unit juga tidak memberi masalah.

Bulan pertama, tanggungjawab membersihkan unit setelah guest mendaftar keluar, Abam Hoq pikul sendiri. Saja nak cari pengalaman daripada kosong. Kerjanya tak adalah susah sangat. Cuma disebabkan tiada pengalaman langsung sebelum ni, proses cleaning tersebut mengambil masa sedikit. Tapi ianya semakin bertambah baik dari hari ke sehari.

Habis bulan pertama, Abam terpaksa outsource kerja cleaning kepada pihak ketiga. Masa Abam amatlah terhad. Abam pun ada bisnes lain juga. Bisnes Unit Trust Abam nak kena jaga. Blog dan kerja-kerja atas talian juga nak kena aktif. Pakej travel pun nak kena jual.

Jadi menggunakan pihak ketiga Abam kira adalah jalan yang terbaik…!

Senang nak cari cleaner ni. Sebab Abam dah diperkenalkan kepada cleaner berasal daripada Indonesia ni sebelum ni.

Bagus juga kerja cleaner ni untuk orang seperti beliau. Yang datang ke Malaysia untuk mencari duit. Jadi kerja cleaner ini boleh bagi beliau pendapatan yang tetap. Kadar biasa yang dikenakan untuk servis cleaning bulanan adalah RM400 untuk seorang owner rumah.

Kalau beliau pegang 5 tuan rumah? Tak ke RM2000 pendapatan dia sebulan? RM2000 untuk pendatang Indonesia yang datang mencari duit di Malaysia adalah tinggi. Kerja tak teruk mana pun. Cuma kena buat sepenuh masa.

Modalnya hanya mesin penyedut hampagas sahaja…!

Bijak..! Abam pun taj terlintas ada kerja macam ni sebelum dilantik menjadi pengurus rumah tamu ni.

Moral of the story, kat memana pun ada kerja. Cuma kena rajin dan pantas cari peluang. Anak muda Malaysia? Masih ramai yang menganggur… Hurmmmm…

Loading

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1