KL Guest House – Tersilap Bagi Password Pintu Pada Tetamu

0
889

Hujung minggu baru ni ada guest yang book di KL Guest House. Nak dijadikan cerita, Abam Hoq tertinggal satu aksara passcode pintu masuk ke apartment house tu.

Rumah ni memang siap dipasang dengan passcode pada pintu masuknya. Jadi tak perlulah guest bawak kunci rumah ke sana ke mari. Tekan digit-digit jer pada skrin sesentuh pada bahagian tombol pintu tu. Lepas tu boleh la masuk ke rumah tu. Pintu pulak tertutup dan dikunci secara otomatik. Senang..!

Biasanya segala mesej dan perbualan yang penting Abam akan bagu melalui mesej Airbnb. Tapi kali ni lain sikit. Guest yang masuk merupakan seorang kenalan. Maka mesej dilakukan melalui whatsapp sahaja. Lebih senang dan mesra gitu, fikir Abam.

Rumah ni tidak menggunakan kunci biasa untuk membuka pintunya. Ia dilengkapi dengan pintu digital di mana ia memerlukan password untuk membukanya

Jadi pada hari guest nak masuk tu Abam bagilah mesej kod mailbox dan kod pintu rumah. Oh ya, untuk makluman guest house ni Abam gunakan kaedah self checked in. Makna kata, guest check in sendiri jer tanpa perlu Abam ada di sana. Senang…! Guest bebas nak check in pukul berapa ikut kelesaan mereka.

Jadi hari guest yang merupakan rakan Abam ni masuk, Abam pun copy n paste lah mesej dari dalam Airbnb yang biasa Abam mesej tu. Sekali tertinggal satu aksara apabila diwhatsappkan pada beliau.

Suasan jadi sedikit kelam kabut lah bilamana mencuba access code yang diberi tetapi tidak Berjaya. Kawan ni pulak tak telefon Abam. Aduuuiii.. Dengar kata dekat 10 minit jugak beliau mencuba kombinasi nombor tersebut.

Nasib baik kawan ni bijak. Dan nasib nasib baik aksara terakhir adalah asterisk. Maka setelah digodek hamper 10 minit, dapat lah beliau dan keluarga masuk.

Ini pengajaran jugak buat Abam supaya lebih berhati-hati dan tidak tergopoh gapah dalam menghantar info penting. Nasib baik lah terjadi kepada kawan. Kalau terjadi kepada guest yang tak dikenali, boleh bikin kecoh jugak tu..

Apa-apa pun maaf bebanyak ye nani sebab berlaku perkara ni. Awat la tak tepon Abam.. Hahahaha

Loading

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge