KL Tower Mini Zoo (KTMZ)
Hari Ahad lepas, aku sempat luangkan masa bawak keluarga ke KL Tower Mini Zoo. Ya… KL Tower pun ada mini zoo. Mesti tak ramai orang yang tahu kan? Kalau tahu pun mesti korang belum datang ke sini. Hehehe..
Bukan aku dan keluarga jer yang datang sini pada hari tu. Program ini sebenarnya adalah program kerjasama antara Kelab Blogger Ben Ashaari dengan pihak KTMZ di mana blogger-blogger terpilih daripada KBBA9 dijemput ke sini untuk merasai sendiri pengalaman melihat dan mendekati binatang di sini.
Siapa yang pernah ke Farm in The City Serdang? Kalau korang pernah ke sana korang mungkin dah dapat agak konsepnya.
Konsepnya lebih kurang sama iaitu ada binatang yang yang diletakkan dalam sangkar dan ada bintang yang boleh korang pegang dan bagi makan. Cuma kalau di Farm in The City Serdang, konsepnya lebih kepada konsep kampung. Kat sini konsepnya lebih kepada hutan tropika.
Yang belum pernah pergi ke sini, mungkin akan terfikir kat mana KTMZ ni terletak. Sebabnya kawasan KL Tower ni bukannya luas sangat dan ia terletak di atas bukit.
KTMZ ni dibuat di lereng bukit KL Tower tu sebenarnya. Bijak idea ni. Sebabnya di lereng bukit tu memang dah tersedia pokok-pokok liar. Ini menjadikan tempat ini seperti suasana hutan sikit. Dan ia sesuai untuk dijadikan habitat haiwan-haiwan di KTMZ ni.
Apa binatang yang ada di sini?
Oleh kerana namanya “mini zoo” maka korang janganlah expect ianya besar dan banyak binatang sama macam Zoo Negara tu. Yang ada di sini adalah binatang-binatang terpilih yang agak senang dijaga dan tidak merbahaya.

Lepas korang beli tiket dan mula menapak masuk, korang akan disambut oleh burung kakak tua. Burung-burung boleh dipegang dan boleh ditenggekkan di atas bahu korang. Jangan bimbang. Ia di bawah pengawasan pekerja kat sini.
Daripada situ korang boleh terus meneroka lebih jauh ke dalam. Antara binatang yang korang dapat jumpa sepanjang penerokaan korang adalah ayam, ular, labi-labi, buaya kecil, meerkat, dan lain-lain.
Antara bahagian yang paling best bagi aku ialah kat bahagian kandang burung. Kat sini korang boleh bagi makan kepada bermacam burung. Jinak-jinak semuanya. Hulur jer tangan mereka akan datang hinggap di tangan dan makan di telapak tangan korang.
Untuk kanak-kanak pula aku rasa Longkang Fishing adalah antara yang diorang suka. Kat sini kanak-kanak boleh tangkap ikan yang di lepaskan dalam longkang di situ. Teringat aku zaman kecil di kampung. Aktiviti tangkap ikan ni memang aktiviti rutin jika musim hujan.
Bahagian paling akhir ialah bahagian yang menempatkan monyet albino, Iguana, Kura-kura Dinosaur dan racoon.
Harga tiket KTMZ
Dewasa: M32.00
Kanak-kanak dan Orang tua: RM27.00
kanak-kanak tinggi bawah 90cm:
Pakej
Mini (RM50.00):
1 dewasa
1 kanak-kanak
Percuma 1 aiskrim
Keluarga (RM98.000):
2 dewasa
2 kanak-kanak
Percuma 2 aiskrim
Untuk mengikuti aktiviti dan info terkini KTMZ korang boleh follow:
Fancebook: KL Tower Mini Zoo Malaysia
Komen Sohoque
Secara peribadi memang aku syorkan korang untuk datang ke sini bawa anak-anak. Sekurang-kurangnya diorang akan dapat melihat haiwan-haiwan tersebut secara dekat dan juga belajar serba sedikit tentang binatang yang diorang saksikan.
Cuti sekolah ni masa yang sangat sesuai untuk bawa anak ke sini. Tak perlu pergi jauh pun. Boleh jimat bajet sikit. Hehehe.
Oh ya jika korang nak makan selepas melawat KTMZ ni, aku cadangkan korang pergi ke The Weld (di kaki bukit KL Tower), cari Domino Pizza dan makan kat situ. Banyak promosi ada kat Domino sekarang. Korang pilihlah sendiri. Aloha Chicken dia not bad. Tambah Cheese lagi untuk lebih sedap…!
Ank SS nak dtg lagi mini zoo seronok sgt
ajak di pi farm in the city jugak nanti
Uishhhh… Baru tahu.. Dekat KL Tour pun dah ada zoo… Sebelum ni tahu ada rumah terbalik jer…
anuar recently posted..Bagaimana bekas pemandu UBER boleh menjana pendapatan RM 5 angka sebulan?
haaa tak ramai lg yg tahu ni
memang sesuai bwk anak² dtg sini, mcm² mereka boleh pelajari tentang haiwan..
kaaannn.. byk gak fakta ttg haiwan boleh bljr
Best sangat…nak p.lagii bawa anak2
umminani recently posted..Sambutan Birthday Afeefa Maisarah Ke 2 Tahun
haaa best kan?
nnt nak repeat lagi
joooom
Waah, seru nih. Bawa keluarga liburan kesana pasti asyik. Makasih informasinya 🙂
Aahh… Seronok enjoy anak-anak pi sana…!!
Nina Mirza recently posted..Seronoknya anak-anak terokai Mini Zoo in the City KL Tower
Yup.. kalau malas pi zoo sana mai sini dah ok
Kl tower dah tak macam dulu dah..hehehe
Haah… dia pelbagaikan.. bagus untuk lebih tarikan kepada pengunjung