Setiap anak mempunyai minat dan kelebihan yang berlainan. Ini memang aku perhatikan pada 3 orang anak aku. Salah satu aspek yang aku perhatikan daripada cara awal mereka mendapat pendidikan English diorang.
Yang sulung si Iqbal, banyak dapat daripada rancangan TV. Dulu Youtube masih belum boleh ditonton bebas seperti sekarang kerana limitasi broadband dan wifi yang belum digunakan secara meluas. Masa dia kecil dulu dia memang suka tengok cerita kartun English. Kalau bagi cerita melayu tak mau dia tengok.
Hasil daripada itu, si Iqbal ni lebih cepat belajar English. Cara dia sebut perkataan English tu betul. Tak banyak pun yang aku ajar. Banyak yang dia ikut apa yang dia dengar kat TV. Begitu juga dengan Vocab. Banyak yang dia tahu. Kalau pun dia tak tau maksud dalam Bahasa Melayu, tapi dia faham dan boleh agak berdasarkan ayat yang digunakan.
Jejak Iqbal diikuti oleh adiknya yang bongsu Ifza. Pattern sama jer dua orang ni. Ifza pun dapat cara sebut (pronunciation) melalui TV dan Youtube. So diorang agak lancar kalau baca buku English.
Berlainan dengan Iffah. Iffah tak suka tengok cerita-cerita ni. Hahahha.. Kalau dia tengok mesti tidur. So cara sebutan dia agak lambat dia dapat. Sekarang dah darjah 5. Ada lagi pronunciation yang kurang tepat dia sebut. Tapi dia ni rajin.
KLC Language Centre Puchong
Laaa terpanjang pulak intro aku. Aku sebenarnya nak cerita pasal Pusat Belajar Bahasa Inggeris yang aku singgah hari Sabtu baru ni. Aku nampak diorang up status kat FB bagi tau pasal majlis potong riben sempena pembukaan cawangan pertama di Puchong Selangor. Kebetulan hari Sabtu tu aku tak der job, so aku pergi la sana.
Aku sebenarnya tak familiar sangat dengan Puchong ni. So aku guna jer Waze. Memang Waze bawak sampai depan pintu premis KLC Puchong. Hehehe. Tapi nak bagitau, senang jer nak cari tempat ni. Nak senang lagi korang naik jer MRT. Tempat ni betul-betul dekat dengan stesen MRT Bandar Puteri. Dalam 100 meter jer kot.
Sebenarnya sempena majlis pembukaan, diorang bagi kelas percuma untuk parents yang bawak anak-anak hari tu. Rugi betul aku tak plan betul-betul bawak anak aku. Hurmmm…

Ok sepanjang setengah hari aku kat sini banyak benda yang aku tau pasal KLC ni. Memang bagus sangat tempat ni. Tak sabar nak cerita kat korang ni. Hahaha.. Ok stay tuned ya..
KLC ni Kalau kat Johor memang femes tempat ni. Kawan aku kat sana pun masukkan anak dia ke KLC ni. Sebelum ni dia hantar kat tadika premium yang lain. Tapi anak dia macam tak boleh catch up katanya. Aku tau ni pun lepas dia respons kat post perkongsian aku kat FB.
Kat Johor dah ada 13 cawangan dah tempat ni. Kat KL ada satu. Ini pula adalah cawangan pertama yang dibuka di Selangor. Semuanya ada 16 cawangan seluruh Malaysia. Memang dah well established dah KLC ni.
Pada aku, tempat ni adalah premium learning centre. Tapi kalau hantar anak ke sini, confirm anak terer English. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebabnya cara diorang ajar lain macam yang normal anak kita belajar tu. Kat sini diorang akan timbulkan minat anak kita untuk belajar. Maksudnya minat nak belajar tu akan datang dari dalam diri Anak kita sendiri. Bukan cikgu paksa diorang untuk belajar. So memang confirm la anak akan rasa seronok.
So walaupun harganya premium, tapi ia sangat berbaloi dengan apa yang anak kita akan dapat. Apa yang anak kita dapat pengalaman kat sini, memang takkan dapat kat tempat lain. Jadi, ianya memang berbaloi dengan setiap ringgit dan sen yang kita keluarkan. Yang penting anak kita terer (pandai) English.



Teknik diorang pun lain. Dia dah tak pakai dah method hafal menghafal perkataan macam yang biasa kita tengok tu. So segalanya akan sebati dalam diri anak-anak secara natural.
Kat sini memang guru akan bagi tumpuan betul-betul kat student. Setiap kelas hanya ada 4 orang jer student. So memang tak ada yang akan tercicir daripada apa yang diajar.
Durasi kelas pun tak lama. Satu kelas Hanya 45 minit sahaja. Sebab diorang dah buat kajian, anak-anak ni kalau didedahkan dengan kelas terlalu lama, tumpuan mereka selepas 45 minit akan lari dah. Diorang dah tak boleh tumpu pada apa yang diajar dah.
Kemudian silibus yang diajar juga bukan macam cara lama yang kita belajar tu, Dia mula daripada yang betul-betul basic. Diorang akan mulakan daripada Pengenalan Bunyi (Sound Identification). Kemudian beralih kepada pronunciation seterusnya naik level demi level sehinggalah habis.

Antara perbezaan lain dengan tempat tuisyen lain lagi, kat sini jumlah kekerapan kelas boleh dipilih oleh ibubapa sendiri. Paling banyak boleh hantar sehingga 3 kali seminggu. Nak hantar 1 kali seminggu macam tuisyen biasa pun boleh cuma tidak digalakkan macam tu. KLC cadangkan paling kurang seeloknya datang 2 kali dalam seminggu. Sebabnya kalau datang sekali seminggu anak-anak mungkin dah lupa apa yang diorang dah belajar sebelumnya. Jadi proses pembelajaran mungkin jadi agak lambat.
Ok satu lagi benda aku sangat impress kat sini. Sistem penyimpanan rekod pelajar dan pemantauan kat sini memang terbaik. Kesemua profail pelajar, sistem kedatangan, malah urusan untuk schedule kelas pembelajaran pun boleh dipantau dan diuruskan secara online melalui portal dan mobile apps. Sangat memudahkan..!


Waktu operasi
KLC Puchong dibuka setiap hari sehingga jam 10.00 malam, KECUALI hari Isnin dan Selasa. So banyak masa untuk korang selitkan slot mana untuk anak korang belajar.
Untuk yang nak tahu lebih lanjut pasal KLC, boleh ziarah laman web diorang:
Languagecentre.klceducation.asia.
Ataupun korang boleh jer datang sendiri tengok premis KLC dan berjumpa sendiri dengan staff dan tenaga pengajar kat situ untuk tanya face to face.
Apa kata aku
So berbalik kepada intro aku yang terputus begitu saja tadi. Hahaha.. Aku sebenarnya nak bagitau yang kalau belajar dengan minat, anak-anak akan cepat tangkap apa yang diorang belajar. Macam Iqbal dan Ifza minat tengok movie dan Youtube English, diorang dapat sedikit sebanyak cara sebutan dan vocab English dengan sendiri. Ini berlainan dengan Iffah.

Jadi kalau diorang ni datang ke KLC Puchong ni, aku dapat rasa diorang tak akan menghadapi masalah. Sebabnya minat mereka dipupuk dan timbul dengan sendirinya dengan kaedah baru KLC.
So macam aku cakap tadi, aku memang kagum dengan tempat ni. Dari segi approach, method ataupun cara belajar, sistem, premis dan lain-lain, kebanyakkannya memuaskan hati aku. Nampak mereka ni memang professional dan pakar dalam bidang mereka.
Aku sempat berbincang dengan isteri lepas balik daripada situ. Mungkin aku akan masukkan Iffah dan Ifza sekali nanti. Mungkin boleh mula masa cuti sekolah ni.
Bagus ni, Fathiya besar sikit boleh bawa dia belajar sini
haaa rekomended.. 3 tahun dah blh hantar dah
nak ajar anak english tak berapa reti grammer..baguslah ada class camni…
bgus sgt kelas kat sini..
wah kat jhor pun ada.. nanti dah ada ank boleh la bawa diorang tuisen kt sini
haaa cpt sikit ada anak tuuu..
Harga dia macam mana ye sis…ok tak? Sebulan berapa rm you spend
belum register lg.. i dpt 6 kali free class utk my kids.. tu pun blom start lg sbb skrg i kat turki