Kodak Bankrap…!

Semenjak diasaskan 131 tahun yang lalu oleh George Eatsman, Kodak merupakan perintis dan pencetus kepada idea dan inovasi baru dalam industri fotografi. Namun kini syarikat gergasi itu sedang bergelut dengan masalah kewangan yang amat berat sehingga terpaksa memfailkan perlindungan bankrup.

Di mana silapnya sehinggakan syarikat gergasi Kodak, yang pernah menguasai 90% pasaran filem dan kamera Amerika Syarikat, ditinggalkan jauh oleh pesaingnya dalam industri kamera digital?

Ada 2 faktor utama yang dikenal pasti iaitu:

Tidak Berani Berubah

Inilah faktor kegagalan utama menurut penganalisa industri.

Walaupun Kodak merupakan syarikat pertama yang menghasilkan teknologi kamera digital, namun ia tidak menggunakan kelebihan tersebut untuk menguatkan lagi cengkaman pasarannya yang pada ketika itu menguasai 85% peratus pasaran kamera di Amerika Syarikat.

Sedangkan pesaing-pesainnya seperti Sony dan canon melihat ini sebagai satu peluang yang besar buat mereka lantas mengambil keputusan yang tepat membuat pelaburan besar dalam pengeluaran kamera digital.

Kodak enggan beralih arah kerana mereka bimbang ia akan menjejaskan jualan gulungan filemnya, dan kertas gambar Kodak yang merupakan penyumbang utama kepada pendapatan Kodak.

 

Takut Rugi Besar

Disebabkan pelanggan tidak perlu lagi menggunakan gulungan filem dan mencetak gambar.

Kedua-dua produk Kodak tersebut mempunyai margin keuntungan mencecah 80% pada masa itu, dan mereka tidak sanggup mengambil risiko ‘mengorbankan’ margin untung yang sangat tinggi ini.

Meskipun menyedari kamera digital mempunyai potensi besar untuk menjadi penjana utama pendapatan Kodak. 

Kesilapan pengurusan Kodak di sini ialah ia melihat perniagaan Kodak sebagai sebuah pengeluar produk semata-mata. Jika Disney merupakan perniagaan yang menjual keriangan dan kegembiraan, maka Kodak pula sebenarnya adalah perniagaan penceritaan (story telling)’ .

Ikuti laporan selanjutnya

 

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: