Saturday, March 25, 2023
HomeEventsPLUS Ke Arah Merevolusikan R&R

PLUS Ke Arah Merevolusikan R&R

Perhentian R&R dah jadi begitu sinonim kepada sesiapa yang mengembara di dalam negara menggunakan kenderaan darat. Samada singgah untuk melepaskan panggilan hajat semulajadi, melepaskan lelah dan penat memandu, tidur akibat terlalu mengantuk ataupun mengisi perut yang berkeroncong, tiada tempat lain yang boleh kita singgah jika menggunakan lebuhraya kecuali R&R.

Pilihan lain adalah di stesen minyak di tepi lebuhraya. Tapi yang inipun biasanya dibina di sebelah perhentian R&R juga.

Menyedari pentingnya R&R kepada pengguna lebuhraya inilah, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengambil inisiatif menambaikkan pusat perhentian R&Rnya. Antaranya ialah memeterai perjanjian bersama 10 jenama utama makanan dan minuman sebagai salah satu langkah untuk merevolusikan kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuhraya kendaliannya dalam memenuhi permintaan dan citarasa terkini pelanggan.

Jenama-jenama tersebut adalah Starbucks, Krispy Kreme, Harold’s Bread, Mohd Chan, Famous Amos, A&W, Dunkin Donuts, MyNews, Kenny Rogers, dan Line Clear.

antara jenama yang berkolaborasi dengan PLUS

Harold’s Bread
Famous Amos

Dengan adanya jenama-jenama ini di perhentian R&R, ia akan memberi nilai tambah kepada perjalanan pengguna lebuhraya di mana pengguna dapat menikmati lebih banyak pilihan makanan dan minuman. Dan pilihan-pilihan baru ini adalah jenama yang sedang menjadi trending dan menjadi pilihan kebanyakan pengguna masa kini.

Bayangkan korang berhenti di R&R kerana mengantuk. Lepas tu boleh lepak Starbucks untuk menikmati kopi premium sambil menikmati wifi yang laju. Baru la syiok nak update status di media sosial. Tak gitu..? Starbucks tu sebagai contoh. Sama jugak dengan jenama-jenama yang lain yang pengguna akan merasa lebih teruja untuk menikmati produk makanan dan minuman di bawah jenama mereka.

Langkah PLUS ini pada aku amat bijak. Ia menampakkan mereka memang mengambil kira keselesaan, rasa dan keutamaan pengguna lebuhraya. Dengan cara ini pengguna akan merasa lebih seronok menggunakan lebuhraya dan berhenti rehat di perhentian R&R.

Bukan itu sahaja, dengan adanya jenama-jenama pilihan ramai pengguna ini, R&R bukan sahaja menjadi tempat persinggahan pengembara, malah ia akan menjadi pusat komuniti di mana pengguna akan berkumpul bersama-sama keluarga dan sahabat handai mereka.

Selain kerjasama ini. PLUS juga turut mengadakan penambahbaikan dan menaiktaraf beberapa kawasan rehat terpilih.

Projek penambahbaikkan yang pertama telah dilaksanakan di R&R Rawang (arah utara) di mana kawasan rehat tersebut telah diubahsuai dengan rekaan dalaman berkonsepkan minimalis. Selepas ini program seperti ini akan dilakukan di R&R Machap (arah selatan), Gelang Patah (arah selatan), dan Restoran Jejantas Sungai Buloh.

R&R Rawang (arah utara)

Projek menaiktaraf R&R pula akan melibatkan pembinaan infrastruktur dengan konsep, rekaan dan tema yang baru. Ia akan dilaksanakan di R&R Sremban (arah Selatan) dan Hentian Sebelah Bukit Gantang (arah selatan) pada tahun 2019.

Di samping itu, PLUS juga baru-baru ini telah memperkenalkan projek perintis pembayaran tanpa tunai menerusi aplikasi BOOST di R&R Ayer Keroh (arah selatan) serta pembayaran tanpa sentuh menerusi Visa PayWave di R&R Dengkil (arah utara).

Majlis Menandatangani Rakan Niaga Baharu di Persada PLUS

Semua ini telah diumumkan oleh Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail pada Majlis Menandatangani Rakan Niaga Baharu di Persada PLUS yang turut dihadiri oleh pengerusi PLUS, Tan Sri Dato’ Mohd Sheriff Mohd Kassim dan Keyua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato’ Sr. Aziz Abdullah.

Loading

RELATED ARTICLES

29 COMMENTS

  1. bgs lah. bosan2 leh p rnr.. ekeke.. tiber.. for org utara cm i, i sgt gumbiraaaa.. sbb ada pilihan banyak sket drpd sblm nih utk mkn.. lapo mkn nasi kandaq. ngantuk singgah stabak. fuh. hehehe

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1