93

Pertunjukan Fesyen Koleksi Jubah dan Kurta 5 Waktu Untuk Hari Raya 2017

Jenama 5 Waktu.. Aku rasa jenama ni mula femes tahun lepas (2016) kot. Masa sebelum raya tahun lepas. Masa tu jubah 5 Waktu terjual macam Goreng Pisang Panas. Ni adalah gara-gara jenama ni diviralkan di dalam media sosial. Ejen-ejen online tersenyum simpul je aku tengok. Mana taknya.. Poket kembung sebelum raya. Seronok giller diorang… Sampai aku pun terfikir untuk jadi ejen dropship 5 waktu ni.

Lepas tu 5 Waktu diperluaskan designnya. Keluarlah Kurta 5 Waktu. Akhir tahun lepas aku ada dapat hadiah sehelai Kurta 5 Waktu ni. Namun agak malang bagi yang berbadan sado (baca: montel) macam aku ni. Bila aku pakai kurta tu dan aku tengok cermin, aku dah mula konfius. Dalam cermin tu aku ke ataupun buah nangka yang dibalut rapi.. Hahaha.. Jadi sebab aku pun gelak tengok aku sendiri, maka aku pasti orang lain akan gelak jugak.

Jadi aku simpan dulu kurta tu dalam almari baju sebagai motivasi untuk aku kuruskan badan (kononnya). Walaupun motivasi tu dah macam jadi “motibasi” dah (sebab tak kurus-kurus jugak), namun sekurang-kurangnya niat aku untuk kurus masih utuh. hahaha…

Tahun ni 5 Waktu kembali lagi. Kali ini ia datang dengan pelbagai koleksi warna jubah maupun kurta. Aku dapat lihat sendiri Koleksi Jubah dan Kurta yang pertama kali dipertontonkan untuk 2017 ini semasa aku hadiri Majlis Pertunjukan Fesyen 5 waktu yang diadakan di Hotel Royal Chulan Damansara baru-baru ini. Jeles jer aku tengok model-model tu memperagakan jubah dan kurta 5 Waktu. Apakan daya, badan aku kelas model kategori lain. hahaha.

Sekitar Majlis Pertunjukan Fesyen Koleksi jubah dan kurta 5 Waktu Untuk hari raya 2017:

Kekuatan 5 Waktu

Aku terfikir… Apa ya kekuatan Jubah dan Kurta 5 waktu ni. Kalau tengok sekali lalu, sama jer dengan lambakan jubah dan kurta lain di pasaran. Lalu aku ambil kurta 5 waktu (untuk motivasi) aku tu… Aku aku amati seni rekaan dan jahitan. Lepas tu aku cuba pakai lagi sekali sambil berangan ianya boleh disarung dengan selesa ke badan aku. Hahaha. Walaupun aku masih gagal untuk kesekian kalinya, tapi aku tau dah apa kelebihan kurta tu.

So aku dah tahu apa sebab jenama 5 Waktu ini mendapat sambutan hangat setiap kali ia diketengahkan. Ni yang aku rumuskan:

1. Material

5 waktu menggunakan material cotton yang lembut. Memang selesa jer dipakai. Terasa nyaman bila material menyentuh kulit badan. Rasa tak kesah jer pakai lama-lama pun. Tak seperti sesetengah material tu. Pakai kejap jer dah rasa tak selesa dan rasa tak sabar nak tanggalkan.

material 5 waktu memang terbaik

Material jenis ni memang sesuai dipakai di mana-mana negara, baik di Malaysia yang beriklim panas dan lembab maupun di negara-negara 4 iklim yang lebih sejuk. Aku masih ingat betapa jelesnya aku melihat Lan Careno memperagakan kurta ini sewaktu kami sama-sama melawat Kyushu tahun lepas.

2. Design / Reka bentuk

potongan saiz kurta 5 waktu

Designnya adalah mengikut trend semasa. Memang trend semasa orang pakai sendat. Kasi nampak bentuk badan sikit. So, dari segi design ia memang tidak kalah dengan jenama lain.

3. Jahitan

Kekemasan jahitannya pun terbaik

Jahitannya memang tak dapat dinafikan lagi. Memang sangat kemas…! Aku cuba mencari jahitan yang “defect” pada “kurta motivasi” aku tu. Tapi tak jumpa. Memang puas hati kalau korang beli koleksi jubah ataupun kurta 5 waktu ni. Tak der la korang nampak kecacatan pada jahitan yang boleh buatkan mood terasa seperti pakai jubah atau kurta murahan.

4. Harga

Harga Kurta 5 Waktu adalah RM90 sehelai. Pada aku memang cukup berbaloi dan mampu milik berbanding dengan jenama lain yang setara dengannya. Bila korang dah pakai, memang korang puashati sangat dengan harga berbaloi yang ditwawrkan. Orang kata, alah membeli menang memakai gitu…!

5. Jenama

Sebut jer 5 waktu terasa nama ni memberi sesuatu nilai pada si pemakai. 5 Waktu boleh dirujuk kepada ibadat khusus solat yang wajib kita tunaikan sebanyak 5 waktu sehari semalam. Memandang dan menyebut nama ini memberi peringatan tentang kewajipan tersebut. Harap-harap semua si pemakai terasa macam ni la ya.. hehehe

6. Logo

Anggun. Gah…! Logo dengan tertera angka 5 itu memang anggun dan tersendiri. Ringkas tetapi elegan…! Tengok logo tersebut seperti ia memberi gambaran bahawa jenama ini memang satu jenama yang premium dan bukan murahan.

Di fashion show tersebut 5 Waktu mengumumkan yang ia telah berkolaborasi dengan pasangan artis terkenal Wawa Zainal dan suaminya Aeril Zafril. Langkah bijak yang diambil oleh 5 waktu pada tahun ini telah menghasilkan Koleksi Syoknyeee Raya. Koleksi ini memfokuskan kepada seisi keluarga yang mana ia turut dilengkapkan dengan set baju raya kanak-kanak dan baju wanita.

Koleksi Syoknyeee Raya 2017:

Sedikit sebanyak info mengenai jenama Lima Waktu

Merupakan sebuah syarikat pengeluar baju lelaki muslim yang ditubuhkan pada tahun 2016. Diasaskan oleh anak-anak muda, diinspirasikan daripada laman Facebook Lima Waktu.

Mempunyai 2 rakan kongsi yang sangat berdedikasi iaitu Amirul Afiq Mahadhir dan Syed Fernash Syed Badlishah, produk pertama keluaran mereka ialah Jubah Lima Waktu manakala produk kedua iaitu Kurta Hajj yang mendapat permintaan tinggi kerana potongan badan yang menarik.

Persembahan Wawa Zainal di Pertunjukan Fesyen 5 Waktu:

Sedikit sebanyak info mengenai Wawa Zainal dan Aeril Zafril

Mereka merupakan pasangan artis popular Malaysia. Mereka viral dengan video romantik hindustan yang dikongsikan secara meluas dilaman media sosial baru-baru ini.

Mereka pernah mengeluarkan koleksi baju wanita dan jubah lelaki dibawah jenama WA Clothing. Dan pada tahun ini pula mereka bekerjasama dengan jenama Lima Waktu untuk projek raya.

Nota: Bagi senarai harga terkini dan juga gambaran yang lebih jelas untuk koleksi-koleksi terbaru Lima Waktu, sila layari laman web: www.limawaktu.my.

Show Comments

3 Comments

  1. abid abdullah June 6, 2017
  2. lokman June 14, 2017
    • sohoque June 14, 2017

Leave a Reply

%d bloggers like this: