
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni bukak jer blog, terus terpandang ada 70 komen dalam spam. Biasanya tak sampai banyak macam tu dalam spam aku. Aku biasanya delete terus komen-komen spam ni.
So, aku pun review lah satu-satu komen tadi. Review punya review ada banyak komen daripada otai-otai blogger yang masuk dalam spam. Antaranya ialah Akubio Med (6 komen), Cik Tom (5), Donnyien (2), Nurul (1), titan (1), Bahrain (1) dan Noorikmal (1). Ish, macamana boleh jadi macam ni?. Diorang ni dah jadi macam guru aku dah sekarang ni. Sebab banyak yang aku dah belajar tentang blog ni semenjak dua menjak follow dan baca blog diorang.
So, terpaksalah aku un-spam semula komen-komen diorang tu satu persatu.
Kenapa ya komen pembaca masuk dalam spam. Maksud aku komen pembaca blog yang valid la. Yang ada proper email, yang ada proper blog atau website dan yang bagi komen yang relevant. Sebab biasanya komen pembaca masuk dalam spam ni adalah komen-komen yang tak relevan dan lebih kepada nak promotekan barangan mereka yang entah apa-apa. Ada jugak yang ada unsur porno.
Apa-apa pun aku mintak maaf kepada otai-otai blog tadi sebab komen mereka masuk dalam spam. Dan aku dengan berbesar hati ucapkan terima kasih kepada mereka kerana sudi singgah dan beri komen kepada entri aku.
Terima kasih rakan-rakan blogger.
ada ssalah setting kot
beckhrooy recently posted..Tempat Menarik Di Melaka Zoo Melaka
tu la. tgk sehari dua ni cner. kalau masuk spam jugak sah setting punya hal lah tu
sohoque recently posted..Petua Supaya Malaikat Doakan Kita
selalu juga komen rakan2 masuk ke spam..walaupun mereka sudah lama komen di blog saya
Ladfe Amir recently posted..Tempoh Berpantang
tu laaa… so, komen kat spam pon kena selalu cek..
Alhamdulillah..👍👍
Sahabat semuga roh kedua orgtuamu ditempatkn diklangan para solihin disana.. Aamiin
Sy mohon share artikel diats… terima kasih