More

    Konsep Penjara Sejahtera – Sejauh Mana Penerimaan Masyarakat?

    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, penjara membawa maksud:

    tempat atau bangunan penjenayah dikurung sbg hukuman, bui, jel, kurungan, te­rongko, tutupan.

    Manakala perkara sejahtera pula, menurut buku yang sama ditakrifkan sebagai:

    aman dan makmur, senang dan ten-teram, terpelihara drpd bencana (kesusahan, gangguan, dll): moga-moga kita dapat hidup dlm ~; selamat ~; menyejahterakan menjadikan sejahtera, mengamankan, menyelamatkan: Ya Tuhan-ku, sejahterakanlah Laksamana itu; kesejahteraan keselamatan, kesenangan (hidup dll), kesentosaan, ketenteraman: manusia mesti bekerja keras utk mendapat ~ di dunia dan di akhirat.

    Kepada aku yang amat sedikit didedahkan dengan penjara ini (ataupun mungkin aku yang tidak mahu mencari maklumat tentang penjara), aku lantas membayangkan suasana yang negatif apabila perkataan tersebut terlintas di fikiran. Perlakuan penghuni penjara yang kasar, layanan daripada pegawai penjara yang kasar, displin yang amat kuat, pergaduhan, badan penghuni penjara dengan cacahan tatoo, hubungan jenis yang songsang dan bermacam perkara negatif.

    Kebanyakan persepsi ini aku perolehi daripada khabar-khabar angin dan cerita-cerita yang aku tonton di dalam television baik daripada cerita dalam dan luar negara. Cerita-cerita tentang penjara seperti Prison Break, The Rock, dan lain-lain cerita hollywood masih segar di ingatan. Yang inilah yang menjadikan otak aku segera mentafsir kepada apa yang aku tonton selama ini jika perkataan penjara disuakan kepada aku.

    Aku rasa bukan aku sahaja yang mempunyai persepsi sebegini. Masyarakat juga akan menganggap penjara sebagai perkara yang agak negatif. Sekurang-kurangnya mereka akan meletakkan penjara adalah tempat mengurung penghuni penjara. Tempat orang-orang jahat menerima pembalasan dunia lantaran daripada kejahatan yang mereka lakukan.

    Persepsi ini amat tidak betul sebenarnya. Bukan itu tujuan penjara ditubuhkan. Untuk pengetahuan penjara ditubuhkan dengan objektif memberi kesedaran kepada pesalah undang-undang, memulihkan mereka dan mengembalikan mereka kepada masyarakat sebagai individu yang telah pulih dan insaf.

    Penerimaan masyarakat kepada bekas penghuni penjara juga masih amat mengecewakan. Berapa kerat sahaja penghuni penjara yang telah dibebaskan berjaya mengharungi kehidupan seperti yang diharapkan. Kebanyakan mereka dipandang dengan pandangan negatif menyebabkan mereka sukar meneruskan kehidupan sebagai individu yang dikehendaki oleh pihak penjara semasa di dalam proses pemulihan.

    sesi taklimat yang diadakan sebelum kami dibawa masuk melawat penjara
    sesi taklimat yang diadakan sebelum kami dibawa masuk melawat penjara

    Walaubagaimanapun, pandangan negatif aku, memang jauh tersasar apabila aku dan beberapa orang blogger lain dipilih dan diberi peluang untuk melawat ke dalam penjara. Bukan membuat lawatan seperti biasa seperti kaum keluarga penghuni penjara membuat lawatan, tetapi lawatan yang benar-benar lawatan sehingga ke bilik tidur (dorm), tempat makan, tempat berseminar dan tempat berkerja mereka. Dalam ertikata lain memang aku masuk penjara.

    bloggers bergambar di hadapan pintu masuk penjara Pemulihan Dadah dan Penjara Wanita
    bloggers bergambar di hadapan pintu masuk penjara Pemulihan Dadah dan Penjara Wanita

    Aku telah lihat dengan mata kepala aku sendiri kehidupan mereka di dalam penjara. Walaupun pada peringkat permulaan terasa sedikit gentar bila berhadapan dengan pesalah undang-undang yang melibatkan merogol, menyamun bersenjata dan lain-lain. Namun semuanya meleset. Perasaan yang gentar dalam diam berganti kagum.

    pemeriksaan rapi sebelum memasuki penjara
    pemeriksaan rapi sebelum memasuki penjara

    Tujuan pihak penjara memanggil bloggers ke penjara adalah sempena dengan usaha pihak penjara untuk menukar persepsi masyarakat terhadap penjara dan menjadikan penjara lebih dekat dengan masyarakat.

    penerangan oleh pegawai penjara
    penerangan oleh pegawai penjara

     

    anak salah seorang penghuni penjara wanita
    anak salah seorang penghuni penjara wanita

    Menyingkap serba sedikit berkenaan dengan konsep penjara sejahtera. Konsep ini membawa objektif untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif, selamat dan sihat kepada penghuni penjara dan kakitangan penjara. Untuk ini pihak jabatan penjara perlu mendatangkan satu kertas kerja tentang konsep penjara sejahtera yang bakal merangkumi objektif, strategi perlaksanaan, pelan tindakan, dan lain-lain lagi. Semua ini akan dibentangkan dan dibahaskan di dalam seminar Penjara Sejahtera yang akan dianjurkan di dalam bulan Januari 2014 nanti. Ia akan dihadiri oleh wakil daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta.

    Untuk mengubah persepsi masyarakat demi menjayakan konsep Penjara Sejahtera ini, nama penjara itu sendiri perlu diubah. Ia adalah supaya masyarakat dapat meninggalkan persepsi lama tentang penjara dan mengubah kepada persepsi baru seperti yang dikehendaki.

    Sebenarnya bukan di Malaysia sahaja konsep ini ingin diubah. Negara-negara lain di dunia sudah lama mengubah nama penjara di negara mereka untuk tujuan ini. Berikut adalah negara-negara yang menggunakan nama selain daripada penjara:

    negara-negara yang tidak lagi menggunakan perkataan penjara
    negara-negara yang tidak lagi menggunakan perkataan penjara

    Konsep ini menekankan 10 ciri asas berikut:

    1. Peluang Akademik
    2. Peluang Keperundangan
    3. Keselamatan
    4. Pemulihan
    5. Kemahiran
    6. Rawatan/Kesihatan
    7. Kemudahan-kemudahan
    8. Amalan Terbaik (best practices), Kesetiaan, Disiplin, Integriti
    9. Masyarakat Tempatan
    10. Pengunaan IT
    di bengkel kemahiran penjara wanita
    di bengkel kemahiran penjara wanita

     

    hasil kreativiti penghuni penjara wanita
    hasil kreativiti penghuni penjara wanita

    Untuk mengelakkan entri ini menjadi panjang berjela, hanya 2 ciri ataupun aspek yang akan disentuh iaitu:

    Peluang Akademik

    Walaupun penghuni penjara ini terpaksa berada di dalam penjara menjalani hukuman atas kesilapan lampau, sebenarnya akademik mereka tidak diabaikan. Bagi penghuni yang masih belajar, mereka disediakan sekolah untuk mereka meneruskan pembelajaran. Pelajaran dan sillibus yang diajar adalah mengikut standard sekolah biasa yang bernaung di bawah Kementerian Pelajaran. Malah cikgu-cikgu yang mengajar mereka adalah cikgu khas yang ditugaskan hanya untuk mengajar mereka.

    Situasinya sama sahaja dengan sekolah di luar. Cuma keadaan bilik darjah dan keadaan sekeliling berbeza sesuai dengan peraturan dan keadaan penjara.

    Ada di antara pelajar yang beroleh keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan yang diduduki. Bagi yang cemerlang ini mereka boleh meneruskan pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi sehingga ke peringkat PHD. Aku sempat melawat bilik yang dikhaskan oleh pihak penjara untuk penghuni yang merupakan pelajar yang sedang menyambung pelajaran mereka ke peringkat diploma dan ijazah. Ketika lawatan kami pada hari tersebut sebahagian daripada mereka sedang menduduki peperiksaan akhir semesta sambil diawasi oleh pengawas peperiksaan.

    Aku sempat berbual dengan seorang penghuni yang sedang mencari bahan assignment di dalam komputer. Beliau sedang mengikuti kursus Diploma Pentadbiran Perniagaan daripada Open University.

    penghuni penjara pelajar Open University dalam bidang Pentadbiran Perniagaan
    penghuni penjara pelajar Open University dalam bidang Pentadbiran Perniagaan

    Suasana pembelajaran di bilik tersebut amat selesa dengan kemudahan yang cukup. Lengkap dengan kerusi meja dan alatan belajar yang lain, mereka ini tiada masalah untuk menelaah pelajaran. Malah suasana di bilik ini jauh lebih selesa daripada bilik staf penjara kerana bilik mereka di lengkapi dengan penghawa dingin.

    pelajar pusat pengajian tinggi sedang mencari bahan untuk tugasan pelajaran mereka
    pelajar pusat pengajian tinggi sedang mencari bahan untuk tugasan pelajaran mereka

    Sungguh aku tidak menyangka bahawa penghuni penjara mempunyai peluang sebegini, sama dengan pelajar-pelajar di luar.

    Pemulihan

    Pada pandangan aku, inilah aspek yang paling penting bagi seseorang yang dimasukkan ke penjara. Aspek pemulihan mestilah betul-betul berkesan. Mereka yang telah terpesong ini mesti dibetulkan semula untuk dibawa ke dalam masyarakat semula.

    Untuk ini pihak penjara mempunyai modul-modul yang telah dirangka oleh pakar untuk diterapkan kepada penghuni penjara.

    Aku sempat melawat dorm dan bilik makan serta seminar di penjara. Cukup tersusun. Bilik dikemas rapi, selipar tersusun, dinding-dinding dihiasi dengan kata-kata positif dan motivasi.

    dormitary penjara
    dormitary penjara

     

    dewan makan dan seminar penghuni penjara
    dewan makan dan seminar penghuni penjara

    Menurut seorang ketua yang dilantik daripada penghuni tersebut, mereka dididik dengan penuh disiplin. Sehinggakan meletakkan selipar di depan bilik dorm pun mestilah dengan tertib. Tidak boleh campak atau lempar sahaja selipar tersebut. Jika didapati penghuni melakukan kesalan tersebut, mereka sendiri akan melakukan cara mereka sendiri untuk memotivasi dan mendisiplinkan yang melakukan kesalahan.

    ketua penghuni penjara sedang memberi penerangan kepada blogger
    ketua penghuni penjara sedang memberi penerangan kepada blogger

    Ada 3 peringkat akan dilalui oleh penghuni yang melakukan kesalahan ini. Walaupun kecil mereka harus dinasihati kerana dengan sikap tak bertanggungjawab yang kecil inilah sebenarnya yang akan membawa kepada kesalahan besar.

    Penghuni yang beragama Islam diajar membaca Al-Quran. Ada di antara mereka yang semasa awal kemasukan mereka ke penjara dahulu langsung tidak tahu membaca Al-Quran, sekarang sudah mahir dan mampu mengajar penghuni yang baru pula. Malah ada di antara mereka yang sduah mampu menghafal Al-Quran. Mereka juga dibekalkan dengan guru Al-Quran yang bertauliah daripada pejabat agama.

    penghuni penjara sedang membaca Al-Quran
    penghuni penjara sedang membaca Al-Quran

    Mengikut info yang diberi oleh pegawai penjara, penjara di Kluang Johor ada Maahad Tahfiznya yang tersendiri dan telah ramai melahirkan panghuni yang mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran.

    Usaha yang serius ini sebenarnya telah sampai ke peringkat atasan. Cuma tinggal beberapa langkah sahaja lagi untuk dilaksanakan. Antaranya kementerian telah meminta pihak penjara untuk mengadakan beberapa seminar serta kempen supaya idea serta usaha murni ini dapat diterima secara baik oleh masyarakat.

    Sebaik mana pun usaha dan perancangan pihak penjara untuk memulihkan dan mengembalikan semula penghuni penjara ke pangkuan masyarakat, ianya tidak akan tercapai selagi penerimaan masyarakat terhadapan bekas penghuni penjara masih lagi di takuk lama. Faktor inilah yang menjadi sebab terbesar mengapa bekas penghuni penjara kembali semula melakukan kesalahan undang-undang walaupun telah melalui proses pemulihan yang lama.

    Inilah yang cuba diusahakan oleh pihak penjara sehingga munculnya idea konsep Penjara Sejahtera.

    Harapannya ialah supaya masyarakat dapat memberi maklum balas tentang usaha ini. Maklum balas ini samada menyokong ataupun mengkritik ataupun cadangan membina amatlah diharapkan.

    Anda sebagai masyarakat dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah entri ini tentang apa yang anda fikir dan rasa tentang Konsep Penjara Sejahtera ini. Segala komen dan maklum balas anda akan dikumpul dan disusun untuk dibentangkan di dalam seminar yang bakal berlangsung nanti.

    Komen anda amatlah kami hargai.

    di Galeri Kraftangan Penjara Kajang
    di Galeri Kraftangan Penjara Kajang

    Latest articles

    Related articles

    22 Comments

    1. Terima kasih boh sudi berkongsi pengalaman ‘masuk penjara.’ Nampaknnya, memang berbeza sangat dgn apa yang digambarkan. Apa yang selalu ada dalam fikiran pastinya tmpat tidur beralas simen atau papan playwood semata.

      Kalau begini, insyaAllah, pesalah akan mampu dibimbing ke jalan yang benar. Moga persepsi kita masyarakat akan berubah terutama kepada bekas banduan yang ingin kembali hidup bermasyarakat.

      Terima kasih boh berkongsi!
      hafizmd recently posted..Mom Blogger Top Referral ContestMy Profile

    2. Syukur…kalaulah tjuan baik ini didedahkan pada masyarakat luar …moga nasib mereka apabila bebas mungkin akan trbela..sebab ade stengah bukn mereka bnr2 ingin mlkukan ksalahan..ade remaja trjbak krana salah kwn..trpngaruh …kurang prhatian fmili…jd bntulah glongan muda modal insan..itulah harpan stngah ibubapa yg mana anak mereka pernah menjadi banduan..

    3. Salam Bro,

      Nak tanya sikit boleh? Masa bro dibawa ke tempat penempatan banduan di Rawatan Pemulihan Dadah(RPD) nie, bro terus dibawa ke blok paling hujung kan? pernah x terasa kenapa rombongan bloggers nie tak dibawa melawat ke blok2 lain di RPD?

      Penjara memang pandai buat diversion. Itu komen saya.

      • wassalam bro.. sy rasa pihak penjara cuba untuk buat sesuatu yang baik utk penghuni penjara. sbb tu sy tak terlintas persoalan mcm bro tanya tu. lagipun masa amat suntuk utk blogger dibawa ke semua bahagian penjara sekaligus. apa2 pun pihak penjara telah tetapkan hashtag di fb, twitter dan instagram iaitu #penjarasejahtera. maybe kita boleh lihat dan baca info2 kat situ utk pengetahuan lanjut.

        ini pandangan saya yang positif dan berkehendakkan yang positif. jika ada yg berlawanan dengan pandangan sy ianya diluar kawalan saya.

        mungkin dengan komen bro firdaus akan mendapat respons daripada org lain juga dan mungkin juga daripada pihak penjara nanti.

        terima kasih bro sbb sudi singgah ke blog sy dan bertanyakan soalan

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge