Pening juga hendak menulis dengan kata kunci yang diberikan dalam kontes review anjuran blog Klinik Cinta ini sebenarnya. Kontes yang menggunakan Kata kunci yang bercampur-campur antara Bahasa Inggeris (ataupun Bahasa Inggeris yang dimelayukan) iaitu kontes review dan Bahasa Melayu iaitu klinik cinta. Keliru sudah aku dibuatnya. Yang mana bahasa melayu dan yang mana bahasa Inggeris. Tapi tak apa la kan. Ini pertandingan menulis secara santai. Jadi lepas ni terpaksa lah aku ikut kata kunci yang diberikan walaupun dalam kekeliruan.
Terlebih dahulu tahniah aku ucapkan kepada pasukan penulis blog klinik cinta kerana berjaya mengadakan kontes review blog mereka. Serius, aku tabik kepada anak-anak muda di dalam barisan penulis blog klinik cinta ini. Ada yang aku kenal dan selalu jumpa, dan ada yang aku belum pernah jumpa di alam nyata.
Hendak menganjurkan sesuatu kontes seperti ini bukan satu perkara yang mudah pada pandangan aku. Ianya memerlukan komitmen dan idea yang jitu. Hadiah juga memerlukan kos yang tersendiri dan dari poket sendiri melainkan jika ada penaja. Jika hadiah cikai, pastinya kontes jadi tidak menarik dan blogger susah untuk turut serta. Terutama blogger-blogger otai. Mereka ini pastinya akan sertai jika hadiah kontes yang disertai berbaloi untuk mereka.
Blog klinik cinta, Â jika di review dari segi susun atur dan kekemasan blog memang berjaya menarik hati aku. Kategori, ruangan ataupun segmen tentang isu-isu yang dibincangkan berjaya disusun dan dibahagikan dengan baik. Ia akan menyenangkan pembaca untuk terus ke segmen yang mereka inginkan tanpa perlu membelek satu persatu ruangan di dalam blog.
Tema blog juga kemas dan menarik. Aku suka. Template yang dipilih amat sesuai dengan tema dan niche blog. Bersih dengan latar belakang yang cerah. Ia memang menambat hati aku. Aku memang lebih suka blog yang latar belakangnya putih cerah kerana ia tidak membuatkan mata aku berpinar bila membacanya. Lagipun pada pandangan aku, blog seperti ini adalah lebih kelihatan professional dan matang.
Dari segi pengisiannya pula, aku terpaksa masuk ke dalam blog klinik cinta, membelek dan membaca beberapa artikel dari setiap kategori untuk melayakkan aku berketak dan berkokok di sini. Kalau tidak aku pasti akan menulis apa yang aku tidak tahu. Macamana hendak menulis untuk kontes ini jika aku tidak tahu apa blog ini cuba kongsikan dengan pembacanya. Betul tak?
Yang tak seronoknya, jika jalan mudah itu yang aku pilih, ia seperti membodohkan diri aku sendiri dengan review aku nanti. Buat apa macho dan kacak jika kelihatan bodoh, ya tak?
Terus terang aku katakan, inilah pertama kali aku taip url www.klinikcinta.com terus ke dalam kotak url di bahagian atas browser aku ini. Sebelum ni aku ada singgah beberapa kali tetapi aku datang melalui link ataupun pautan yang ditinggalkan di facebook.
Bukannya tak sudi tetapi aku rasa blog ni bukan untuk aku. Ia bukan untuk orang peringkat umur seperti aku yang sudah punya isteri yang cantik dan anak-anak yang comel seramai 3 orang. Aku berpendapat blog klinik cinta ini adalah blog cinta remaja sahaja.
Tunggu.. jangan negatif dengan aku dahulu dengan kenyataan aku. Sebenarnya apabila orang di luar sana berpendapat seperti aku maka itu bermakna blog ini sudah berjaya menempatkan diri dikalangan pembaca walaupun ia bukan untuk golongan pembaca peringkat umur aku seperti aku. Maknanya dengan membaca nama blog ini sahaja orang sudah tahu dan sudah punya persepsi blog ini tentang apa.
Syabas! Sungguh tertumpu niche blog ini rupanya. Telahan aku selama ini ternyata meleset. Selama ini aku sangkakan blog ini merapu tentang cinta remaja sahaja. Merapu tentang cinta monyet, merapu tentang orang yang kecewa ber kasih dan sebagainya. Rupanya ia lebih jauh daripada itu semua. Pengisiannya agak mantap. Syabas aku ucapkan sekali lagi.
Untuk kontes ini, tiada komen yang serius daripada aku tentang blog ini. Setelah di review, hanya ada sedikit idea untuk menambah baik sahaja. Itupun jika barisan penulis blog Klinik Cinta bersetuju dengan pendapat aku. Jika tidak, anggaplah aku mengomel sekadar untuk sertai kontes sahaja. Antaranya:
1. Selitkan sedikit unsur-unsur agama
Di sini lah peluang untuk admin berdakwah sedikit. Kongsilah sedikit ilmu berkenaan cinta dari sudut yang sedikit berbeza. Contohnya cinta kepada ilahi. Cinta kepada agama. Ataupun Cinta selepas kahwin. Pembaca-pembaca remaja biasanya kurang tertarik jika nasihat agama diberikan secara terus kepada mereka.
Jadi di sinilah peluang buat admin untuk selitkan sedikit nasihat agama kepada mereka dengan cara berhikmah. Nasihat boleh dimasukkan dalam bentuk cerita seperti kisah cinta Rabiatul Adawiyyah kepada tuhannya, kasih para nabi kepada Allah dan sebagainya.
Moga usaha admin dalam memasukkan unsur-unsur dakwah akan mendapat ganjaran setimpal. Dan ingat, ilmu dan dakwah ini akan menjadi saham akhirat untuk kalian semua. Sambil menulis sambil beramal.
Ia akan menjadi berganda lagi jika ada pembaca yang kongsikan pautan di laman media sosial. Lumayan bukan pahalanya?
2. Kategori, ruangan ataupun segmen “resipi” tidak perlu ada
Pada pandangan aku, kategori resepi sedikit lari daripada konsep ataupun niche cinta yang cuba diketengahkan. Mungkin untuk kegunaan carian di enjin carian Google ataupun Bing, kategori ini kelihatan seperti menarik kerana resipi adalah salah satu kata kunci yang selalu dicari oleh pembaca. Ini akan menolong memperbanyakkan kata kunci organik yang akan masuk ke blog ini sekali gus membawa masuk trafik unik yang banyak.
Ruangan Resipi tidak perlu kerana blog Klinik Cinta sepatutnya mengetengahkan isu berkenaan cinta sahaja. Kekalkan niche tersebut. Ia akan menjadi sandaran yang kuat untuk blog ini nanti. Kekalkan trade mark ini. Biar pembaca kenal blog ini dengan niche cintanya. Biar sampai ke tahap apabila orang ingat cinta dan perkara yang seangkatan dengannya, terus sahaja orang ingat blog klinik cinta. Tak perlu selitkan dengan niche yang lain.
Akhirul kalam, moga blog Klinik Cinta akan terus maju. Moga ia menjadi satu jenama yang akan dirujuk apabila berbicara tentang cinta. Moga ia bukan sahaja menjadi tempat perkongsian ilmu dan tempat penyelesaian masalah cinta, malah ia boleh menjadi tempat penyebaran dakwah tentang cinta dalam konteks yang lebih luas, iaitu cinta kepada Allah dan rasul.
Wassalam
Oh ya berikut adalah senarai penaja untuk kontes ini:
Kontes Review Klinik Cinta ini dianjurkan oleh Klinik Cinta dan di taja oleh Sweetkurma, Beautiful Places to Visit, KongsiBersamaNora, Blogger Lelaki, Fuh.My, Khairul Zamri, Pondok Kecil, HasrulHassan, Aku Penghibur, Nurmujahidah, Nabila Biela, Sheda-ucu, Irwan Alessa, Shida Radzuan, Asyrof Asri, Eyma Lydia,  Jejari Comel dan Mohd Ridzwan dot com.
Bila blogger syariah compliance berbicara..gua setuju dengan apa yang diutarakan.
hafizrahim recently posted..CPUV Dari Nuffnang
Tq bro. Youre mah fren!
terbaik! ni yg ambe suke…hehe
selamat berjaya boh!
hafizmd recently posted..ATM vs Kelantan:Separuh Akhir Piala Malaysia Live Streaming
sajer wat meriah kontes boh…
review yg agak lengkap ni. semoga berjaya ya~
Ummi Hanie recently posted..Salam AidilAdha 2013
Tq ummie hani
Sgt pedas.tapi komen dan kritikan yg mmbina.tq abgishak 🙂
Farisya Anastasyia recently posted..Agama:Cara Solat Raya Haji/Aidil Adha
😉
All d best n gd luck…
nurmisnan recently posted..Korban Aqiqah di Kemboja bersama eQurban
Thanks sis. Sekadar memeriahkan kontes
Terima kasih bro – penyertaan di terima.
Semoga berjaya 🙂
Khairul Zamri recently posted..Video Brosur
tq bro. harap memenuhi syarat. hehehehe
semoga berjaya tuan sohoque dalam contest ini.
Salam kenal dari Adib Site.
Adib Site recently posted..Cara Solat Sunat Hajat
tq tuan adib. sajer memeriahkan kontes sambil test power SEO
Satu pandangan yang agak menarik sebagai seorang yang berumur dan berusia ( dewasa katakan). Komen yang membina untuk menampakkan kematangan dan profesional terhadap blog ini. Bila semua memberi pandangan ini akan membuatkan blog ini ada kelainan. Unsur semua makluk perlu diterapkan memang bagus, lebih lagi berkaitan agama. Tahniah……Semoga berjaya….
sensasi2020 recently posted..Keputusan ATM vs Kelantan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia
errkkk.. mcm aku tua sgt jer… heheheh
ni mesti banyak pengalaman bercinta nih. haha..
titan recently posted..Fahami Asas dan Panduan Lengkap Buat Duit dengan Blog.
heheheh.. gua dulu jejaka kacak yg pemalu..
wah, penyertaan baru… review yg menarik juga… huhu~
Akuro San recently posted..Cara Mengatasi Darah Gemuruh Semasa Pengucapan Awam
sekadar memeriahkan contest
Masih hijau lagi dalam dunia blogging, nak review pun tak berapa mahir lagi mengarang. Menarik dengan point keyword tu.
adikensem recently posted..Pengalaman Pertama Cabut Undi Rumah Alam Prima 2 Shah Alam SPNB
hijau pon tak per bro. join kontes ni sbg menunjukkan sokongan kpd rakan blogger yg lain. nnti kita buat kontes diorg join pulak.. tp kalau menang, alhamdulillah
review yang bagus bro..semoga akan dipertingkatkan nanti
blogger lelaki recently posted..Komen Pertama Di Youtube
terima kasih bro. sekadar memeriahkan pertandingan
All the best tuan, yeah setuju juga dgn apa yg disarankan tu.. Definisi cinta tu sgt meluaskan..
baby comel recently posted..Kontes Review Klinik Cinta
tq bos..
anak itik anak ayam,
entri nmpk gaya cam boleh menang.
encikarman recently posted..Rihanna Pakai Tudung di UAE
Hahahahah. Aku x pandai brpantun, caner nak jawab ni
Review yang mantap! Semoga berjaya yer tuan 🙂
Firdaus Azizi recently posted..Selamat Tinggal Jeragat & Sunburn!
hahahah. tak tau lah tuan.sy cuba2 masuk jer ni. sekadar memeriahkan kontes sambil membuat experiment SEO saya. hehehe
tahniah bro 🙂 terbaik dan sentiasa terbaik 🙂
pahan recently posted..UPDATE PALING MENARIK DARI BLOG WALKING #9
tq bro. bro lg terbaik…!
rendah diri lagi ni.hehe
pahan recently posted..Semua yang kau perlu tahu tentang Rutin Blogger