More

    Kopi Tahi Gajah Antara Kopi Termahal Di Dunia

    black ivory coffe
    Kopi Tahi Gajah/Black Ivory Coffe

    Sebelum ini kita biasa mendengar tentang kopi termahal di dunia iaitu kopi luwak ataupun Kopi Tahi musang. Saya pun pernah menghasilkan entri tentang kopi INI. Proses pembuatan kopi yang berasal dari Indonesia ini juga pernah saya kongsikan.

    Kopi luwak pernah menjadi kontroversi sedikit masa dulu kerana keraguan dari segi hukumnya, adakah ia dibenarkan agama Islam untu meminumnya. Ini telah mendorong Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengeluarkan fatwa bahawa kopi tersebut harus diminum. Ia adalah disebabkan oleh sebab-sebab INI.

    Namun kini ada satu lagi kopi yang terhasil daripada najis binatang yang amat terkenal di Thailand dan di kalangan penggemar kopi. Ia adalah Kopi Tahi Gajah atau dikenali sebagai kopi Black Ivory. Ia mula diperkenalkan oleh Anantara, sebuah hotel di Thailand.

    Kopi Tahi Gajah ini ataupun Black Ivory Coffee ini bukan kopi biasa, sebaliknya ia dijual pada harga yang mahal iaitu kira-kira $1,100 dolar bagi setiap kilogram. Ini bersamaan $50 dolar bagi 2 cawan kopi tersebut.

    “Kajian yang dilakukan mendapati enzim yang dihasilkan oleh tahi gajah itu mengandungi protein”.

    “Memandangkan protes memainkan peranan utama dalam menentukan rasa pahit kopi, maka kurang protein bermakna kopi yang dihasilkan akan kurang pahitnya, ’’ demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan hotel berkenaan.

    Hotel ini mempunyai pusat penjagaan gajah di utara Thailand yang digunakan untuk memproses kopi berkenaan. Setakat ini ada sebanyak 30 ekor gajah yang menetap di pusat penjagaan tersebut bersama dengan penjaganya.

    Untuk proses pembuatan kopi Tahi Gajah, gajah-gajah ini akan di beri makan biji kopi. Najis atau Tahinya akan segera dikutip semula apabila gajah tersebut membuang najisnya.

    Biji kopi bercampur di dalam tahi gajah
    Gajah sedang membuang najisnya yang mengandungi biji kopi

    Kopi di dalam tahi gajah tadi akan segera dibersihkan dan dikeringkan sebelum diproses lagi menjadikannya serbuk kopi.

    Biji kopi dibersihkan dari tahi gajah untuk dijemur
    Biji kopi dalam tahi gajah

    Agak-agak jejaka ensem seperti blogger INI minum tak Kopi Tahi Gajah ni jika diajak oleh awek-awek yang cun? Agak-agak Kak Siti tergamak tak bancuhkan Kopi Tahi Gajah ini untuk suami tercinta? Hehehehe. Yang pasti saya belum lagi terlintas di hati untuk meminumnya.

    Setakat ini belum ada lagi fatwa tentang Kopi Tahi Gajah ini.

    Wallahua’lam.

    Latest articles

    Related articles

    19 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge