Korang Dah Baca Surah AlKahfi?

1
1302

Assalamualaikum..

Salam Jumaat. Hari Jumaat datang lagi. Terasa baru jer aku bersolat Jumaat minggu lepas. Hurmmm cepatnya masa berlalu.

Dalam Islam hari Jumaat ni banyak kelebihannya.. Banyak amalan sunat yang disyorkan untuk kita lakukan di hari Jumaat. Dari sekecil amalan sehinggalah amalan wajib.

Selawat

Perkara paling senang yang disyorkan pada hari Jumaat ni ialah kita digalakkan untuk melebihkan selawat ke atas nabi. Hari biasa pun digalakkan juga untuk berselawat, tapi di hari Jumaat, kita SANGAT digalakkan untuk melebihkan selawat ni.

Senang jer nak berselawat ni. Sambil-sambil memandu kereta pun kita boleh berselawat. Kalau biasanya kita bukak radio kereta dengar lagu, hari ni kita tak payah dengar lalu. Kita concentrate jer dengan selawat.

Ataupun kalau tak nak rasa sunyi masa memandu, beli jer CD selawat atau download alunan selawat ke dalam pendrive. Then pasang la masa memandu. Boleh ikut selawat sama-sama. So tak der la rasa sunyi..

Banyak kelebihan untuk orang yang rajin berselawat. Aku ada publishkan di entri aku sebelum ni: Tips: Selawat Menjadikan Kita Seorang Yang Hebat!!!

Surah Alkahfi

Satu lagi amalan yang digalakkan pada hari jumaat ialah membaca Surah Alkahfi. Surah ini akan menjaga orang yang selalu membacanya daripada fitnah Almasih Dajjal.

Banyak hadith yang menyebut tentang kelebihan mengamalkan surah ini. Antaranya hadith ini:

Jika korang tak mampu membaca keseluruhan surah Alkahfi, bacalah 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir. Sekejap jer. Pendek jer 10 ayat tu. Kalau nak senang korang hafal jer ayat-ayat ni. Senang nak baca nanti.

Banyak lagi amalan yang digalakkan pada hari jumaat seperti bersedeqah, mandi sunat dan lain-lain.

Tu jer pesanan ringkas daripada aku. Hehehe.. Saja jer nak ingat mengingati. Moga hidup kita dirahmati.

Untuk pria diluar sana… Selamat bersolat Jumaat..!

Oh ya jangan lupa berdoa selepas asar nanti tau..!

Wassalam

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here