More

    KRU Masterclass – Belajar Buat Duit Di Era Digital

    KRU Masterclass diterangkan oleh Irfan Khairi dan Norman KRU
    Irfan Khairi dan Norman KRU menerangkan tentang KRU Masterclass dan program affiliate KRU Masterclass
    cover majalah ik yang membincangkan tentang kru masterclass
    Cover majalah Irfan Khairi keluaran terkini. Program KRU Masterclass ada diceritakan pada keluaran ini.

    Pagi tadi satu penerangan program yang diusaha samakan oleh Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) dan KRU Studios iaitu KRU MASTERCLASS telah diadakan di IKSB.  IKSB diwakili oleh pemiliknya Irfan Khairi dan wakil KRU iaitu Presiden Eksekutifnya, Norman Abdul Halim.

    norman kru berucap di sidang akhbar kru masterclass
    Norman KRU sedang menerangkan berkenaan KRU Masterclass

     

    pengasas kru masterclass jutawan internet irfan khairi.JPG
    Irfan Khairi sedang menerangkan tentang program affiliate KRU Masterclass

    Seminar ini adalah program sehari yang bertujuan untuk membantu usahawan dan bakal usahawan memperkenalkan jenama mereka dan seterusnya menjana pendapatan melalui medium blog dan media social seperti Facebook, Twitter, Stumble Upon, Linked in, Youtube dan lain-lain lagi.

    antara bloggers dan wakil media yang hadir di sidang akhbar kru masterclass
    Antara Bloggers dan wakil media yang hadir ke majlis penerangan KRU Masterclass
    kru masterclass bloggers di IKSB
    Rakan bloggers sedang bergaya sakan di majlis penerangan KRU Masterclass

    Peserta seminar ini akan didedahkan bagaimana teknik dan strategy yang boleh digunapakai untuk memperkasakan jenama, produk dan sebagainya. Dengan teknik penjenamaan mudah, peserta semestinya akan mendapat pasaran yang jauh lebih luas berbanding pesaing anda di pasaran.

    Seminar satu hari ini akan dikendalikan oleh 3 personaliti/bisnesman yang dikenali ramai iaitu Norman KRU, Yusry KRU dan Irfan Khairi yang telah membuat jutaan ringgit pendapatan daripada bisnes online.

    Seminar ini setakat ini diadakan di KRU Akademi yang terletak di Cyberjaya. Jika seminar ini mendapat sambutan daripada peserta luar Lembah Kelang, kemungkinan besar ianya akan turut diadakan di luar Lembah Kelang di masa yang mendatang.

    Breakfast yang disediakan.JPG
    Sarapan turut disediakan di bahagian belakang dewan seminar pada majlis sidang akhbar KRU Masterclass

    Di samping itu, satu program affiliate telah dilancarkan untuk memberi ruang kepada internet marketer untuk menjana pendapatan dengan mempromosikan program ini.

    bloggers bergambar bersama Irfan Khairi dan norman KRU.jpg
    Bloggers, irfan khairi dan Norman KRU bergambar di majlis sidang akhbar KRU Masterclass

    Sila ikuti entri akan datang untuk penerangan lanjut program affiliate KRU Masterclass.

    Posted from WordPress for Android

    Latest articles

    Related articles

    19 Comments

      • nnti daftarkan nama kamu di entri sy lepas ni. sistem akan simpan nama kamu. nnti jika dah ramai orang sabah yang register insyaAllah KRU akan pergi dan conduct seminar tu kat sabah. tq sbb berminat

    Leave a Reply to Daftar Segera Dan Ketahuilah Bagaimana Buat Duit Di Era Digital Melalui Program KRU Masterclass - sohoque.com Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge