Kuantan Lumpuh Akibat Banjir

13
45

Sekarang pantai timur sedang dilanda banjir. Mengikut makluman, banjir pada tahun ini agak teruk berbanding dengan tahun-tahun terdekat sebelumnya. Tempat-tempat yang sebelumnya tidak dinaiki air sebelum ini turut dilanda banjir.

Mengikut berita yang aku dengar tadi jumlah yang terpaksa berpindah semakin meningkat berikutan hujan yang tidak berhenti. Mengikut Buletin Utama pada 25 Disember 2012, seramai 5888 orang telah dipindahkan ke pusat perpindahan di negeri Terengganu. Lebih 3 ribu orang dipindahkan di negeri Kelantan dan lebih 2 ribu telah dipindahkan di negeri Pahang. Dan angka ini dijangka akan bertambah berikutan hujan yang masih belum berhenti.

Jalan-jalan utama di ketiga-tiga negeri tersebut ditutup kepada kenderaan menyebabkan hubungan darat hampir terputus.

Di antara 3 buah negeri pantai timur ini, aku banyak mendapat berita tentang keadaan banjir di Pahang, Kuantan khususnya. Kuantan adalah tempat aku menetap sebelum aku berpindah ke Kuala Lumpur. Aku banyak menerima perkongsian gambar di dalam facebook maupun whatsapp tentang kejadian banjir ini. Berpandukan gambar yang dikongsi, Kuantan lumpuh akibat banjir kali ini.

Berikut adalah gambar-gambar yang aku dapat daripada perkongsian oleh kawan-kawan:

banjir kuantan 2

 

 

banjir kuantan

 

setali

 

Ini video yang aku kongsikan daripada BH Online:

http://youtu.be/tC7u-bHYqpg

Ternyata daripada gambar dan video di atas, Kuantan lumpuh akibat banjir. Kawasan yang terjejas akibat banjir di dalam gambar di atas adalah di tengah-tengah bandar Kuantan iaitu di sekitar Megamall, East Coast Mall, Setali dan sekitarnya.

Untuk mengetahui maklumat terkini tentang banjir termasuk jumlah penduduk yang dipindah, jalan-jalan yang ditutup kepada kenderaan dan lain-lain berkenaan banjir di negeri-negeri tersebut bolehlah melayari portal banjir INI.

Diharap para penduduk yang terpaksa berpindah dapat bersabar dengan ujian tuhan ini. Kepada yang tidak terlibat dengan banjir bolehlah menghulurkan bantuan mengikut kemampuan.

Cuma aku terfikir, kenapa masalah banjir ini saban hari terjadi. Memang betul ianya disebabkan oleh hujan yang lebat dan kerap di musim tengkujuh. Tetapi di pihak yang berwajib, tiadakah perancangan yang baik untuk mengatasi masalah banjir ini yang sudah dijangka akan berlaku pada saban tahun di musim tengkujuh. Kenapa usaha-usaha membesarkan longkang, tali air dan sungai tidak dilakukan dengan sebaiknya?

Inilah kewajipan kerajaan tempatan. Jangan hanya laju bertindak dalam mengutip pembayaran parking sahaja. Terlebih masa sedikit saman sudah naik. Sepatutnya usaha-usaha untuk mengatasi masalah seperti ini juga hendaklah giat dilakukan.

Wallahua’lam.

13 COMMENTS

  1. Alaaa… siannye orang-orang belah pantai timur…. betl betul..pelik jugak kenape tak nampak kesan apa-apa yang dibuat (kalau ade) untuk mengelakkan atau mengurangkan banjir… huhuhu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here