Kutip Makanan Yang Jatuh Ke Lantai.. Elok Ke Tak Elok Tu?

4
1097

Assalamualaikum..

Salam Jumaat..

Dulu-dulu kalau hari Jumaat ni, blog sohoque.com ni biasanya akan cuba berkongsi entri ke arah keagamaan dan motivasi. Tapi sekarang dah jarang berbuat demikian.

Antara sebabnya ialah kekerapan update blog dah berubah. Banyak sangat benda yang nak dibuat. Keterbatasan masa inilah yang menjadi (atau dijadikan) alasan untuk kurangnya menulis di blog ini.

Namun semangat untuk berkongsi di sini masih membara. Sebab tu aku akan cuba juga sedaya untuk tidak membiarkan blog ini bersawang.

Tambahan pula aku juga ada menjaga website dan media social beberapa syarikat dan individu. Memandangkan semua kerja tersebut dibayar akan usahanya, maka wajarlah aku utamakan kerja-kerja tersebut supaya upah yang aku terima tidak dipersoal.

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan mencoret perkongsian di sini lagi.

Mengimbau kembali beberapa hari lepas, aku ada kongsikan di FB Page aku, satu artikel daripada sinar harian, tentang perbuatan mengutip sisa makanan yang jatuh ke lantai. Artikel itu turut dikongsikan semula oleh beberapa orang followers.

Sebelum ni Abam Hoq memang selalu jugak kutip cepat-cepat kalau makanan jatuh ke meja atau lantai yang bersih…..

Posted by Ishak Ismail on Tuesday, 2 July 2019

Ini sebenarnya amalan aku sejak daripada kecil. Arwah mak aku dulu ajar macam tu. Nanti kalau tak kutip, nasi menangis kata arwah. Setakat nasi ataupun makanan yang pejal jatuh ke lantai, aku cepat-cepat akan kutip dan tiup habuk-habuk yang mungkin terlekat padanya.

Dulu aku ingat sebab kami ni orang miskin, sebab tu lah mak aku ajar macam tu. Tapi tak sangka selepas membaca artikel: Kutip makanan yang jatuh dengan segera ini, ia adalah sunnah.

Ada hadith rupanya pasal ni:
Daripada Anas RA berkata: “Dahulu apabila Rasulullah SAW selesai makan, baginda menjilati ketiga jarinya seraya bersabda: “Apabila suapan salah seorang daripada kalian terjatuh, hendaklah ia membersihkannya dan memakannya. Jangan biarkan makanan itu dimakan syaitan! Juga, hendaknya kalian membersihkan sisa makanan yang berada di pinggan. Sebab, kamu tidak tahu pada bahagian mana daripada makanan kamu yang mengandungi keberkatan.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Dulu masa zaman budak, kalau ada makanan jatuh macam tu, aku akan segera mengutip kembali lantas berseloroh: “tak per, tak kotor.. Kuman belum sempat ambil tangga untuk panjat”.

Kini aku tau ianya adalah perbuatan mulia amalan nabi. Alhamdulillah.. Aku pun ada ajar kat anak-anak tentang hal ini. Diorang ok dan ikut jer sampai sekarang.

Jom ikut sunnah nabi. Banyak sunnah nabi ni. Kalau kita belum mampu ikut sunnah yang berat-berat, kita ikutlah sunnah yang ringan dan simple macam ni. Jangan risau. Pahala tetap aka nada untuk kita. Janji niat tu kena betul.

Jangan biarkan makanan yang jatuh tersebut jadi makanan syaitan. Makanan tersebut ada keberkatannya..!

Wallahua’lam…

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here