More

    Lagu Rasmi Kejohanan Bolasepak Piala Dunia Versi Malaysia

    penyanyi lagu the world is ours
    The World is Ours Versi Malaysia (kredit:anarm.net)

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Ingat tak yang aku cakap pada entri pengenalan David Correy sebagai penyanyi lagu rasmi Piala Dunia FIFA 2014 Coca-Cola beberapa hari yang lalu? Kalau anda perasan kat dalam entri tu ada aku bagitau tentang teka teki siapa artis Malaysia yang bakal berduet dengan David Correy untuk menyanyikan lagu rasmi Kejohanan Bolasepak Piala Dunia ini.

    Hari ini penyanyi-penyanyi tersebut telah pun diumumkan. Siap dengan lagu Piala Dunia versi Malaysia sekali. Lagu tersebut dinyanyikan oleh Ajai, Soo Wincci dan Mista G. Ia mewakili negara Malaysia yang berbilang bangsa. Ajai melayu, Soo Wincci cina dan Mista G mewakili kaum India. Lagu tersebut sudah mula dimainkan di corong-corong radio utama. Cuma mungkin putarannya di radio tidak aggresif setakat kerana menghormati tragedi MH370. Khabarnya media lain pun belum melaporkan tentang perkara ini. Untung la sohoque.com, shakiddo.com, anarm.net, sunshinekelly.com dan isaactan.com
    kerana diberi penghormatan mendahului media lain dalam liputan ini.

    Lagu tersebut yang versi asalnya berjudul The World is Ours dinyanyikan oleh 3 orang artis tempatan bersama dengan David Correy untuk versi Malaysia. Mereka telah dijemput untuk mewakili tanah air kita dalam persembahan lagu tema Coca-Cola untuk kempen Piala Dunia 2014, “The World Is Ours”.

    Ajai

    Ajai
    Ajai

    Album Hafiz Suip yang memenangi Anugerah Album Terbaik AIM 2013 diterbitkan oleh Ajai. Beliau juga merupakan penggubal lagu ‘Hati Ini Telah di Lukai’ yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Kris Dayanti. Single terbarunya ‘Aduh’ telah mencecah satu juta tontonan di Youtube. Buat julung kalinya, Ajai muncul di layar perak dalam filem ‘Tokan’. Ajai juga merupakan hos rancangan TV ‘Jemput Masuk CEF’.

    Soo Wincci

    Soo Wincci
    Soo Wincci

    Bukan sahaja Soo pernah ditabalkan sebagai Ratu Cantik Malaysia, beliau juga adalah seorang penyanyi, chef, model, hos TV, DJ radio yang terkenal di negara ini. Albumnya yang bertajuk ‘Happiness’ mendapat sambutan yang amat baik di Taiwan. Singlenya ‘I’ll Be Alright’ juga amat berjaya di Taiwan dan Malaysia. Album Melayu pertamanya bersama Joe Flizzow ‘Terus Teranglah’ diterbitkan pada tahun 2012.

    Mista G

    Mista G
    Mista G

    Penyanyi dan penggubal lagu, Kunalan Gunaseelan, yang lebih dikenali sebagai Mista G, merupakan artis Tamil tempatan yang telah mendapat perhatian di peringkat antarabangsa. Beliau terkenal dengan lagu ‘Madal Thiranthu’ yang mendominasikan carta muzik Malaysia dan luar negara pada tahun 2004. Album baru beliau, ‘Arpanam-The Final Cut’ meraih 20,000 lebih jualan. Mista G telah bekerjasama dengan penyanyi veteran, Dato’ David Arumugam daripada kumpulan AlleyCats untuk lagu “Kathaley” dan dengan penyanyi rap Rabbit Mac dalam single “Symphony Nilave”. Beliau berjaya merangkul beberapa pencalonan dalam Anugerah AIM-India Malaysia 2013.

    “The World is Ours” mengetengahkan vokal pop Correy yang bertenaga dan bernada tinggi dengan adunan ritma samba, baile funk, hip-hop dan technobraga dalam suatu irama unik ala Brazil kepada peminat bola sepak serta pencinta muzik di seluruh dunia.

    DAVID CORREY 1

    “Kebanyakan orang di luar Brazil, terutamanya golongan muda, tidak berapa kenal akan muzik asli negara itu oleh sebab ia tidak termasuk dalam aliran utama kontemporari. Kini, dengan gandingan suara artis tempatan dalam lagu tema yang bermakna ini, mesej kesatuan pelbagai budaya dapat dimantapkan lagi melalui kejohanan Piala Dunia tahun ini,” kata Pengurus Kumpulan untuk Komunikasi Pemasaran Bersepadu Serantau dan Pengaktifan Coca-Cola di Malaysia, Singapura dan Brunei, Lim Yvette.

    “Kini, peminat setia kejohanan bola sepak Piala Dunia disarankan untuk ‘Makan Bola, Tidur Bola dan Minum Coca-Cola’ sambil menikmati kehebatan lagu “The World Is Ours,” tambah Lim.

    David Correy yang merupakan finalis rancangan realiti X-Factor mempunyai sejarah hidup yang tersendiri. Selain daripada suaranya yang mantap, kisah hidupnya yang penuh bermotivasi, pernah melalui zaman jatuh dan bangun telah menarik minat syarikat gergasi Coca Cola mengikat kontrak beliau untuk projek lagu ini. Kisah hidup beliau secara terperinci aku nukilkan di dalam entri aku tentang David Correy yang lalu.

    David Correy teruja dengan pelantikannya sebagai duta lagu tema Coca-Cola, “Tawaran untuk bekerjasama dengan Coca-Cola adalah satu penghormatan yang luar biasa bagi saya dan saya pasti akan menjunjung wawasannya. Dalam hidup saya setakat ini, saya amat bersyukur kerana dapat mengecapi dua impian: dipertemukan dengan ibu kandung saya dan mendapat kontrak rakaman dengan Coca-Cola,” ujar Correy.

    Mengikut Correy, beliau amat terharu apabila mendengar lagu “The World Is Ours” buat kali pertamanya. “Dua baris pertama liriknya – ‘Run like you’re born to fly, Live like you’ll never die’ – mentakrifkan prinsip saya dalam menghadapi sebarang cabaran yang bakal mendatang. Segala isi hati saya seolah-olah dilafazkan dalam lirik lagu ini dan saya percaya semua orang dapat merasai suka duka kehidupan yang pernah saya alami melalui lagu ini.”

    Penyanyi berusia 27 tahun ini juga berkata, “Saya dibesarkan untuk menerima kepelbagaian dalam hidup. Oleh itu, saya amat teruja dengan lagu yang dapat memuaskan cita rasa semua budaya di dunia ini. Saya juga bersyukur kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan artis-artis lain untuk membawa mesej yang amat bermakna dalam lagu ini kepada para peminat kami.”

    Mengikut Lim Yvette, “Muzik yang disampaikan dalam beberapa kejohanan sukan anjuran kami seperti FIFA dan Olimpik, menampilkan artis yang benar-benar berbakat seperti David untuk mencerminkan jenama Coca-Cola yang optimis dan positif. Kami yakin kisah hidup David merupakan sebuah inspirasi kepada warga Malaysia, terutamanya golongan belia yang mempunyai inspirasi tinggi dan berkeyakinan untuk mencapai impian masing-masing.”

    Pada bulan Januari sempena FIFA World Cup™ Trophy Tour oleh Coca-Cola, rakyat Malaysia telahpun merasai demam Piala Dunia FIFA™ pada peringkat awal. Buat kali pertamanya, lebih 10,000 pengunjung berpeluang melihat Piala Dunia FIFA™ yang sebenar. Kini, peluang untuk ‘makan bola, tidur bola dan minum Coca-Cola’ akan diteruskan dengan adanya promosi besar-besaran barangan bola sepak FIFA World Cup tidak lama lagi.

    “Keghairahan peminat terhadap bola sepak di seluruh dunia disokong kuat oleh pihak Coca-Cola. Melalui kerjasama dengan FIFA, kami ingin mempromosikan permainan bola sepak yang berupaya menyatukan kita semua sambil menggalakkan mereka supaya hidup lebih aktif. Sementara mengajak peminat untuk meraikan kejohanan Piala Dunia, kami juga ingin memberi inspirasi kepada mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam apa jua yang diceburi serta menggalakkan amalan hidup aktif dan sihat,” tambah Lim.

    “Bola sepak merupakan sukan untuk semua orang dan Coca-Cola ingin menyemarakkan semangat kesukanan dalam usaha berterusan kami menggalakkan aktiviti fizikal dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami ingin mereka mencari keseimbangan “kalori masuk” dan “kalori keluar” demi mengecapi taraf kecergasan serta kesihatan yang menyeluruh. Kami juga menggalakkan para pelajar universiti untuk berbasikal di kampus dan bekerjasama dengan Majlis Olimpik Malaysia untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Malaysia.”

    Dengarkan lagu The World is Ours versi Malaysia:

    Latest articles

    Related articles

    19 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge