More

    Lailatul Qadar Untuk Dicari, Bukan Untuk Dinanti

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Lailatul Qadar untuk dicari, bukan untuk dinanti. Ya, orang yang mencari akan lebih beruntung daripada orang yang menanti.

    Lailatul Qadar Untuk Dicari, Bukan Untuk Dinanti

    Ramadhan semakin sedikit bakinya. Terasa seperti baru lagi kita menyambut satu Ramadhan. Hari ini sudah hari ke 21. Astaghfirullah.. Lekanya aku! Dah masuk 10 terakhir Ramadhan dah.

    Banyak lagi sasaran yang aku rancang khas untuk bulan Ramadhan belum terlaksana. Aktiviti membaca Al Quran dengan formula INI, aku sedikit ketinggalan. Semoga aku diberi keizinan untuk terus beristiqamah dan meingkatkan lagi amalan.

    Di bulan Ramadhan ini Allah kurniakan satu malam yang amat besar ganjaran pahalanya kepada sesiapa yang beramal ibadat padanya. Pahalanya lebih baik daripada 1,000 bulan. Firman Allah swt:

    Tahukah kamu apa lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan (Surah Al-Qadar : 2-3)

    Maka setiap ummat Islam pastinya akan mengidam-idam malam yang satu ini. Malam yang Allah hadiahkan hanya kepada ummat Nabi Muhammad SAW. Mungkin kerana ummat Nabi Muhammad ini umurnya tidak panjang. Maka Allah hadiahkan malam tersebut untuk menyamai pahala ibadat ummat terdahulu yang mempunyai umur yang panjang.

    Bila berlakunya Lailatul Qadar? Hanya Allah yang maha mengetahui. Sabda Nabi SAW:

    Sungguh aku diperlihatkan lailatul qadar, kemudian aku dilupakan –atau lupa- maka carilah ia di sepuluh malam terakhir, pada malam-malam yang ganjil.

    (HR Muttafaq alaih)

    Namun begitu Nabi Muahmmad SAW telah memberi pembayang-pembayangnya waktu berlakunya Lailatul Qadar melalui beberapa hadith baginda. Antaranya:

    Carilah lailatul qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh hari terakhir Ramadhan (HR. Bukhari)

     

    Seseorang bermimpi bahwa lailatul qadar terjadi pada malam kedua puluh tujuh. Maka Nabi SAW bersabda, “Aku melihat mimpi kalian bertemu pada sepuluh hari terakhir, maka hendaklah ia mencarinya (lailatul Qadar) pada malam-malam ganjil.” (HR. Muslim)

     

    Sesungguhnya sebagian sahabat Nabi SAW bermimpi lailatul qadar terjadi pada tujuh hari terakhir (Ramadhan). Maka Rasulullah SAW bersabda, “Aku melihat mimpi kalian bertemu pada tujuh malam terakhir, maka barangsiapa yang ingin mencarinya, hendaklah ia mencari pada tujuh malam terakhir.” (HR. Bukhari)

    Ada juga hadith yang memberitahu akan tanda-tanda selepas berlakunya Lailatul Qadar seperti hadith ini:

    Ubay (bin Ka’ab) berkata, “Demi Allah yang tiada tuhan melainkan Dia. Sesungguhnya ia terjadi di bulan Ramadhan. Dan demi Allah sesungguhnya aku mengetahui malam itu. Ia adalah malam yang Rasulullah memerintahkan kami untuk qiyamullail, yaitu malam kedua puluh tujuh. Dan sebagai tandanya adalah pada pagi harinya matahari terbit dengan cahaya putih yang tidak bersinar-sinar menyilaukan.” (HR. Muslim)

    Nah, pembayang sudah diberi. Apa lagi? Ringankanlah kaki…! Masalah kita pula, bila dah bagi pembayang ada pulak yang pilih hari ganjil sahaja. Ada sesetengah tu tunggu malam ke 27 sahaja.

    Lailatul Qadar untuk dicari, bukan untuk dinanti. Beribadatlah dengan sesungguh hati di malam terakhir yang 10 ini. Siapa menanti dia rugi. Kerana jika dia menanti malam yang ganjil sahaja, malam itu sebenarnya malam genap di tempat lain. Dan malam genap di tempat kita adalah malam ganjil di sesetengah tempat yang lain.

    Ada doa khusus yang disarankan oleh Rasulullah SAW di malam Lailatul Qadr:

    Dari Aisyah ia berkata, “Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah jika aku mengetahui bahwa malam itu adalah lailatul qadar, apa yang harus aku ucapkan waktu itu?’ Rasulullah bersabda, ‘Ucapkanlah: Allaahumma innaka ‘afuwwun kariim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii (Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia, Engkau Mencintai Pemaafan, maka maafkanlah aku).’ (HR. Tirmidzi, shahih menurut Al-Albani)

     

    Bacalah banyak-banyak doa yang nabi kita ajar itu.

     

    Jadi tak perlu tunggu. Tumpu sahaja betul-betul kepada ibadat terutama qiamullail di baki 10 malam terakhir ini. Semoga kita berjumpa dengan Lailatul Qadr yang kita damba.

    Ameen.

    Sumber

    Latest articles

    Related articles

    12 Comments

    Leave a Reply to daddydee Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge