Lalat masuk dalam minuman, apa harus dibuat?

lalat

Lalat – sebelah sayapnya penyakit, sebelah lagi penawar

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda;

“Apabila lalat masuk ke dalam minuman kamu, hendaklah ditenggelamkannya, kemudian dibuang lalat itu kerana sesungguhnya salah satu sayapnya mengandungi penyakit dan satu lagi mengandungi ubat.”

(Sahih Bukhari)

Allah mencipta penyakit, dan Dia juga yang mencipta penawar. Setiap penyakit ada penawarnya. Dan penawar yang paling hebat adalah Al-Quran.

Ia boleh menjadi penawar kepada penyakit luaran. Ia juga boleh menjadi penawar kepada penyakit dalaman yang datang dari hati yang kotor, seperti hasad dengki, ujub, takabbur, sombong, keluh kesah dan lain-lain. Sesiapa yang mengamalkan membaca mukjizat nabi yang paling besar ini insyaAllah terhindar daripada penyakit hati tadi.

Dalam perihal lalat tadi mungkin saintis zaman sekarang sudah menemui rahsia sayap lalat tersebut. Saya tidaklah pula membuat research sewaktu artikel ini ditulis.

Jadi, oleh kerana kita sebagai orang biasa yang tiada ilmu mendalam tentang lalat, jika serangga itu terjatuh ke dalam minuman dan minuman itu kita masih ingin menikmatinya, sebaiknya selamkan kedua-dua sayapnya kedalam air tersebut. Kemudian baru minum. Ini untuk mengelakkan kita terkena penyakit yang dibawa daripada lalat.

Namun begitu, jika kita berhasrat untuk tidak lagi meminum air tersebut kita boleh sahaja membuangnya. Ianya tidak menjadi satu kesalahan.

Wallahua’lam.

Leave a Reply

%d bloggers like this: