Aku mendapat berita daripada wakil daripada Samsung mengatakan Samsung telah melancarkan edisi terbaru Samsung Galaxy Note 10.1. Ia adalah edisi tahun 2014. Pengumumannya telah dibuat oleh Samsung Malaysia Electronics pada 31 Oktober 2013 yang lalu.
Apa yang dapat disimpulkan ialah ia adalah sebuah peranti pintar yang menggabungkan keupayaan memberikan produktiviti dan kecantikan. Ia adalah satu revolusi kepada tablet.
Antara ciri-ciri yang ditambah baik pada tablet ini ialah:
- ia dilengkapi dengan WQXGA Super Clear LCD (2560×1600) resolusi paparan 10-inci yang menakjubkan,
- pemproses 2.3 GHz Quad Core dan 3GB RAM,
- direka semula dengan anggun, ringan dan nipis serta bergaya.
Lebih Kepuasan Tontonan, Multitasking yang dipertingkatkan
Skrinnya yang besar, terang dan jelas dengan 4 kali kepadatan pixel berbanding Galaxy Note 10.1 yang asal, akan memberikan kepuasan tontonan kepada pengguna
UX gaya majalah membolehkan pengguna untuk mengatur sumber kegemaran mereka dalam papan pemuka yang senang digunakan. Kandungan boleh diakses untuk pengalaman membaca dengan lebih bergaya. Samada anda menonton video atau membaca majalah ataupun e -buku, GALAXY Note baru 10.1 (2014 Edition) menyediakan satu pengalaman yang lebih penggunaan media. Ciri-ciri reka bentuk baru, seperti penutup belakang yang bertekstur dengan jahitan , memberi rasa keanggunan dan kecanggihan.
Multitasking dengan peranti baru ini boleh dipertingkatkan dengan saiz skrinnya yang besar. Dengan Multi Window , pengguna akan dapat menjalankan aplikasi yang berlainan dengan serentak. S Pen juga dipertingkatan dengan membolehkan fungsi Drag and Drop daripada satu window ke window yang lain.
Peningkatan Fungsi S Pen dan S Note
S Pen baru S memodenkan pengalaman pengambilan nota cara biasa dengan keupayaan untuk melaksanakan tugas-tugas sharian dengan hanya satu klik. S Pen yang dipertingkatkan yang didatangkan bersama GALAXY Nota 10.1 (2014 Edition) meningkatkan responsif , memberi peningkatan keberkesanan seharian dan menghasilkan keupayaan input lebih kreatif.
S Pen GALAXY Note 3 yang mempunyai ciri-ciri bari seperti Action Memo, Scrapbook, Screen Write and S Finder juga disediakan untuk lebih pengalaman dan ruang untuk meneroka peranti ini.
GALAXY Nota 10.1 (2014 Edition) boleh didapati dalam 32GB + Micro SD dengan sambungan LTE. Produk ini didatangkan dalam dua warna – Jet Black dan Classic White, di semua Kedai Jenama Samsung dan wakil pengedar bermula November 7, 2013 . Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Samsung Malaysia atau layari Samsung Mobile Facebook Malaysia
Kalaulah yg ada baik hati hadiahkan tab ni pada birthday aku akan datang
hafiz recently posted..Tips keselamatan untuk wanita
heheheeh.. kena cari la org yg baik hati tu.. hahhahaha
Memang sesuai jika bro beli.. baru nampak Hebat sket!! tak ‘hang’… =)
KiD recently posted..Bajet Terbaik Rakyat Malaysia 2014
heehehehhe.. note 3 yg bakal sampai next week tak hang kot.. hehehhe
Ini boleh lawan dengan iPad Air nih! Screen resolution pun nampak power… Leh la Pak Sohoque berhijrah 😛
Firdaus Azizi recently posted..Jom Hebat Kerteh | Bisnes Coaching Bersama Famili!
hahahaha. kawe masih lg guna hp old school kawe
aku juga la yg masih pakai samsung wave ni
blogger lelaki recently posted..Kenangan SPM Aku
hp aku lg lama bro… malu nak sebut
macam best je, boleh tengok nanti
Wan Gerrard recently posted..Arsenal 2-0 Liverpool: Kalah Di Tangan Kualiti Arsenal
Mmg best bro. Galaxy note 10.1 tp pakai teknology note 3
boleh touch dengan pen dia saja ke? Ngan tangan xboleh ke?
FaizAlias recently posted..Ebook Percuma Teknik Menangi Kerja Jobdirumah
Touch ngan jari pon boleh, tp kalau guna s pen dia function lg byk
pergh…tgk jer dah macam nak beli..macam nak beli…tp ambe setia ngn nokia dulu…hehe
hafizmd recently posted..Jangan Buat 3 Benda Ni Kalau Nak Kuruskan Badan!
nokia tadop tablet boh…! hehehhe