Lee Chong Wei Tarik Diri Di Seluruh England

Kecewa.. Tetapi apakan daya. Keputusan yang diambil oleh Datuk Lee Chong Wei adalah yang terbaik untuk dirinya dan negara. Beliau mengalami kecederaan di bahagian bahu. Mungkin jika permainan diteruskan akan mengakibatkan kecederaan yang lebih teruk dan akan memudaratkan dirinya yang mungkin bertemu Lin Dan lagi di sukan Olimpik nanti.

Dengan memutuskan untuk menarik diri ketika permainan masuk set kedua, awal pagi ini (waktu Malaysia), beliau gagal mempertahankan kejuaraan Seluruh England buat kali ketiga berturut-turut.

Pada set pertama, Chong Wei kalah 19-21 dan ketinggalan 2-6 ketika mengambil keputusan menarik dari meneruskan persaingan.

Keputusan itu mengejutkan banyak pihak ketika ramai meletakkan harapan beliau boleh memburu gelaran hatrik kejuaraan Seluruh England di Birmingham.

Pertemuan antara Chong Wei dan Lin Dan adalah yang terakhir dalam jadual perlawanan akhir Kejohanan Seluruh England kali ini.

Tahun lalu, Chong Wei mengetepikan musuh ketatnya itu untuk mempertahankan kejuaraan.

Ketika itu dia mengambil masa 52 minit untuk menundukkan Lin Dan 21-17, 21-17.

Laporan Bernama pula menyebut, penonton yang berada di National Indoor Arena itu nyata tidak putus-putus memberi sokongan padu dan sorakan semangat kepada pemain negara itu sehingga Chong Wei terpaksa akur dengan kecederaan yang dialaminya.

“Saya rasa kami bermain baik dan dia (Chong Wei) juga bermain baik.

“Tetapi dia tidak mahu kecederannya menjejaskannya kerana saya tahu dia mahu bermain dan kami akan bertemu lagi di Sukan Olimpik,” kata Lin Dan ketika ditemubual selepas perlawanan itu.

Lin Dan juga pernah menjuarai kejohanan All England sebanyak lima kali pada tahun 2004, 2006, 2007, 2009 dan terbaru tahun ini.

Show Comments

No Responses Yet

  1. Pingback: | sohoque.com March 14, 2012

Leave a Reply

%d bloggers like this: