7

Lega… Aku Masih Bebas Daripada Penyakit 3 Serangkai

Jalan terhoyong hayang

Sejak dua hari yang lepas… Aku mula rasa lemah badan. Pening kepala. Pening kepala kali ni agak lain daripada biasa. Biasanya kalau pening, kepala rasa berdenyut. Kali ini tidak…! Aku terasa macam berjalan di lantai yang tak rata. Macam berjalan dalam sampan pun ya jugak. Terhoyong hayang. Terasa lantai tinggi rendah tak rata.

Badan terasa lemah. Setiap sendi lemah dan lenguh. Nak angkat tangan pun rasa macam tak terdaya jer. Tapak tangan dan kaki terasa kebas. Masa gosok gigi pagi tadi beberapa kali berus gigi tertusuk gusi bahagian atas. Aku tak dapat nak kontrol daya pegangan pada berus gigi tu.

Menaip sekarang ni pun terasa lain macam. Aku kurang rasa sentuhan papan kekunci laptop ni.

Penyakit mendampingi di usia 40-an

Hurmmm… dengar macam takut jer kan. Ya la.. Mau tak takut. Aku dah lepas umur 4 series kot. Orang kata lepas umur 40 ni memang memacam penyakit cuba ushar badan untuk singgah.

Aku takut penyakit 3 serangkai (Darah Tinggi, Kencing Manis dan Jantung) jer. Sebabnya mak aku ada darah tinggi. Nenek aku ada kencing manis.

So setelah 2 hari, malam tadi aku ke klinik untuk cek apa-apa yang patut. Rakan-rakan FB juga ramai yang syorkan aku untuk jumpa doktor. Ya.. malam tadi aku dah jumpa doktor seperti korang cadangkan.

Detim ngan doktor jap.. Nice number… . #kbba9 #sohoquedotcom #klinikmenarabukitjelutong

A photo posted by Ishak Ismail (@sohoque) on

Darah tinggi ke Demam Saraf?

Doktor tak cakap apa-apa pulak pasal penyakit ni. Cuma dia ambik tekanan darah aku. Bacaan 140/100. Agak tinggi tapi belum sampai keadaan yang membimbangkan. Atas sempadan. Walaupun doktor tu tak cakap apa-apa pasal penyakit tu, tapi aku dapat agak…

Doktor saspek aku ada darah tinggi. Sebabnya lagi, dia suruh aku berpuasa selama 8 jam dan datang semula besok pagi (pagi hari ni) untuk diambil darah.

Pagi tadi aku ke klinik lagi untuk memenuhi appointment tersebut. Aku buat Urine Test dan diambil darah untuk memastikan penyakit sebenar.

Dan aku request untuk jumpa doktor lagi. Kali ni doktor yang lain pula. Untuk mendapatkan second opinion. Lepas aku cerita keadaan simptom aku, doktor ni yang lebih senior di klinik tersebut, yang aku rasa lebih berauthority, membuat konklusi yang aku terkena Demam Saraf (Nerve Fever).

Apa itu Demma Saraf. Demam ini akan menyebabkan saraf kurang berfungsi dengan baik. Ia akan mengakibatkan lenguh dan lemah sendi seperti yang aku rasa sekarang. Ia juga membawa kepada ketidaksensitifan saraf pada hujung jari dan tapak tangan, sama yang macam aku alami sekarang.

Bila aku tanya sebabnya, doktor cakap sebab vitamin dalam badan dah tak cukup. “Kena makan supplement” kata doktor. Dan dia memberi supplement untuk saraf yang ada di klinik tersebut.

Aku yakin dan amat berharap doktor yang kedua ini betul. Sebabnya apa yang dia describe 90% adalah apa yang aku alami. Kalau betul Alhamdulillah la. Sebab ianya bukan penyakit Darah Tinggi.

Cuma aku kena tunggu 2-3 hari lagi untuk mendapatkan hasil ujian darah dan urine aku tu.

Moga tuhan kembalikan kesihatan dengan kadar segera…

So sekarang masih lemah dan “hanyut”. Tadi aku gagahkan diri berjalan daripada Jalan Yap Kwan Seng ni ke KLCC. Aku berjaya sampai walaupun berjalan rasa macam ke kiri dan ke kanan.

Harapnya sehari dua lagi Demam Saraf ini akan berakhir. Aku sekarang makan ubat demam dan saraf serta supplement yang doktor bagi tadi. Moga kesihatan aku kembali seperti sediakala. Ameen.

Show Comments

11 Comments

  1. shiqeen sattar January 11, 2017
    • sohoque January 11, 2017
  2. Ezad skytech January 11, 2017
  3. Ezad Skytech January 11, 2017
    • sohoque January 12, 2017
  4. permatabiru0310 January 12, 2017
  5. Suria Amanda January 13, 2017
  6. JMR January 18, 2017
    • sohoque January 18, 2017
  7. Nor hazmira February 6, 2017

Leave a Reply

%d bloggers like this: