
Cuti sekolah sudah bermula. Apa agaknya rancangan anda dan keluarga sempena cuti sekolah ini? Rancanglah ia betul-betul. Terutama tentang aktiviti anak-anak. Takkan nak biarkan mereka lepak di rumah sahaja sambil tengok TV dan main game. Cari lah aktiviti yang berguna untuk mereka.
Jika rumah anda ada tanah di sekeliling rumah, mengajar mereka menghias halaman adalah satu perkara yang bijak. Sekurang-kurangnya mereka tau bagaimana menyangkul dan menanam pokok sekaligus dapat menyelami sedikit sebanyak kehidupan para petani.
Menghantar anak ke program menghafaz Al-Quran juga satu idea yang bagus. Banyak sekolah agama dan pondok bertauliah yang mengadakan program sebegini sekarang sempena cuti sekolah.
Untuk aktiviti sekeluarga meluangkan masa membawa anak-anak melancong di dalam maupun ke luar negara dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan membuka mata dan minda anak-anak melihat tempat orang. Anda boleh merujuk artikel Merancang Percutian Bajet Dengan Agoda dan Visa dan artikel Lokasi Pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2014 untuk tips bagaimana merancang percutian bajet dan lokasi untuk bercuti.
Jika tiada masa juga, sekurang-kurangnya bawalah anak-anak anda menonton wayang bersama. Di musim cuti sekolah ini banyak filem-filem yang dikhaskan untuk anak-anak ditayangkan. Salah satu filem yang menarik adalah filem animasi 3D terbitan Summertime Entertainment.
Aku telah dijemput untuk menonton preview filem animasi ini baru-baru ini. Cerita hasil inspirasi daripada novel terkenal “The Wonderful Wizard of Oz” karya L.Frank Baum dan buku bersiri “Dorothy of Oz karangan Roger Stanton Baum. Filem animasi ini adalah filem kesinambungan daripada cerita dongeng ini yang menjadi kegemaran anak-anak di seluruh dunia.
Filem animasi ini adalah sebuah filem muzikal animasi 3D yang akan ditayangkan di seluruh pawagam tanahair bermula 5 Jun 2014.
Sinopsis
Cerita bermula dengan Dorothy yang terjaga dari lena setelah ribut taufan yang kuat melanda kawasan perumahannya sehari sebelum itu. Banyak kemusnahan kepada rumah dan seluruh bandar yang dibawa oleh ribut taufan tersebut.

Sedang meratapi kemusnahan tempat kediamannya, Dorothy dan anjingnya Toto secara tiba-tiba telah dibawa oleh pelangi ajaib ke bumi Oz. Pelangi tersebut dihantar oleh rakan-rakan lama Dorothy iaitu Scarecrow, the Lion dan the Tin Man.

Sesungguhnya putaran masa di bumi Oz adalah lebih pantas. Sepeninggalan Dorothy, Jester (abang kepada Wicked Witch of the West) telah menawan bumi oz secara berperingkat. Seorang demi seorang ketua daerah telah ditangkap dan disumpah menjadi puppet dan dikurung di dalam bilik pameran.

Glinda yang agak kuat kuasanya pun tidak dapat melawan kuasa Jester dan beliau merupakan ketua daerah yang terakhir yang ditawan. Kini harapan untuk menyelamatkan bumi Oz seratus peratus terpikul di bahu Dorothy.

Perjalanan dengan pelangi ajaib yang gagal berfungsi penuh telah mencampakkan Dorothy ke tempat lain, bukan ke tempat yang sepatutnya yang dirancang oleh rakan-rakannya. Namun semua ini ada hikmahnya. Dalam perjalan mencari Emerald City, Dorothy telah berjumpa dengan rakan-rakan baru iaitu Wiser the Owl, Marshal Mallow, China Princess dan Tugg The Tugboat.

Namun kelicikan Jester menyukarkan usaha Dorothy untuk menyelamatkan rakan-rakannya. Apakah cabaran-cabaran bakal ditempuhi Dorothy? Apakah strategy Dorothy mengatasi tipu helah Jester? Berjayakah Dorothy menyelamatkan rakan-rakannya dan megembalikan bumi Oz seperti sediakala? Bawalah kelurga anda menonton cerita yang sarat dengan mesej ini.

Pelakon yang meminjamkan suara untuk filem animasi ini:
Dorothy : Lea Michele
The Scarecrow : Dan Aykroyd
Tin Man : Kelsey Grammer
The Cowardly Lion : Jim Belushi
China Princess : Megan Hilty
Marshal Mallow : Hugh Dancy
Wiser the Owl : Oliver Platt
The Jester : Martin Short
Tugg : Patrick Stewart
Glinda the Good Witch : Bernadette Peters
Munchkin Suitor : Tom Kenny
Judge Jawbreaker : Brian Blessed
Fruit Stripe Lawyer : Douglas Hodge
Secara keseluruhan, filem ini amat bagus untuk tontonan sekeluarga. Dan aku tanpa ragu-ragu merekomen filem animasi ini kepada anda sekeluarga. Filem yang santai dan penuh dengan pengajaran.
Selamat menonton filem animasi 3D Legends of Oz: Dorothy’s Return. Moga aktiviti sihat ini dapat memenuhi masa lapang anak anda sekaligus mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Terus mencari cerita ni nanti.. 🙂
dah besar2 pun, jiwa masih lagi kanak2..hehe
ANIRAH AZURI recently posted..[Infografik SEO] Panduan SEO WordPress
hehehe.. sama la.. dah tua pun. tp masih seronok tgk citer kartun
Hurmm…. kalau anak pompuan okey la kot…. kalau anak laki better tengok citer lasak skit….
Hazman Fadzil recently posted..Harga Tiket Masuk Sunway Lagoon Theme Park
huhuhu.. anak lelaki pon apa der hal tgk citer cam ni yop man.. bebudak.. suka jer diorg.. hehehehe
[…] Musim sekolah dah lebih seminggu berlalu. Apa perancangan anda untuk anak-anak? Apa pengisian untuk anak-anak yang telah dirancang? Kem motivasi? Kelas pengajian agama? Bercuti bersama-sama? Ataupun sekadar keluar tengok wayang dengan anak-anak? […]