perunding unit amanah

Limpahan Rezeki Di Industri Unit Trust

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rezeki ada di mana-mana. Cuma bergantung kepada kita untuk mencarinya. Yang pasti jika hanya berpeluk tubuh pasti ianya sukar diperolehi. Apatah lagi mengharapkan limpahan rezeki yang datang menjenguk. Usaha amat perlu untuk ke arah itu.

“Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan cukupkan keperluannya”
–  At-Thalaq, Ayat 65: 3

Allah utuskan para nabi sebagai penunjuk jalan kepada ummat masing-masing. Perutusan nabi dan rasul sebagai penjelasan lanjut daripada apa yang telah tertera di dalam kitab. Semua nabi-nabi dan rasul yang diutuskan ini mempunyai perkerjaan masing. Nabi Soleh misalnya sebagai tukang jahit. Nabi Musa sebagai pengembala kambing di suatu peringkat dalam hidup baginda. Nabi Daud juga pernah menjadi pengembala dan Tukang Besi. Malah nabi Agung kita, Nabi Muhammad SAW sendiri adalah seorang pengembala kambing pada peringkat awal dan seorang peniaga yang berjaya pada usia muda.

Pengembala kambing adalah suatu pekerjaan yang mulia

Pengembala kambing adalah suatu pekerjaan yang mulia

Tidakkah kita terfikir, kenapa nabi dan rasul yang sememangnya utusan daripada Allah, yang dijaga oleh Allah tetap berkerja? Tentu ada jawapan di sebaliknya. Jawapannya itu lah yang aku cuba bicarakan di dalam topik limpahan rezeki ini. Kita harus berkerja untuk mencari rezeki. Rezeki tidak akan datang bergolek.

Allah jadikan benda-benda di sekeliling kita sebagai pengajaran kepada kita. Tapi hanya yang berfikir mencari jawapan sahaja yang akan menemui pengajarannya. Lihat sahaja burung. Berpagi-pagi lagi sudah keluar mencari makan. Cuba jika burung tersebut tidak keluar mencari makanan. Mana mungkin ia akan dapat sumber makanan untuk kelangsungan hidupnya?

gambar burung bagi makan

Jika burung tidak keluar mencari makanan adakah anaknya akan mendapat makanan?

Malah Allah mengganjari dengan pahala kepada sesiapa yang membuat sesuatu perkerjaan kerana Allah. Apabila niat kita berkerja kerana Allah, maka selama mana kita berkerja dengan ikhlas itu akan diganjariNya dengan pahala kebaikan. Bukankah ini suatu galakan kepada kita untuk berkerja dengan rajin dan ikhlas?

Cuma manusia juga dikurniakan dengan akal dan fikiran. Banyak kerja yang boleh dibuat untuk menyara hidup dan keluarga. Kita bebas memilih mana-mana kerja yang mahukan. Ada kerja yang menggunakan kudrat tenaga. Ada kerja yang menggunakan kemampuan akal fikiran untuk berfikir dan sebagainya. Terpulang kepada kita untuk memilih. Tapi yang sebaiknya pilihlah kerja mengikut keupayaan dan kelayakan kita. Ini adalah supaya kerja kita nanti akan beroleh keputusan dan hasil yang mantap. Supaya kita menjadi muslim yang terbaik di dalam bidang kerja yang kita ceburi itu.

Bagi aku kerjaya yang aku pilih sebagai Financial Consultant di dalam bidang Unit Trust dan Takaful ini sangat bertepatan dengan aku. Kerja ini memang sesuai dengan kerja aku yang tidak suka melakukan kerja yang sama pada setiap hari. Aku tidak suka dikongkong oleh waktu pejabat 9 pagi hingga 5 petang. Aku nak menjadi boss sendiri. Aku impikan pendapatan ataupun limpahan rezeki yang tidak mempunyai had dan boleh diperolehi dengan kerja keras yang bijak. Aku hendakkan pendapatan yang pasif yang akan aku dapat dengan membuat kerja sekali tetapi pendapatannya selama-lamanya. Ini semua aku perolehi dengan kerja ini.

perunding unit amanah

Unit Trust, instrumen yang terbukti berkesan dalam perancangan kewangan

Yang paling seronok kerja ini bukan hanya senangkan kita seorang. Ia adalah kerja menolong orang. Menolong klien membentuk pelan perancangan kewangan mereka dan memantau sehingga pelan objektif yang dikehendaki mereka tercapai.

Kerja ini kerja dakwah. Kita berdakwah untuk menegakkan muamalah Islam. Kita memberi kefahaman tentang pelaburan secara Islamik. Kita memberi pendidikan tentang riba’ dan pengharamannya di dalam Islam. Kita menggalakkan ekonomi Islam.

Kerja ini juga menolong rakan kongsi UTC yang lain membina karier mereka untuk mencapai objektif pendapatan yang mereka ingini. Faktor ini pun memang menjadi sebab utama kenapa aku pilih kerjaya UTC ni. Kita menolong orang lain menjadi kaya. Ini adalah formula ataupun rahsia orang kaya bertambah kaya.

Dalam memantau pelaburan klien dan mendidik UTC yang lain, satu benda yang perlu aku salurkan ialah ilmu. Ilmu pelaburan unit trust kepada para klien merangkap pelabur supaya mereka benar-benar faham tentang instrumen pelaburan yang mereka gunakan ini. Biar mereka betul-betul yakin bahawa unit trust ini boleh membantu merealisasikan objektif kewangan mereka.

Untuk UTC di bawah seliaan aku, ilmu unit trust dan ilmu jualan dan pemasaran amat penting untuk disalurkan di samping motivasi yang berterusan. Ini adalah untuk memastikan UTC tidak menjadi UTC sekerat jalan. Biarlah cita-cita mereka ini menjadi kenyataan.

Ilmu yang aku curahkan ini aku harapkan akan menjadi pelita tatkala aku sudah terputus semua amalan aku semasa hidup iaitu ketika aku di dalam kubur nanti. Sabda Rasulullah SAW:

“Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya. Kecuali 3 perkara:

  • Sadaqah jariah
  • Ilmu yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
  • Anak yang Soleh yang mendoakan”

Namun dalam membuat perancangan mencari rezeki dan arah hidup bukannya apa yang kita rancang semuanya menjadi kenyataan. Ini kerana sehebat manapun perancangan kita, kita mesti ingat bahawa Allah Maha Hebat perancanganNya.

Kadang kita akan terfikir, kita sudah berusaha dengan sedaya upaya, tetapi apa yang dihajati dan di doakan tidak datang ke dalam genggaman kita. Sedangkan ada orang yang kita tengok berusaha dengan lebih kurang sahaja tetapi Allah kurniakan rezeki yang diingini kepada mereka.

Kadang benak terdetik jika Allah sudah merancang segalanya, adakah dengan usaha kuat kita akan mampu mengubah rezeki kita? Minda juga terkadang diuji dengan persoalan, jika rezeki sudah ditetapkan kenapa perlu berusaha. Berserah sahaja dengan berdoa sahajalah.

Minda dilemahkan lagi dengan bisikan syaitan durjana, kita sudah berusaha dan berdoa tetapi mengapa apa yang kita impikan belum juga menjelma. Fikiran terkeliru adakah Allah yang kurniakan rezeki ataupun manusia yang sediakannya.

Dalam berkerja, aku biasanya akan menggunakan konsep D.U.I.T (Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal). Ini aku sudah terangkan secara jelas di dalam artikel di blog Perancangan Kewangan aku di bawah tajuk: D.U.I.T, Amalan Yang Mesti Diamalkan Oleh Unit Trust Dan Takaful Consultant.

gambar duit kertas malaysia

carilah duit dengan Konsep D.U.I.T

Untuk mendapat limpahan rezeki yang diidamkan, usaha adalah wajib! Berusahalah dengan bijak dan kuat. Dalami ilmu dalam sesuatu bidang yang kita usahakan itu amat penting dalam menolong kita di dalam usaha kita.

Kebanyakan kita berusaha dengan kuat dan bersungguh-sungguh tetapi tidak ada istiqamah. Tiada kelangsungan usaha tersebut. Buat apabila masih bersemangat tetapi lama kelamaan ianya ditinggalkan. Istiqamah ini amat penting dan ianya disukai oleh Allah. Berkerja adalah suatu ibadah. Dan membuat ibadah dengan sedikit tetapi secara istiqamah lebih disukai Allah daripada membuat ibadah secara hebat tetapi hanya ketika waktu yang tertentu sahaja.

Perlu kita ingat, sekuat manapun usaha kita. Sehebat manapun usaha kita, yang menjayakannya bukanlah kerana usaha tersebut. Yang membuatkan apa yang kita rancang itu berjaya bukannya kita tetapi Allah Taala. Berusahalah sehebat mana pun jika Allah tidak mengizinkan tidak kemana juga usaha kita itu. Jadi doa juga memainkan peranan yang penting di sini. Banyakkan berdoa kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar rintian hambaNya.

Namun terkadang apa yang diusahakan dan di doa tersebut tidak menjadi kenyataan. Di sinilah pentingnya konsep tawakkal. Serahkanlah hanya kepada Allah. Ada sebab kenapa doa belum dimakbulkan. Ada sebab atau hikmah mengapa usaha belum membuahkan hasil. Allah Maha Mengetahui.

Bagaimana mungkin kita mendakwa doa kita tidak dimakbulkan. Sedangkan Allah teah berjanji di dalam kitab suciNya bahawa Dia akan mengabulkan doa hambaNya. Ada beberapa penjelasan mengenai doa yang belum dimakbulkan:

  • Doa belum dimakbulkan kerana Allah mahukan kita berterusan merayu dan merintih kepadaNya yang mana ini akan membuatkan Alah lebih kasih dan sayang kepada kita. Allah mahukan kita terus berdoa dan meningkatkan amal ibadat kita.
  • Allah tidak mengabulkan doa yang kita minta tetapi Dia menggantikan dengan yang lain yang lebih utama untuk kita seperti bebas dari kecelakaan jalan raya, terselamat daripada kebakaran dan sebagainya.
  • Ataupun Dia menggantikannya dengan rezeki dalam bentuk lain seperti ahli keluarga sihat, keluarga yang bahagia, bebas dari perasaan gundah gulana dan sebagainya.
  • Allah tangguhkan pemakbulan doa kita dan akan mengganjarinya sewaktu di akhirat nanti.
  • Allah tangguhkan dahulu pemakbulan doa kita kerana mungkin di masa ini kurniakan tersebut belum sesuai kita nikmati dek kerana kenaifan kita dan sebagainya.

Tawakkal akan menjadikan kita seorang yang redha. Redha dengan segala ketentuan. Dengan segala ujian. Dengan segala nikmat. Sifat ini jelas membezakan orang kafir dan orang Islam. Sifat ini akan mententeramkan jiwa dan menghalang kejadian yang tidak diingini seperti bunuh diri dan sebagai akibat kecewa apa yang dikejar tidak diperolehi.

Sebenarnya untuk rezeki kita dilimpahi, selain daripada konsep DUIT tadi, amalan-amalan murah rezeki harus juga kita amalkan. Ia membantu kita menjemput rezeki.

Untuk mendalamkan lagi kefahaman tentang perkara ini, aku syorkan pembaca semua untuk menyertai Talk Show yang bertajuk Limpahan Rezeki. Semua penceramah adalah hebat-hebat belaka. Pasti anda akan dapat jawapan kepada apa yang anda cari.

poster talk show

Talk Show yang akan menjawab persoalan anda berkenaan limpahan rezeki

Berikut adalah butiran lanjut:

Tempat: Dewan Sri Sarjana, UNITEN, Bangi, Selangor
Tarikh: 1 Mac 2014
Masa: 9am-5:30pm
Maklumat lanjut: 014-7797773 / 014-7811114

23 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: