
Dewasa ini semakin banyak aplikasi mobile yang membolehkan kita berhubung bukan sahaja seperti khidmat pesanan ringkas malah lebih daripada itu. Selain daripada berupaya memberikan penggunanya berbual secara terus secara teks dengan fungsi chat, pengguna juga mampu menghantar fail berupa visual dan audio kepada rakan-rakan.
Tetapi dalam banyak-banyak aplikasi itu, ada satu aplikasi yang fungsinya bukan hanya terhad kepada fungsi yang disebutkan tadi malah ia menjangkau lebih daripada itu. Ia membolehkan penggunanya membuat panggilan suara dan panggilan video dengan perantaraan khidmat internet jalur lebar.
Aplikasi mobil yang dimaksudkan ialah aplikasi LINE. Malah aplikasi ini sekarang lebih advance bilamana ia telah menambahkan satu lagi fungsi menarik iaitu Line Shopping. Pengguna Line boleh menambahkan Line Shopping kepada aplikasi Line mereka dan boleh mulakan membeli belah dengan menggunakan aplikasi tersebut.
Mulakan membeli belah dengan menamakan harga unik mereka sendiri (namakan harga anda sendiri) dan juga dengan membeli 10 tawaran dengan harga RM1o setiap satu (tawaran 10X10).

Namakan Harga Anda Sendiri
Caranya ialah masukkan angka yang paling “tidak popular” untuk mendapat lebih peluang untuk menang hadiah. Hanya masukkan angka dengan titik perpuluhan 2 digit sahaja tanpa “RM”. Hanya satu angka sahaja akan dilayan. Angka selebihnya jika dimasukkan akan dikira batal.
Produk yang terdapat di dalam Line Shopping ini adalah ekslusif. Tawaran yang terdapat di dalam aplikasi ini memang terbaik. Anda juga akan diberitahu melalui mesej bilamana barangan seterusnya yang bakal ditawarkan telah disahkan.
Untuk mendapatkan Line Shopping anda perlu install aplikasi Line dahulu. Kemudian di akaun rasmi Line itu nanti tambahkan Line Shopping.
Sila like FB Line Malaysia untuk mendapat segala info berkaitan.
Tawaran Harga Paling Rendah RM10
Kempen ini bukan SCAM ya. Jika sewaktu anda menggunakan fungsi ini dan anda dapati page agak lambat untuk dimuatnaik, ia adalah kerana ramainya pengguna sedang mengakses laman tersebut dalam waktu yang sama.
Selalulah memeriksa Line Shopping di setiap masa untuk mengelakkan terlepas pandang tawaran hebat. Tawaran Super Crazy – barangan yang berharga ribuan ringgit boleh dibeli dengan harga RM10. Contohnya tawaran yang lalu, sebuah tablet Samsung Galaxy TAb 3 7.0 yang bernilai RM999.

Jadi apa lagi? Kepada anda di luar sana bolehlah install aplikasi mobil ini di telefon bimbit masing. Muat turun LINE di Appstore atau Google play. Kemudian pilih “official akauan” dan pilih Line Shopping. Ataupun ikut cara muat turun salah satu daripada 3 ini.
Selamat mencuba…!
ipad mini 10 hinggit..okay..aku download sekarang gak apps ni. huhu
nnti ko beli iPad tu bg aku ek
ada dah try Line ni punya deals tapi belum bernasib kot..
Ummi Hanie recently posted..Akhiri penantian kami MH370
oh ya ka.. nnti menang la tu..
Wah.macam-macam cara dilakukan oleh mereka ini untuk menarik orang menggunakan service mereka.
Mohd yazed recently posted..Panduan Bermain Bowling
yup.. betul tu bro