Tuesday, May 30, 2023
HomeSukanTahukah Anda - Bill Shankly

Tahukah Anda – Bill Shankly

Masa Bill Shankly menerajui Liverpool beliau menggunakan kumpulan dipanggil Kumpulan “Boot Room”. Kumpulan ini berbincang di dalam bilik menyimpan but dan pakaian pemain. Bilik ini terletak di bawah Main stand di Anfield.

Kumpulan ini membincangkan prestasi pemain, kaedah latihan, taktik permainan dan membuat penilaian mengenai pasukan lawan untuk permainan berikutnya.

Keahlian kumpulan ini menyeluruh, daripada jurulatih sehinggalah kepada pengintip yang membuat tinjauan pasukan lawan. Kumpulan boot room termasuk Bob Paisley, Ronnie Moran, Joe Fagan, Reuben Bennett dan Roy Evans. Geoff Twentyman menjadi pencari bakat, dan membawa pemain seperti Alan Kennedy ke Anfield. Geoff Twentyman menyamar ketika melihat pemain-pemain yang sedang dinilai, supaya tiada siapa yang tahu bahawa Liverpool berminat dengan pemain tersebut.

Bill Shankly dan pasukan Boot Room menjadikan pusat latihan di Melwood menjadi moden dan lengkap. Permainan 5 sebelah diperkenalkan untuk memupuk falsafah permainan Liverpool – Pass and move, keep it simple. Pemain akan lapor diri di Anfield dan pergi ke Melwood dengan bas, dan selepas berlatih akan pulang ke Anfield.

Pemain-pemain makan bersama, dan makanan dikawal. Pemain-pemain akan dipastikan mengadakan latihan “warm down’ dengan betul untuk menghindarkan kecederaan. Kejayaan rutin yang diperkenalkan dapat dilihat dengan nyata apabila Liverpool menjadi juara dalam tahun 1966 dengan hanya menggunakan 14 orang pemain.

Ahli-ahli kumpulan boot room sering dipilih sebagai pengurus Liverpool – Bob Paisley, Joe Fagan, Ronnie Moran, Roy Evans semuanya anggota penting kumpulan Boot room.

(Sumber)

Loading

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1