Sunday, May 14, 2023
HomeSukanLiverpool FCLiverpool Kalah Di Tangan Manchester United, Namun Semangat YNWA Tetap Bersamaku

Liverpool Kalah Di Tangan Manchester United, Namun Semangat YNWA Tetap Bersamaku

Manchester United vs Liverpool
Manchester United vs Liverpool

Malam tadi telah berlangsung pertarungan sengit di antara dua musuh tradisi Liga Perdana Inggeris iaitu Manchester United dan Liverpool. Perlawanan kali ini diadakan di Stadium Keramat Manchester United iaitu Old Trafford.

Aku kebetulan ada buat appointment dengan existing client unit trust aku kat restoren mamak. Sambil boleh la layan bola sekali. Kebetulan pulak client aku ni pun penyokong tegar Liverpool.

Terus terang aku cakap aku memang tak berapa yakin yang Liverpool akan menang. Tetapi sebab ia adalah pasukan favourite aku, jauh di sudut hati minta sangat-sangat yang Liverpool akan menang atau sekurang-kurangnya seri. Dan akhirnya ternyata sangkaan aku betul, Liverpool kalah di tangan Manchester United.

Namun aku cukup  berpuashati dengan perlawanan ini terutama di separuh masa kedua perlawanan.

Liverpool melakukan kesilapan pada separuh masa pertama dengan memberikan terlalu banyak penghormatan kepada pasukan lawan. Akibatnya pasukan lawan menguasai perlawananan dan menghasilkan 2 gol.

Perlawanan ini menyaksikan Daniel Sturridge bermain buat kali pertama di perlawananan Liga Perdana Inggeris semenjak perpindahan dari kelab Chelsea. Dia diturunkan di separuh masa kedua. Sebelum ini dia hanya membuat kemunculan sulung di perlawanan piala FA semasa Liverpool bertemu Mansfield.

Brendan Rodgers juga telah menurunkan Fabio Borrini yang baru pulih dari kecederaan. Ini adalah perlawanan pertamanya setelah kembali dari kecederaan. Dan dia kelihatan belum cergas sepenuhnya.

Secara keseluruhan aku berpuashati dengan perlawanan malam tadi, walaupun kalah. Tapi bagi aku kalah macam tu adalah kalah yang bermaruah. Permainan di separuh masa kedua amat menghiburkan.

Beberapa perkara penting yang aku perhatikan pada perlawanan ini:

Howard Webb

Howard Webb yang terkenal dengan keputusan-keputusan yang memihak kepada Manchester United sehinggakan digelar pemain ke 12 kelab itu agak baik pada malam tadi. Keputusannya banyak memihak kepada Liverpool. Adakah tindakan ini untuk meredakan tuduhan tersebut?

Andre Wisdom

Pemain muda Liverpool ini dianggap sebagai pelapis kepada pemain senior. Posisinya di pertahanan kiri boleh menggantikan Jose Enrique apabila diperlukan. Pemain muda yang baru memperbaharui kontrak dengan perjanjian jangka masa panjang ini amat bijak membaca permainan. Dia memiliki kemahiran memintas hantaran-hantaran pemain lawan dengan berkesan.

Daniel Sturridge

Pemain ini semakin serasi dengan pasukan The Reds. Menyumbat satu-satunya gol untuk Liverpool dalam perlawanan ini. Selain daripada taktik Bredan Rodgers, dia diturunkan hanya pada separuh masa kedua mungkin disebabkan kurang kecergasan berikutan seringkali memanaskan bangku simpanan sewaktu bermain dengan Chelsea. Kombinasi dan kesefahamannya dengan Luis Suarez harus dipertingkatkan untuk menjadi pasangan penyerang yang disegani.

Fabio Borrini

Kembali semula ke pasukan utama setelah pulih daripada kecederaan. Perlu pendedahan yang lebih banyak lagi untuk mencapai kecergasan sepenuhnya. Diharap kepulangan beliau dapat mengatasi kekurangan barisan penyudah Liverpool.

Steven Gerrard

Ketua pasukan Liverpool ini seperti biasa tidak pernah menghampakan. Susulan daripada percubaannya lah Liverpool memperolehi gol pertama. Gerrard sepatutnya lebih berkesan dan boleh menyumbangkan gol jika Joe Allen dan Lucas Leiva dapat bermain dengan lebih baik.

Lambat Panas

Jika Liverpool bermain seperti di separuh masa kedua saya rasa keputusan sekurang-kurangnya seri boleh diperolehi. Namun Liverpool lambat panas. Separuh masa kedua baru Liverpool menekan pasukan lawan. Di separuh masa pertama bola banyak dikuasai oleh Manchester United. Cubaan kearah pintu hanya sekali dua sahaja.

Secara keseluruhan, persembahan baik walaupun Liverpool kalah di tangan Manchester United. Harapan selepas ini agar kemenangan demi kemenangan akan berada di dalam genggaman jika sasaran di tempat ke 4 sekurang-kurangnya mau diraih.

You’ll Never Walk Alone!!!

Loading

RELATED ARTICLES

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1