Liverpool vs Norwich – Liverpool Menang Besar

8
1737
Liverpool vs Norwich
Liverpool vs Norwich

Liverpool bangkit semula selepas tewas tipis kepada Manchester United pada perlawanan yang lalu. Kali ini Liverpool menewaskan Norwich dengan jaringan yang agak besar 5-0 tanpa balas.

Liverpool vs Norwich - pemain raikan gol
Liverpool vs Norwich – pemain raikan gol

Yang paling menggembirakan dalam perlawanan Liverpool vs Norwich ini ialah gandingan Luis Suarez dan Daniel Sturridge yang semakin serasi. Perlawanan Liverpool vs  Norwich ini ialah perlawanan ke 3 Sturridge semenjak perpindahannya daripada kelab Chelsea.

Yang menariknya Daniel Sturridge telah mencatatkan rekod untuk The Reds. Dengan gol pada perlawanan menentang Norwich ini dia telah mencatatkan nama sebagai pemain pertama The Reds yang menjaringkan gol pada 3 perlawanan pertama berturut-turut semenjak Ray Kennedey melakukannya pada tahun 1974.

Gol-gol dijaringkan oleh Henderson, Suarez, Sturridge dan Gerrard. Satu gol lagi adalah gol jaringan sendiri oleh pemain Norwich, Ryan Bennett.

Antara pemain-pemain Liverpool yang menarik perhatian aku pada pemain ini adalah:

Jordan Henderson

Pemain ini diberi rating 10/10 pada perlawanan ini. Pemain ini adalah pemain tengah terbaik pasukan Liverpool dalam menekan dan mengekang (closing down) pemain pasukan lawan.

Ramai yang tidak berpuas hati apabila dia tidak berada di barisan permulaan sewaktu menentang Manchester United tempohari. Ini apabila Joe Allen agak tenggelam permainannya.

Pemain ini turut menjaringkan gol pertama pasukan Liverpool. Dia turut terlibat dalam penghasilan gol oleh Sturridge.

Pemain muda ini semakin mendapat tempat di hati para peminat musim ini setelah prestasi yang kurang menyerlah di musim lepas.

 

Andre Wisdom

Seperti juga dalam perlawanan menentang Manchester United tempohari, pemain muda yang dianggap sebagai pemain sekarang dan masa depan ini sekali lagi menunjukkan prestasi yang membanggakan.

Kemahirannya membaca permainan lawan dan pintasan-pintasan yang menarik serta larian ke hadapan untuk membantu barisan serangan menjadikan ketiadaan Jose Enrique yang berehat kerana kecederaan hampir tidak terasa.

 

Luis Suarez

Seperti biasa, sumbangannya cukup besar dalam setiap perlawanan. Persefahamannya dengan daniel Sturridge juga semakin baik.

Dia turut menyumbang satu gol untuk The Reds pada perlawanan ini.

Sekarang khabar angin bertiup kencang mengatakan Pep Guardiola yang kini telah menjadi pengurus pasukan Bayern Munich telah menjadikan Luis Suarez sebagai pemain pilihan utamanya untuk dibawa masuk ke dalam pasukan barunya itu.

Diharap The Kops akan sanggup berbuat apa saja untuk menghalang niat itu.

 

Steven Gerrard

Ketua pasukan The Reds ini juga amat jarang menghampakan pada setiap perlawanan yang melibatkan dirinya. Dalam perlawanan ini dia turut menjaringkan satu gol buat Liverpool.

Persembahannya yang mantap mungkin turut dibantu dengan keberkesanan dua orang lagi pemain tengah iaitu Lucas Leiva dan Henderson.

Jika Liverpool berjaya mendapatkan Wesley Sneijder seperti yang digembar gemburkan, pasti bahagian tengah Liverpool akan bertambah mantap.

Tahniah Liverpool. Perlawanan selepas ini adalah menentang Arsenal di tempat lawan. Liverpool mesti berusaha sedaya upaya untuk menang demi mengejar 4 tempat teratas. Arsenal pula pasti akan menjadi lawan yang amat sukar untuk ditewaskan. Persembahan terumbang ambingnya nescaya akan dibaiki untuk mengekalkan kedudukan di kalangan 4 kelab teratas.

Kepada yang tertinggal perlawanan Liverpool vs Norwich ini, anda boleh tonton di sini:

http://youtu.be/EXDzAsqquDs

 

 

You’ll Never Walk alone!!!

Loading

8 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge