3

Loon Rapper Amerika Peluk Islam

Allahuakbar..! Apabila hidayah sudah sampai.. Hidayah ini tidak boleh dianugerahkan oleh manusia. Ianya adalah dari Allah semata-mata. Banyak mana sekalipun seruan agama yang diterima, jika pintu hati ditutup oleh Allah maka takkan berubah seseorang itu.

rapper amerika loon bad boy peluk islam

Terkenal dengan nama Loon, Chauncey Lamont Hawkins, yang dilahirkan pada 20 Jun 1975 di Harlem, New York telah mengambil keputusan nekad untuk memeluk agama Islam sebelum tahun 2010 lagi. Beliau ialah Rapper African-American yang bernaung di bawah Bad Boy Records yang dimiliki oleh P. Diddy. (Bad Boy ialah nama syarikat rakaman, bukannya nama band seperti yang diwarwarkan dalam Facebook). Beliau banyak terlibat dalam music Hip Hop dan R&B. Banyak terlibat dan mengiringi P. Diddy dalam persembahan, seperti dalam lagu “I Need A Girl pt. 1 yang menjadi hit pada tahun 2001. Tahun 2004, Beliau telah meninggalkan Bad Boy Record dan bernaung di bawah syarikat sendiri iaitu Boss Up Entertainment.

Beliau pernah juga mencuba bakat dalam bidang lakonan. Antara filem yang pernah dibintangi beliau ialah State Property 2 dan Death of a Dynasty.

Nama beliau selepas memeluk agama Islam ialah Amir Junaid Muhadith. Selepas itu beliau telah mengembara ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan Umrah. Beliau telah membuat keputusan untuk berhenti terus daripada bidang nyanyian untuk menumpukan perhatian dalam mencari ilmu dan kerja-kerja dakwah.

Pada 26 Mei 2010 beliau pernah pergi ke Fort McMurray, Alberta, Canada dan memberi ceramah tentang diri beliau dan mengapa beliau memeluk agama Islam.

Beliau juga pernah ditahan dan dipenjarakan pada 22 November 2011 di Belgium. Polis berkata bahawa beliau akan di ekstradisikan ke Amerika Syarikat kerana kesalah-kesalahan yang pernah beliau lakukan sebelum memeluk Islam.

Semoga penghijrahan beliau menjadi asset untuk ummat Islam.

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply

%d bloggers like this: