11

Macam-macam la kakak ni…

logo samsung

Jenama smartphone Samsung yang menjadi pilihan ramai

Pada 9 November baru-baru ini aku ada singgah di ofis Syarikat Unit Trust No 1 untuk buat submission. Sementara menunggu nombor giliran aku dipanggil aku ada membuat beberapa panggilan telefon kepada downline aku dengan menggunakan handfree yang disambung menggunakan bluetooth kepada Samsung Galaxy Tab 7 aku.

Samsung Galaxy Tab 7

Samsung Galaxy Tab 7

Sebaik sahaja habis bercakap, aku terus dihampiri oleh seorang kakak ni. Unit Trust Consultant juga rasanya. Beliau bertanya:

“Ok ke pakai telefon ni?”

Aku jawab: “secara general, ok la..”

Beliau: Boleh install CAMS tak? (CAMS adalah Clients monitoring System)

Aku: Tak boleh la kak. Sebabnya cams pakai Window Based Platform. Sedangkan Galaxy Tab ni guna Android Based Platform. Kalau akak nak install CAMS akak kena pakai tablet yang guna window based la. Setahu saya ACER Iconia Tab gunakan window sebagai dia punya platform.

Beliau: Alaaaa… yang tu akak ada.. (sambil mengeluarkan gadjet tersebut daripada begnya). Tapi pakai yang ni macam tak best sangat la.. Tak smooth la…

Aku: Ooo.. Tapi tak boleh buat apa la akak. Sebabnya tablet yang window based tak banyak dalam pasaran. So, Iconia Tab tu dah kira terbaeek dah tu kak.

Beliau: Alaaa.. akak nak yang tu (sambil menjuihkan muncung mulutnya kepada galaxy tab di tangan aku). Yang macam tu kecik sikit. Boleh masukkan dalam beg tangan akak.

Aku: (sekadar tersenyum)

Aku ingatkan perbualan kami habis sampai di situ sahaja, rupa tidak. Beliau menyambung lagi:

Beliau: Tapi hari tu akak pergi Samsung Service Centre akak tengok ramai la orang hantar galaxy tab ni ke sana. lepas tu diorang ni ramai yang komplen tablet tu selalu hang…

Aku: Memang la kalau tak kena cara pakai Galaxy Tab ni boleh hang sebab RAM dia tak sampai 1G. Kalau akak nak jugak, akak boleh tunggu Galaxy Tab 7.0 Plus. Sikit masa lagi keluar. yang tu lagi powerfull…

Beliau: Tapi kan.. (menyampuk sebelum saya habis bercakap), akak rasa semua telefon Samsung macam tu la.. selalu hang. Akak rasa teknology Samsung ni dah ketinggalan la.. bla.. bla.. bla..

Aku dah malas nak layan. Aku terfikir apa sebenarnya akak ni nak..? Tadi kata nak pakai pakai Galaxy Tab 7. Lepas tu kutuk pulak. Lepas tu siap kutuk Samsung pulak tu.Ish.. Aku dah makin tak faham. Nasib baik nombor giliran aku dah dipanggil. Boleh melepaskan diri.. dengan seribu persoalan.

Ada jugak orang macam ni ek… huhuhu

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply

%d bloggers like this: