Macamana Cara Untuk Menangani Trauma Akibat Kemalangan?

2
317

16 tahun yang lalu Abam Hoq terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Dahsyat juga. Ramai yang tengok keadaan kereta menyangka yang Abam dah tak ada. Kereta tu pihak insurans dah isytihar ‘total loss’.

Tapi Allah maha Perancang. Abam mengalami kecederaan yang agak teruk, tapi masih bernyawa. Sendi peha (acetabulum dan pelvic) abam retak dan renggang. Abam masih dipinjamkan nyawa sampai sekarang. Akibat daripada kemalngan tu, Abam terlantar atas katil (bed-ridden) sahaja selama sebulan.

Masa tu tak boleh bangun langsung sebab ada besi yang dipasang berceracak di bahagian pinggang. Besi tu ditanam daripada atas perut terus ke sendi peha untuk memegang sendi tersebut supaya tidak renggang lebih jauh.

Bayangkan.. Dengan perut Abam yang setebal ini, besi dicucuk daripada atas hingga ke tulang peha. Hehehe.. Dah macam tapak projek untuk buat bangunan dah jadinya..

Selepas sebulan barulah besi tu dibuka. Barulah Abam boleh bergerak menggunakan kerusi roda. Lepas 3 bulan baru Abam boleh bangun dan belajar berjalan pakai tongkat. Getir juga berjalan pakai tongkat ni untuk orang yang tak biasa.

Nak ceritanya, kesan daripada kemalangan tersebut membuatkan Abam trauma. Kadang-kadang masa tengah memandu, visual dan memori kemalangan tersebut terimbas ke fikiran. Teringat kembali macamana hentakan kemalangan tersebut, macamana sesaknya dada Abam akibat tersepit antara stering kereta dan kerusi. Masih terasa hanyir darah di mulut akibat kepala terhentak di stering.

Arrggghhh.. Bila imbasan tu datang Abam mesti akan berasa gerun. Kadang-kadang boleh berpeluh jadinya bila teringat babak kemalangan tu.. Kali terakhir imbasan tu datang lagi ialah pagi ni semasa hantar anak ke sekolah.

Teruk juga macam ni. Bilalah memori ni nak terpadam daripada ingatan. Sekurang-kurangnya ingat-ingat lupa pun dah tak apa. Ini tidak, kalau ia datang, teringat secara terperinci..

Daripada sudut positif, mungkin imbasan ni dapat ingatkan Abam supaya jangan memandu laju, dan jangan mengantuk masa memandu. Sebab dulu kemalangan sebab Abam terlelap masa memandu..

Wallahua’lam. Apa-apa pun bersyukurlah atas segala hal.

Korang pernah ada tak masalah trauma macam ni? Macamana korang ‘handle’ ek? Kalau korang ad acara macamana nak uruskan trauma nib oleh la komen kat ruangan komen. Kot-kot berguna untuk Abam atasi trauma ni.

2 COMMENTS

  1. sy sekarng pun masih trauma akibat kemalangan masa raya aidilfitri yang lalu walaupun dah 3 bulan. tiap kali berhenti di trafik light mesti nk tgk org blkng. sedihnya rasa! akibat kecuaian org lain, kalau nak drive waktu malam lalu tempat ikut tempat kejadian pun langsung tak boleh. trauma tu masih ada.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here