11

Macamana Nak Buat PicBadge Untuk Facebook Profile Picture

Hari ni aku nak share ilmu macamana nak buat picbadge. Apa itu picbadge? PicBadges ialah social network, yang membolehkan pengguna (individu ataupun bisnes) untuk mencetus dan berkongsi idea, aktiviti, event dan minat di atas gambar profil (profile picture). Websitenya ialah: www.picbadges.com.

Untuk membuat picbadge yang baru, kita kena daftar akaun dulu. Kemudian kita bina picbadge kita sendiri dengan mengikut arahan-arahan yang diberikan di laman web tersebut.

Tapi untuk artikel kali ni aku nak share macamana nak buat picbadge Synergy Planner Group (SPG). SPG ialah satu kumpulan konsultan unit trust yang proaktif dan professional yang bernaung di bawah Public Mutual Bhd. Kami mengamalkan pendekatan perancangan kewangan (Financial Planning) kepada prospek kami. Ini membuatkan mereka tahu objektif sebenar pelaburan mereka dan yang paling penting mereka tidak merasa dipaksa untuk melabur. Kami hanya mempromosikan Unit Trust Islamik sahaja. Setakat artikel ini ditulis, kumpulan kami telah mencecah lebih 200 orang ahli.

Jadi untuk memudahkan orang membuat SPG picbadge, saya telah meletakkan widget/button di blog saya ini, iaitu di bahagian sidebar sebelah kanan page.

Hanya klik pada button/widget “wear it now” tersebut.

Anda akan di bawa ke website picbadge.

Kemudian klik pada “Add to profile picture”.

Disini anda boleh memilih gambar yang telah disimpan di dalam facebook ataupun anda boleh memilih gambar lain dengan memuat naik (upload) terlebih dahulu untuk meletakkan picbadge tersebut. Adjust betul-betul posisi gambar. Setelah berpuas hati klik button “publish to facebook”. Ia akan mengambil masa beberapa ketika untuk proses “uploading”. Kemudian klik “continue to facebook” apabila proses uploading selesai.

Tadaaaaa… Siap!!! PicBadge profile picture anda akan tertera di Facebook.!!!

Untuk SPG members, anda amat-amat digalakkan untuk mengguna pakai picbadge ini untuk menunjukkan support kepada group kita. Untuk pembaca lain, anda boleh menjadikan artikel ini sebagai panduan untuk anda mereka cipta picbadge anda sendiri. Kalau anda nak support SPG pon kami amat mengalu-alukan.. 😉

Selamat mencuba!!!

 

Show Comments

2 Comments

  1. madammondoq March 26, 2012
    • sohoque March 27, 2012

Leave a Reply

%d bloggers like this: