1
406

9 Perkara Yang Korang Boleh Buat Untuk Jadikan Entri Blog Korang Lebih Menarik

“Bam Hoq… Ok tak entry saya..?”

Hurmmm.. soalan gini malas betul aku nak jawab.

Biasanya aku akan jawab: “ok jer”.

blog yang cantik dan menarik dengan content yang bagus mampu menukarkan pelawat pertama kali menjadi pelawat tetap

Bagi aku setiap orang ada gaya penulisan tersendiri. Ada orang suka penulisan santai. Ada orang suka penulisan yang lebih formal. Dedua ni ada pengikut tersendiri. In fact, kalau aku jadi pembaca, aku tak kesah pun penulisan dia formal/skema atau santai. Janji apa yang aku nak tau, dia ada bagitau dalam entri dia. Itu lebih penting pada aku.

Tapi kalau suruh aku komen jugak, aku akan komen. Cuma aku akan komen bukan pada gaya penulisan dia. Aku akan komen lebih kepada perkara lain

9 panduan macamana nak hasilkan artikel menarik untuk blog

Antara perkara yang aku akan komen ialah:

1. Struktur perenggan.

Aku lebih suka perenggan yang tidak terlalu panjang huraiannya. 4-5 baris ayat dah ok. Kalau nak hurai lagi hurai la. Tapi bukak perenggan baru. Dengan ini (secara psychology), pembaca akan terasa entri tu tak panjang dan boring.

2. Tajuk kecil/sub-title.

Aku lebih suka entri yang ada sub-title. Selain daripada nampak tidak terlalu panjang dan bercelaru, ia memudahkan aku paham apa yang cuba diterangkan oleh penulis. Sebabnya fikiran aku akan lebih fokus kepada point sub-title yang dinyatakan.

Aku rasa google pun suka macam yang aku suka kot. Kalau tak caya cer tanya Google… (memang betul ek… bukan kot-kot lagi dah. Memang Google suka entri yang berstruktur macam ni…)

Ia juga memberi gambaran lebih jelas akan struktur entri tu. Ini akan memudahkan aku untuk pantas mencari info yang aku mahukan. Sebab dalam sesebuah entri bukan semua info yang aku mahukan.

Ada info yang aku sudah tahu dan tidak memerlukan huraian. So info yang macam ni boleh la aku baca sekali lalu jer.

Contohnya jika aku membaca entri review makanan di McDonald.

Aku mungkin dah tau apa itu McDonald dan lokasinya. Apa yang aku nak tau ialah rasanya dan harganya. So aku tak perlu lah baca semua info yang aku dah tahu. Aku cuma perlu skip ke bahagian pengalaman penulis merasa makanan tersebut. AKu juga akan pantas mencari perenggan yang menyebut tentang harga dengan berpandukan sub-title yang disediakan.

Senang kan? Sebab blog ini senang dan banyak membantu aku, akan ada kebarangkalian yang cukup besar untuk aku datang lagi mencari info ke blog ini. Entri berstruktur macam ni boleh menarik pembaca kerana boleh menjimatkan masa mereka.

3. Entri yang ada penutup serta rumusan.

Tanpa penutup dan rumusan aku tak tau apa yang penulis nak aku buat. Apa yang dia nak bagitau sebenarnya. So rumusan penutup berserta ayat menyeru, mencadangkan, menyuruh dengan baik memang aku cari. Dengan erti kata moden, entri tu ada “call-to-action“…

4. Tajuk entri

Aku lebih suka tajuk yang lain daripada yang lain. Tajuk “di luar kotak” orang kata. Kalau dia membuat review restoran Pak Halim, kemudian tajuknya: “Restoran Pak Halim”. Memang payah sikit aku nak klik.

Melainkan restoran Pak Halim itu glamer sangat dan aku belum tau lagi pasal restoran tu dan ini adalah entri pertama yang aku jumpa yang bercerita pasal restoran tu.

Tapi kalau tajuknya: 5 sebab mengapa korang wajib terjah restoran Pak Halim dengan segera…!.. Haa yang ni aku cepat-cepat klik. Sebabnya tajuk tu menangkap pemerhatian aku. Ia bukan tajuk biasa yang boring…!

5. Shortform

shortform ni ialah perkataan yang ditulis secara ringkas dan tidak dieja dengan penuh seperti Utk (untuk), yg (yang), dll (dan lain-lain) dan sebagainya.

Kalau yang bertanya ok ke tidak penulisan dia ni banyak guna shortform seperti “yg”, “sblknya”, “drp”, “dll” dan lain-lain lagi shortform, memang aku tegur. Aku tak suka. Seperti aku, Google pun tak suka. Selain daripada ia merosakkan bahasa kita, tak semua orang akan paham perkataan ringkasan yang kita gunakan.

Bukan semua pembaca kita adalah kawan kita. Ada yang memang tak guna ringkasan sebegitu dalam hidup mereka. Jadi ini sedikit sebanyak akan mengganggu pembacaan mereka.

6. Penggunaan terlalu banyak bahasa Inggeris.

Maksudnya, entri dia adalah entri bahasa Melayu tetapi dirojakkan dengan terlalu banyak bahasa omputih. Ini sedikit sebanyak mengganggu pembaca seperti aku.

Kalau masukkan sikit-sikit perkataan Inggeris yang biasa digunakan tu ok lagi.. Boleh diterima. Tapi kalau dah dalam satu ayat tu separuh bahasa melayu separuh lagi bahasa inggeris memang tak best..!

7. Kurang gambar.

Entri yang kurang gambar agak hambar bagi aku. Terasa macam membaca tesis pulak. So gambar pada aku sangat penting untuk mewarnakan lagi entri kita supaya lebih menarik. Dan memang tak dapat dinafikan gambar yang menarik akan membuatkan entri lebih menarik untuk dibaca.

gambar yang cantik memberi gambaran bahawa kita benar-benar serius mengambil hati pembaca

8. Gambar tak cantik dan sambilewa.

Yang ni akan menampakkan usaha kita tak serius. Kalau nak berkongsi, sila kongsi sepenuh hati. Serius..! Bagi yang terbaik untuk ambik hati pembaca kita.

9. Susunan gambar yang kurang menarik.

Aku lebih suka gambar yang besar, yang marginnya sama dengan margin tulisan di atas dan di bawah gambar. Jika tidak aku akan nampak sedikit pelik bilamana perenggan tu diselangi dengan gambar yang kecil jer di tengah-tengah blog. Terasa macam.. hurmmm.. Nak jer tanya: “awak ni baru tulis blog ke..?”

gambar yang besar dengan margin yang sama dengan margin perenggan menjadikan layout blog lebih menarik

So yang guna WordPress (WP) kena la tau apa saiz gambar yang di tengah blog korang tu. Biasanya dengan WP ni senang sikit sebab saiz tu dah ditetapkan. Kalau guna blogger/blogspot, kena la settingkan margin gambar tu sama dengan margin perenggan. Kalau tak pun guna la setting Large atau extra large untuk gambar tu.

Biasakan tengok blog-blog cantik orang lain

Haaa itu jer yang secara umum aku tengok dan teringat untuk senaraikan kat sini. Kalau ada tambahan nanti aku edit jer senarai ni. Hahaha..

Tapi Kalau entri tu nak suruh aku cek SEO ratingnya, banyak benda aku kena tanya pulak terutama apa keyword yang cuba dirankkan. Yang ni biasanya student kelas belajar buat blog dan asas SEO aku yang banyak tanya.

So, konklusinya… Untuk memantapkan blog sendiri, rajin-rajinlah buat blogwalking ke blog yang ber”kualiti”. Banyak manfaat yang korang akan dapat nanti terutama dari segi layout, cara penyampaian content, dan lain-lain lagi.

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Blogwalking

Selamat berblog…!

sila tekan like jika rasa artikel ni bermanfaat, tq:

Show Comments

10 Comments

  1. Azni December 26, 2017
    • sohoque December 26, 2017
  2. PB Consultant December 26, 2017
  3. YB Shehan December 26, 2017
    • sohoque December 26, 2017
  4. daddydeenet December 28, 2017
  5. Anarm December 29, 2017
    • sohoque December 29, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: