More

    Madrasah Maha Zalim Darul Solihin

    Madrasah Maha Zalim.

    Mual. Bosan. Selalu sangat kes-kes macam ni terdedah. Last-last agama Islam juga yang terpalit namanya. 

    Rasanya dah tiba masanya pihak berwajib membuat sesuatu tentang perkara ini. Institusi yang tumbuh dengan agak pesat menggunakan nama Islam, perlulah disiasat segera jika adanya aduan. Malah pihak berwajib perlu mengambil langkah lebih awal daripada itu sebenarnya. Buat satu SOP dalam mengesan institusi-institusi begini. Ketatkan permohonan bagi yang baru memohon untuk membuka institusi begini.

    Ya.. nampak seperti menyekat pertumbuhan dan penyebaran dakwah Islamiah, tapi percayalah. Ianya demi kepentingan Islam spaya tidak dipandang leke oleh pihak yang anti Islam.

    Ni aku salin semula kisah yang viral yang terjadi kat satu “madrasah” di Shah Alam Selangor. Kes masih dalam siasatan. So aku tak nak terus meletakkan hukum kat sini. Walaupun hati aku dah letakkan hum dah sebenarnya. Gerammm..!

    So korang bleh baca sendiri rentetan penceritaan oleh abang kepada mangsa di Akaun twitternya Hafiz Ayub (@hafizfiz18). Ok here you go…

    Adik saya mengalami gangguan, Dapat tahu daripada seorang kenalan ada sebuah madrasah yang bernama madrasah as-solihin di Shah Alam, Jalan Kebun ini boleh merawat. Jadi kami sekeluarga menghantar adik ke sana.

    Syarat2 yg telah ditetapkan oleh pihak madrasah, kami tidak dibenarkan melawat adik dalam tempoh 4 bulan pertama. Disebabkan itu, pak cik saya mula mendekatkan diri dgn pihak madrasah dengan menyalurkan sumbangan. Dengan cara ini dia dapat juga melawat adik saya

    Kami tidak mengesyaki apa2 sehingga laa pada hari jadi adik saya, keluarga saya ada menghantar kek dan makanan utk semua penghuni madrasah 150 org ketika itu. Kami amat terkejut melihat keadaan adik yg kurus susut badan dan hitam rentung, seperti kena jemur tengah panas terik

    Kami dh mula rasa tak sedap hati. Pada awal muharam kami menghantar lagi sumbangan makanan dengan harapan dapat berjumpa dengan adik saya. Tetapi warden tidak membenarkan dgn alasan kitaorg ni menganggu rawatan adik saya

    minggu berikut nya pergi lagi berkeras nak berjumpa dgn adik. Mereka benarkan tetapi warden mengelilingi adik kerana nak dengar ape yang adik saya bakal cakap. Mak saya tarik adik saya ke kereta tetapi warden tersebut masih nak ikut berdekatan

    Mak saya berbisik ckp mereka ade pukul tak adik saya hanya mengangguk kepalanya. Selang beberapa minggu kami pergi lagi ke sana tapi kali ini dengan hasrat nak keluarkan adik saya.

    Mereka tidak membenarkan adik saya dikeluarkan, mereka meminta pampasan sebanyak RM 11,970 untuk keluarkan kerana kami dah langgar perjanjian. Kami membuat laporan polis, polis peronda dtg pada malam tu tapi kata tidak boleh berbuat apa kerana perjanjian yang telah ditandatangani

    Walaupun perjanjian itu bukan satu document yang valid. Tiada cop yang mengatakan document ini merupakan document yang legitimate

    Selang beberapa hari kami datang semula ke madrasah, sebelum memasuki madrasah itu, kami tunggu di satu simpang. Kehadiran kami diketahui pihak madrasah

    mereka telah cuba untuk membawa adik saya memasuki kereta dan bawa lari tetapi gagal kerana adik saya telah memanggil mak saya yang baru tiba di perkarangan madrasah tersebut. Jadi kami pergi mengililingi adik saya dh dan ustaz menyuruh kita masuk untuk berbincang

    Keadaan jadi kecoh sewaktu kami ingin membawa adik saya ke balai polis mengunakan kenderaan kami. mereka berkeras untuk bawak adik saya sampai meyebabkan pengelutan.

    Ini apa yang telah terjadi sewaktu berbincangan tersebut yang menjadi huru hara. Abang saya di tumbuk. mereka menutup pintu keluar dan halang dgn kereta hilux

    Salah seorang pelatih disitu cuba untuk memecahkan lampu untuk menggelapkan dan menghuru hara kan lagi keadaan supaya kami tidak boleh merakam. Terdapat 3 lampu, pelatih tersebut telah memadamkan 2 lampu dan kami berjaya menghalang pelatih untuk meneruskan tindakannya.

    Mereka telah memanggil semua pelatih dan warden kira-kira 50 org mereka ada disitu untuk kepong dan menghalang kami membawa adik saya keluar dari tempat tersebut.

    Abang saya telah ditumbuk dan saya stop record untuk meleraikan. Mereka terlalu ramai dan kami tidak mampu membalas serangan mereka. Selepas itu, setiausaha madrasah ini datang untuk menegakkan benang yang basah

    Kemudian mereka membawa adik saya ke dalam kereta mereka untuk ke balai polis. Dalam perjalanan itu polis berjaya menahan mereka kerena membawa lari adik saya

    Tiba sahaja di IPD Shah Alam, kami membuat laporan polis. Adik dan mak saya dipanggil untuk memberi keterangan. Polis membenarkan adik saya dibawa pulang bersama ahli keluarga kerana madarasah tidak mempunyai hak untuk menahan adik saya.

    Selepas adik saya yakin bahawa dia dh selamat baru dia ceritakkan pengalamannya di dera dan di buli di dalam sana

    Antara jenis kecederaan dan penderaan yang saya alami adalah seperti berikut:-

    1.Jari kaki disepit menggunakan jerujuk besi, Jari tangan disepit menggunakan penyepit besi . Jari kaki disepit menggunakan buluh oleh warden. Ada pelajar kat situ sampai terberak kerana tak tahan dikepit dgn besi jerujuk buat rumah

    2.Kepala dipukul dengan menggunakan besi (spanar)

    3.Kepala dipijak dan dihentak ke bucu lantai.

    4.Dikurung di dalam bilik gelap dan dipukul dengan teruk

    5.Ditumbuk bawah rahang sehingga tidak boleh membuka mulut

    6.Diarah berjalan dalam kawasan madrasah pada jam 2 ke 3 pagi sehingga berpeluh

    7.Dirotan ditapak kaki

    8.Hidung ditumbuk hingga berdarah

    9.Dipukul dengan menggunakan paip hose di bahagian belakang dan lain-lain anggota badan

    10.Dipukul sehingga patah batang mop

    11.Menarik bahagian zakar dan telur sehingga senak

    12.Menyuruh memegang zakar orang lain

    13.Kad pengenalan dalam simpanan madrasah. (Ibu telah mendapatkan semula selepas 3 hari keluar dari madrasah)

    14.Diperlakukan seperti hamba dan keluarga ustaz umpama raja itu yang ditanam dalam kepala warga madrasah.

    15.Diberi makanan dan minuman yang dicurigai, supaya menjadi lemah. Antaranya tembakau yang direndam dgn air, mereka ingat kopi dan disuruh minum, terbakar dada pedih yang amat

    16.Membuang air besar di dalam plastik

    17.Diberi makan cili padi dan garam, disumbat penuh di dalam mulut

    Diarah berdiri di dalam panas terik sehingga berjam lamanya

    18.Gangguan seksual dengan memasukkan tangan di dalam seluar

    19.Berlari di atas batu sehingga pecah tumit kaki

    20.Kena mandi dalam parit beramai2.

    Ini video full ape yg terjadi malam tu

    Disclaimer: aku tak cakap pun siapa yang salah ni. sebab yang ni dari pihak mangsa. Dari pihak madrasah aku tak dengar lagi jawapan balas. Dengar cerita dah ada banyak juga statement dan video jawapan daripada pihak madrasah. Nanti aku cari dan cerita juga kat sini.

    Semoga yang bersalah mendapat balasan setimpal. Pihak berwajib, tolonglah pantau benda-benda macam ni..

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge