2

Majlis Iftar eQurban Bersama Rakan Niaga Dan Media/Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, semalam aku diberi kemudahan olehNya untuk bersama-sama ke Majlis Iftar eQurban yang diadakan di Madrasah Warisan Kaseh Darul Maghfirah Banting, Selagnor. eQurban turut menjemput rakan niaga mereka dan juga media serta para bloggers untuk sama-sama memeriahkan majlis dan membuat liputan.

Majlis Iftar eQurban di rumah warisan kaseh

baru sampai

eQurban Resources Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang menganjurkan program Qurban dan Aqiqah di Kemboja. Mereka berkerjasama dengan Koperasi Muslim Kemboja (CMC) untuk urusan tersebut. Lembu-lembu diternak sendiri oleh pihak eQurban di sana. Oleh kerana kos operasi yang sangat murah di sana, harga haiwan ternakan yang mereka tawarkan untuk urusan qurban dan aqiqah adalah amat rendah berbanding harga di negara kita. Mereka juga membuka peluang untuk rakyat Malaysia bersama-sama menyertai program qurban dan aqiqah di Kemboja dengan cara membeli bahagian lembu untuk dikorbankan di sana.

Majlis iftar eQurban yang meriah ini turut meraikan warga emas dan anak yatim di situ.

Majlis Iftar eQurban - anak yatim

Majlis Iftar eQurban turut meraikan anak2 yatim

Para media dan bloggers yang bertolak daripada Shah Alam sampai di lokasi lebih kurang pukul 6 petang. Kami terus ke surau untuk solat Asar dan seterusnya membuat pendaftaran.

Majlis Iftar eQurban - bloggers daftar

Para bloggers sedang mendaftar nama masing-masing di Majlis Iftar eQurban

Majlis yang sebenarnya bermula sedari pukul 4.30 petang itu diteruskan dengan ucapan daripada CEO eQurban, ucapan daripada wakil Koperasi Muslim Kemboja (CMC), dan seterusnya ucapan perasmian oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).

Yang paling menarik ialah semasa perasmian Majlis Iftar eQurban ini, di mana mereka menggunakan helikopter kawalan jauh untuk menghantar pen untuk digunakan bagi menandatangi poster Majlis Iftar eQurban.

Di Majlis juga mengambil kesempatan merasmikan pelancaran album nasyid kumpulan Damai, sebuah kumpulan nasyid kontemporari. Kumpulan Damai kemudiannya turut menghiburkan para hadirin dengan lagu nasyid terbaru mereka. Artis nasyid lain yang turut dijemput ialah saudara Mu’adz yang turut menyampaikan lagu daripada album terbaru beliau yang berkolaborasi dengan Kumpulan Leto dari Indonesia. Cakera padat mereka ini tengah aku dengar. InsyaAllah aku akan review di entri akan datang.

Majlis Iftar eQurban - damai

Tan Sri turut merasmikan album terbaru kumpulan Damai

Kemudian setelah masuk waktu maghrib, tibalah acara yang paling ditunggu-tunggi iaitu Majlis Iftar ataupun berbuka puasa. Namun hadirin disarankan supaya menjamah makanan ringan dahulu dan terus menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Pelbagai juadah disediakan. Ada kuih muih, buah-buahan, nasi putih dengan gulai kawah yang enak dan sebagainya. Tetapi yang paling menarik adalah cendol. Mungkin inilah cendol banting yang selalu menjadi sebutan Titan. sempat la aku habiskan 3 mangkuk cendol tersebut.

majlis iftar equrban

Cendol Banting terbaik!

Selesai semua urusan makan, majlis mengadakan sidang akhbar untuk memberi maklumat terkini tentang aktiviti syarikat dan sebagainya.

Para bloggers turut dihadiahkan satu keping cakera padat Kumpulan Damai dan sekeping cakera padat Mu’adz untuk kami dengar dan buat review. Oh ya, duit raya juga diberi. Seronok jugak dah besar panjang dapat duit raya lagi. Hehehe.

Apa-apa pun keseluruhan majlis amat meriah. Aku sebagai rakan niaga eQurban (affiliate) dan blogger turut berbangga kerana dapat turut serta memeriahkannya bersama-sama anak-anak yatim dan warga emas. Moga usaha murni eQurban menjayakan Majlis Iftar ini dengan menjamu anak-anak yatim dan warga emas diberkati Allah. Memberi makan orang yang berpuasa adalah salah satu amalan yang disarankan di bulan Ramadhan, lebih lebih lagi anak yatim dan warga emas. Moga eQurban terus maju dalam meningkatkan muamalat dan syariat Islam. Ameen.

Show Comments

14 Comments

  1. terbaek network July 31, 2013
    • sohoque July 31, 2013
  2. daddydee July 31, 2013
    • sohoque July 31, 2013
  3. nizam ijam July 31, 2013
    • sohoque July 31, 2013
  4. Zuan August 1, 2013
    • sohoque August 1, 2013
  5. eyriqazz August 1, 2013
    • sohoque August 1, 2013
  6. sweetkurma August 2, 2013
    • sohoque August 2, 2013
  7. Azri Johan | Top Blogger August 5, 2013
    • sohoque August 5, 2013

Leave a Reply

%d bloggers like this: