Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Aku sekarang berada di tingkat 25, Wisma Genting, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Beradanya aku di sini adalah bersempena dengan pengisytiharan Resorts World Genting Brand New World Class Theme Park.

Aku dijemput untuk mewakili dunia blogging bagi mewar-warkan peristiwa bersejarah ini. Bersama aku ialah blogger mrjocko yang turut dijemput sama.
Setelah 35 tahun Taman Tema Genting, Resort World Genting ditubuhkan, kini mereka mengorak langkah kehadapan lagi. Setelah memperkenalkan applikasi android mereka, kini mereka merancang satu transformasi secara besar-besaran taman tema mereka demi menawarkan pengunjung yang datang dengan pengalaman yang lebih menarik. Kali ini Resort World Genting berkolaborasi dengan 20th Fox Century untuk membina semula Taman Tema Genting.
Turut hadir di majlis ini ialah Tan Sri Dato Lim Kok Thay, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Genting Malaysia Berhad.


Mengikut tentatif program, pihak media akan dihidangkan dengan tayangan video selepas ucapan VIP-VIP jemputan nanti. Majlis kemudiannya akan menyaksikan upacara menandatangani MOA. Kemudian akan di adakan ssi fotografi. Sesi soal jawab dengan pihak media (termasuk blogger) akan diadakan di akhir majlis nanti.
Apa intipati majlis ini? Tunggu updates aku di entri akan datang.
Tahniah Bro… Sebab terpilih ke majlis ini… Lepas ni Tentu banyak info yang akan bro kongsikan menerusi blog.. Tak sabar nak baca…
Anuar recently posted..Promote 1, dapat 2 kedai.. Syukur Alhamdulillah…
terima kasih bro. ada info yang kena bagtau readers ni tp blom sempat nak buat posting… heheheh