Alhamdulillah. Setelah sekian lama tak ada aktiviti selain daripada tengok premier screening, akhirnya dapat juga sertai rakan blogger lain ke majlis pelancaran applikasi android Chef Jo. Terima kasih kepada Tok Penghulu.


Majlis ini diadakan di Hotel Cyberview Resort and Spa Cyberjaya. Serius aku tak nampak jalan macamana nak ke sana. Kat Cyberjaya tu area Multi Media University dan Restoren Arab Saba je yang aku tau.

Nasib baik la ada Bro Denaihati yang sanggup konvoi dengan aku. Dia pun pening lalat jugak aku rasa. Sebabnya habis putrajaya dia bawak aku konvoi sebelum terjumpa hotel tu. Hehehehe.
Kami (denaihati, Mohd Hermas dan aku) adalah jemputan yang paling awal sampai. Memang ini dirancang oleh Denaihati aku rasa untuk membolehkan beliau beramah mesra dengan Chef Jo yang juga bekas bos beliau dahulu semasa berkerja di syarikat KFC.

Chef Jo memang aku tabik. Sungguh peramah, rendah diri dan baik hati. Di dalam setiap pertuturan beliau aku dapat rasakan terkandung keikhlasan beliau. Penjelasannya yang bersungguh-sungguh dan hormat kepada tetamu (walaupun tetamu ini jauh lebih muda daripada umurnya), menambahkan lagi respek aku kepada Chef Jo.

Masih aku teringat ucapan beliau di dalam majlis tersebut:
“Saya buat applikasi ni bukan untuk menunjuk saya hebat atau untuk glamer ke. Tapi saya buat applikasi ini supaya saya sentiasa berada dekat dengan pengikut-pengikut dan peminat-peminat saya. Dengan applikasi android ini yang mungkin akan diinstallkan ke dalam hampir 12 juta smartphone yang digunakan di Malaysia, saya akan sentiasa berada di dalam poket para wanita dan di dada para lelaki. Jadi saya terasa seperti sentiasa dekat dengan mereka”

Chef Jo adalah chef pertama di Malaysia atau mungkin di dunia yang mencipta applikasi android berkenaan masakan dan resipi ini.
Idea menggunakan applikasi android ini semakin terkenal untuk memajukan perniagaan di Malaysia. Namun kos untuk membuat applikasi ini bukannya murah. Menurut pemaju applikasi yang duduk semeja dengan saya di majlis tersebut, applikasi seperti yang sedang mereka majukan untuk Chef Jo tersebut memakan belanja di antara RM8 hinga RM10 ribu. Tetapi jika syarikat kita serius untuk ke hadapan berbanding pesaing kita, kos tersebut tidaklah terlalu tinggi berbanding dengan nilai keuntungan dari segi imej syarikat dan keuntungan yang akan dibuat nanti.
Oh ya.. lupa nak cerita. Dalam majlis yang diacarakan oleh Zainal Alam Kadir yang turut dihadhiri oleh Chef Adu Masterchef, Chef Muluk dari Nestle, Chef Elenna, Raja Azmi dan Salamiah Hassan itu, aku menjadi bidan terjun untuk membaca doa selamat pembuka majlis. Hahaha. lawak pun ada. Ada cerita disebaliknya yang akan diceritakan di dalam entri seterusnya.

Jadi kepada penggemar resipi masakan Chef Jo dan peminat beliau, boleh lah install applikasi tersebut ke smartphone masing-masing. Sila baca entri ini untuk memudahkan anda mencari dan menginstallkan applikasi tersebut.


i luv Chef Jo
MrJocko recently posted..Jakun Dengan Fungsi Magic Glass Di Bilik Air Hotel
Yup. Very humble person
comel sumijelly di situ……….hahahaha
sumijelly recently posted..Menjamu selera di Subway, Shaftsbury Cyberjaya
Ya la. Ye la. Sumi jelly comey, sbb tu bergwiyomi ngan abg ensem sampai 20 kali shoots. Heheheh
[…] ← Previous […]
kena install nih
beat recently posted..CARA MUDAH UNTUK TUKAR VIDEO YOUTUBE KEPADA FORMAT MP3.
siapa-siapa yang belum, jom download. memang terbaiklah app chef jo.
Denaihati recently posted..Rombongan Intel Malaysia ke Penang
Betul kan..bila beliau buat mcm ni, mungki lebih ramai pengikut lahi yang akan mengikuti perkembangan masakan beliau..hehe
Hafizul recently posted..Epic Pocket Jom Jana Pendapatan Online
[…] pilihan tv3 untuk program jalan-jalan cari makan. Dengarnya dulu Chef Rizz jadi chef kat sini. Chef Jo juga selalu bertandang ke […]
[…] hotel yang menjadi tempat berlangsungnya majlis pelancaran aplikasi android Chef Jo iaitu Cyberview Resort and Spa terpaksa aku tolak kerana memilih untuk berbuka puasa bersama […]
[…] kemaskini dan membalas komen pembaca adalah Tok Penghulu Denaihati. Aku pernah menghadiri satu majlis bersama beliau sedikit masa dahulu. Entri liputan beliau Majlis Pelancaran Aplikasi Android Chef Jo […]
[…] rajin. Benda yang aku tau itu pun belum aku mulakan. Sehinggalah aku bertemu dengan Abang Ensem di Majlis Pelancaran Applikasi Android Chef Jo yang diadakan di Cyberview Resort And Spa, […]
terimakasih bos infonya dan semoga bermanfaat
makasih gan tentang infonya dan salam sukses