More

    Majlis Pelancaran Rangkaian Gillette Mach3 Turbo Baru

    Berita tentang Gillette bakal mengeluarkan rangkaian produk terbarunya, Mach3 Turbo agak mengujakan aku. Mana tidaknya, aku macam dah mula give up dengan pencukur pakai buang yang aku guna sekarang. Banyak perkara yang aku terpaksa tanggung dengan pencukur pakai buang yang aku guna sekarang.

    gillette-mac3-razor-variants
    Pencukur Gillette Mach3 Turbo baru

    Antara kesan yang aku terima daripada penggunaan pencukur pakai buang ini ialah ketidak selesaan pada kulit muka selepas selepas mencukur. Rasa perit dan pedih dah menjadi satu kebiasaan. Ditambah pula kesan kemerahan pada kulit. Perkara ni sebenarnya boleh merosakkan mood untuk berkerja terutama apabila meeting dengan client.

    Sebenarnya dulu aku pernah menggunakan menggunakan pencukur Gillette tetapi tidak menyambung penggunaannya apabila menyangka menggunakan produk pakai buang lebih menjimatkan. Masa tu langsung tidak terfikir kesan fizikal dan mental akibat daripada penggunaan pencukur pakai buang.

    Sebab itu aku sanggup meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Pelancaran Rangkaian Gillette Mach3 yang baru. Aku memang bertekad untuk menukar pencukur. Dan jika ciri-ciri yang aku cari ada pada produk Gillette yang baru ini, aku akan bertukar kepada pencukur Gillette pulak selepas ini.

    gillette-mach3-talent-lounge

    Aku sampai ke majlis tersebut yang diadakan di Talent Lounge PJ tepat jam 10.00 di mana majlis sepatutnya bermula. Namun ianya terpaksa ditunda sedikit dek kerana bekalan eletrik yang terputus pada masa itu. Kesempatan ini aku ambil untuk membelek pencukur Mach3 Turbo. Sempatla jugak aku bergambar bersama produk ini.

    gillette-mac3-model

    Selepas tayangan video, majlis menjemput Mr Ong Yuh Hwang untuk memberikan sedikit ucapan tentang pelancaran Mach3 Turbo baru ini.

    Mr Ong Yuh Hwang, Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble Malaysia, Singapura & Brunei
    Mr Ong Yuh Hwang, Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble Malaysia, Singapura & Brunei

    “Gillette faham bahawa kulit yang hebat bermula dengan cukuran yang hebat, terutamanya apabila sedang bersiap untuk acara yang penting di mana kita perlu memberikan penampilan yang terbaik. Kami juga faham bahawa kesan kemerahan dan kerengsaan akibat bercukur dengan pisau cukur pakai buang yang murah boleh menghalang anda dari mendapat kulit yang hebat.

    Di Gillette, kami faham tentang keperluan ini dan kini memperkenalkan rangaian Mach3 baru untuk membolehkan para lelaki di luar sana mendapatkan kulit yang kelihatan lebih baik. Bercukur adalah langkah pertama di dalam rutin penjagaan kulit lelaki dan anda tidak sepatutnya menghadapi kerengsaan.”
    ~ Mr Ong Yuh Hwang, Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble Malaysia, Singapura & Brunei.

    Majlis kemudiannya meneruskan acara dengan demonstrasi mencukur menggunakan pencukur Mach3 Turbo oleh artis Fahrin Ahmad. Turut menyertai beliau adalah 2 orang dari pilih media yang dipilih secara rawak oleh pengacara pada hari itu, Nadia Heng.

    Gillette Mach 3 fahrin ahmad

    gillette-mac3-fahrin-dan-media

    Majlis bertambah meriah apabila tiba waktu permainan “Whisper Challenge” dimulakan. Permainan ini dimulakan dengan Fahrin Ahmad melawan Nadia Heng. Telinga Fahrin Ahmad disumbat dan ditutup dengan “headphone” yang dipasang muzik untuk memastikan beliau tidak mendengar apa-apa. Nadia Heng membacakan perkataan yang disediakan. Fahrin dikehendaki meneka perkataan yang dibaca melalui gerak bibir Nadia. Memang lawak habis gelagak mereka ni.

    Pihak media juga dijemput untuk bermain permainan lucu ini.

    Majlis tamat dengan jamuan ringan selepas lebih kurang 2 jam.

    Komen Sohoque

    Puashati aku ke majlis tersebut. Info yang aku cari tentang pencukur baru keluaran Gillette telah aku dapat. Dan memang sahlah aku akan bertukar kepada pencukur Mach3 Turbo selepas ini. Selamat tinggal pencukur pakai buang!

    Lebih menggembirakan lagi ialah aku mendapat pencukur Mach3 Turbo untuk aku cuba. Pergghhh.. Tak payah aku beli lagi dah.. Thanks Gillette…!

    set Gillette Mach3 yang aku dapat
    set Gillette Mach3 yang aku dapat

    Ciri-ciri produk yang sungguh advance sudah aku tahu. Cuma tinggal aku nak cuba sendiri je lagi. Lepas aku cuba nanti aku akan cerita tentang kepuasan menggunakan produk ini di entri seterusnya.

    Heheheh. Tungguuu!

    Mach3 Contest Giveaway

    Haaa.. Oleh sebab aku begitu teruja dengan Mach3 Turbo baru yang aku dapat ni, aku pun nak bagi sesuatu pada readers yang turut teruja macam aku. Ni aku buat Contest Giveaway!

    Senang jer. Korang jawap jer soalan aku ni dengan seikhlas hati:
    Soalan aku:

    Bagaimanakah rutin mencukur korang? Dan bagaimanakah pencukur Mach3 ni akan mengubah pengalaman bercukur korang?

    Korang boleh jawab di ruangan komen di bawah. Aku bagi masa seminggu untuk korang fikir jawapan yang dapat memikat hati aku. 30hb Ogos 2016, jam 5.45 petang aku tutup contest.

    Jawapan yang dapat memikat hati aku akan mendapat hadiah satu set pencukur Gillette Mach3. Hanya 10 pemenang sahaja yang akan dipilih.

    Pemenang yang terpilih akan dihubungi untuk maklumat peribadi. (Maklumat ini hanya untuk tujuan hantaran hadiah sahaja)

    Latest articles

    Related articles

    46 Comments

    1. Fiqqq kerap bercukur . 3 kali dalam seminggu. Tapi selalunya, kulit akan jadi kemerahan dan mungkin luka. Tapi, dengan adanya Mach3 Turbo ini harap Fiqqq dapat mengelakkan kesan kemerahan dan kerengsaan lantas mengekalkan kesihatan dan ketampanan kulit muka. Justeru itu, kelihatan Macho sepanjang hari.

    2. Semoga dengan Mach3 Turbo Gilette suami saya tidak mengalami masalah memilih pisau pencukur dan saya juga tak perlu tunggu giliran yang lama untuk ke bilik air setiap pagi. Suami saya selalu mengambil masa yang lama untuk bercukur. Saya akan hadiahkan Mach3 Turbo Gilette untuk suami tersayang dan saya pasti dia akan suka!

    3. alamak… biasanya tengok suami jer bercukur.. nak wakilkan bagi pihak atau pengalama isteri boleh? Hahaaa.. selalunya nampak suami akan bercukur setiap hari sebelum pergi kerja, duk la bertapa kat dalam toilet kemain lama..hihii.. dah boleh agak buat apa.

      tapi, esoknya masih ngan rutin sama.. agaknya pencukur yang sedia ada ni tak dapat cukur hingga hujung rerambut kot sebab tu dah jadi rutin harian dalam toilet. Harap, kalau dapat try gillete ni tuk suami..mesti somi senok giler ! ak payah la dia nak bertapa dalam tu lelama.. hehehee
      dkna abza recently posted..Petua Legakan Sakit Leher Sebab Salah TidurMy Profile

    4. jawab untuk partner boleh tak? hehehe…. kalau kata tak boleh pun kita nak tulis jugak…hahaha…

      Suami saya selalu mengalami luka-luka kecil berdarah di bahagian wajah ketika menggunakan pencukur pakai buang biasa dan akhirnya meninggalkan parut di wajahnya. Saya harap dengan menggunakan Gillette Mach 3 ini masalah suami saya dapat diatasi.

      terima kasih bamhoq!
      rozita recently posted..Pencapaian Malaysia di Olympic Rio 2016My Profile

    5. Walaupun kite takde guna pencukur, kite nak jugak try luck! Actually bila tengok husband asyik tukar pencukur pakai buang dia kan, kesian betul. Sampai kadang kadang beli stok pencukur ber-bundle bundle untuk janggut dan misai dia saje. Dah la tu, setiap kali bercukur, kite tengok masih ada lagi kesan cukuran yang tertinggal. Kadang kadang luka. Harapnya Gillette Mach3 Turbo baru ni dapat settle kan masalah yang husband kite hadapi sekarang ni.

      Psst! Bagi kite menang plis! 😛

    6. Biasanya usben mencukur seminggu hanya sekali iaitu setiap jumaat, guna yang murah je pakai sekali terus buang. Beli yang bundle seplastik tu…

      Kadang-kadang ada nampak luka dimana2 maybe pisau tu tak tajam ke?

      Mana tahu kalau dapat guna Mach3 Turbo Gillate ni boleh pakai lama. Dan nampak lebih kemas nanti dan tak de luka luka dekat muka.

      Hendsomenye suamiku..hi hi hi

    7. Sebagai isteri, saya memang belikan pencukur jenama Gillette ini untuk kegunaan suami. Pertama, kualiti perlu diambil kira kerana perlu memastikan ia tidak berkarat dan cepat tumpul kerana ia bahaya kepada kulit suami. Kedua, mestilah keberkesanannya yang dapat mencukur dan memberi kekemasan kepada si pemakai dan yang ketiga pisau cukur tidak melukakan kulit. Pedih kot kalau luka.
      Moga ada rezeki saya yer..

    8. Rutin harian saya bersama pencukur pakai buang pasti berubah dengan Mach3 Turbo baru ni. Setelah saya baca review Abam Hoq saya pasti kelainan dirasai. Tiada lagi kesan merah dan gatal pada kulit muka saya. Tak sabar nak guna Mach3 Turbo “giveaway” Abam Hoq bagi. Yayy !

    9. Wow.. Orait. Bab cukur ni paling lecehh. Nak2 lak gen berbulus lebat ni mmg kuat dlm diri ni.. Bagi masa dua hari je sekejap je tmbuh balik jambang misai semua. Mcm pembunuh upahan dh mak awi cakap. Pastu bila dh serabut jambangan bunga kt muka ni. Mula la rimas.. Dah la jenis berbulu kerinting. Haa.. Mencucuk gatal2 kt muka ni. Pakai shave biasa mmg dua tiga kali baru dpt clean shave. Smpai terluka pun ada.. X memasal dh berdarah mcm kena dera ngan bini anak 10. Harap2 ngan adanya Mach3 turbo yg baru ni.. Xde la pengalaman pahit time shave.. Mana la tau kot2 lepas shave muka leh jadi kacak mcm fahrin ahmad.. Senang skit nak meniaga buat drawing online lepas ni. Weeeee…

    10. Saya bercukur 3-4 hari sekali…kadang2 kalau terlupa cukur..pagi nk cepat pergi kerja, muka plak berserabut, masa tu lah pencukur buat hal…cukuran tak licin lah, kerengsaan kat kulit ( gatal² dan tk selesa ) dan pedih…Mach3 turbo ni sgt sesuai untuk saya kerana saya inginkan cukuran yang pantas, licin dan kemas tanpa ada kesan sampingan yang lain…sangat2 perlukannya untuk sesi cukuran pada waktu pagi… hehehe

    11. eh, ada contest yer…tapi tak reti nak buat ayat contest ni…apapun good luck untuk mereka…tak tahu time bila suami selalu bercukur. tahu pun, bila wajah dia nampak muda terus…hahah dah tak ada jambang tak ada janggut kan…time tu baru tahu..oh, baru lepas cukur lah ni. itupun beli yang murah..yang seplastik penuh tu…tak pernah nampak lagi yang berjenama dipakai selama ini…hahahaha.
      ema recently posted..Kau kerja apa memanjang ada di hotelMy Profile

    12. shark antara pengguna pencukur pakai buang,
      oleh dikatakan seminggu sekali jugak duk cukur misai ni,
      perasaan takut masa nk bercukur memang wujud,
      nak becukur pun kadang-kadang terbantut.
      pedih wooo kalau tak kena cara,
      pisau pencukur pakai buang ni memang lain macam.
      dan kedudukan bilah tak berapa kemas,

      dengan Gillete Mach3 turbo ni rasanya tiada lagi perasaan takut,
      tengok pada design memang nampak smart,
      dan semestinya kekemasan pada kedudukan bilah lebih teratur,
      lebih yakin dan boleh bercukur setiap hari agaknya nanti.
      nampak sikit lebih kemas dan yakin lepas ni.

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge