Malaysia Social Media Week 2014 semakin hampir. Program ini bakal berlangsung di The Royale Chulan Kuala Lumpur pada 24 – 28 Februari 2014 ini. MSMW 2014 yang telah mendapat tajaan pelbagai pihak ialah satu daripada program ataupun acara besar bagi bloggers dan pengamal media sosial di Malaysia selain daripada Malaysia International Tourism Bloggers Conference and Awards (MITBCA) dan beberapa event yang lain.
MSMW 2014 ini bukanlah sekadar event biasa. Ia adalah medan untuk bloggers dan pengamal media sosial di Malaysia menimba ilmu tentang dunia blog dan media sosial. Ramai penceramah yang hebat-hebat telah dipanggil untuk membentangkan dan membincangkan tajuk yang diberi di dalam seminar yang diadakan selama 2 hari sempena MSMW 2014 tersebut.
Cuma untuk menyertai seminar tersebut peserta dikenakan sedikit bayaran. Yuran seminar yang dikenakan adalah sebanyak RM399 untuk delegasi biasa. Untuk delegasi pelajar yurannya hanyalah RM199. Namun jika pedaftaran seminar ini dibuat sebelum 31 Disember 2013 yang lalu delegasi biasa dikenakan yuran RM359 dan delegasi pelajar RM149 sahaja.
Satu lagi faktor yang membuatkan MSMW 2014 ditunggu oleh bloggers dan pengamal media sosial ialah adanya anugerah kepada bloggers di dalam ketegori yang dipertandingkan. Antara kategori blog yang dipertandingkan ialah:
- Best Auto Blog
- Best Business Blog
- Best Celebrity Blog
- Best Music & Entertainment Blog
- Best CSR Blog
- Best Educational Blog
- Best Foodie Blog
- Best Gossip Blog
- Best Photography Blog
- Best Gadgets Blog
- Best Shopping Blog
- Best Sports Blog
- Best Travel Blog
- Best Lifestyle Blog
- Best Micro Blog
Bloggers boleh mencalonkan diri sendiri di dalam kategori yang dipilih bersesuaian dengan niche blog mereka. Klik pautan ini untuk mencalonkan blog anda. Pemenang dikira berdasarkan 80% undi awam dan 20% lagi undi daripada juri. Pemilihan juri berdasarkan 10% isi kandungan blog, 5% design dan susun atur (layout) blog, dan 5% lagi ialah etika dan keberkesanan.
Jadi kepada blogger, cepat calonkan blog anda. Pencalonan blog kita di sini memang banyak faedahnya. Jika blog kita adalah yang terbaik, kemenangan pasti di pihak kita. Kalau dah menang, tentunya ia akan mengangkat blog kita satu tahap lagi di hadapan. Macam blog denaihati yang berjaya memenangi anugerah di event ini dua tahun berturut-turut. Rezeki pastinya melimpah ruah dengan tawaran pengiklanan daripada syarikat-syarikat di luar sana.
Jika tidak menang sekalipun pencalonan blog kita ke Majlis Anugerah ini pastinya akan memberikan kesan yang cukup besar kepada blog kita. Inilah peluang kita untuk emmperkenalkan blog kita kepada masyarakat. Sekurang-kurangnya jenama kita akan semakin dikenali.
Jom calonkan blog kita ke anugerah ini. Jika ada bajet lebih bolehlah mendaftar untuk menyertai seminar yang disediakan. InsyaAllah ilmu dan input yang dapat pastinya akan melebihi nilai wang yang kita bayar.
bro tak join ke event ni..jomlah xde member aku nti haha
farid laham recently posted..Custom Made Sticker Kereta
bro ada tiket free ke? bak mai la sini satu
ya. Cari ilmu sebanyak yang boleh. Yehh!
titan recently posted..Melaka, Liga Super 2014 dan Blogging.
yeszzaa! ada tak sesiapa nak sponsor seminar gua? hehehehe
Actually seminar dua hari dengan harga camtu kira reasonable la… cuma budget kira-kira kita la kna…
hazman aka species1980 recently posted..Resepi Masakan Arab Enak Chef Ammar TV AL HIJRAH
ya betul.. reasonable tu..
waaaaa.. nak kena modal ni. hehehe..
fyna recently posted..Gambar Anak Ustaz Don Daniyal Dan Husna
kalau ada modal blh join seminar.. byk ilmu yg dapat nanti