Korang pernah join program NGO (Non Government Organization) tak? Korang pernah isi borang pendaftaran sukarelawan ngo tak? Korang tau tak tentang NGO dan apa yang mereka sumbangkan untuk masyarakat?
Haaa kali ni aku nak cerita sikit tentang NGO. Apa yang mereka buat dan apa sumbangan mereka kepada masyarakat.
Sebenarnya panjang senarai pertubuhan sukarelawan di Malaysia ni kalau aku nak senaraikan. Apa yang bagusnya mereka ni, mereka buat kerja amal tanpa kepentingan. Mereka ini sangat penting dalam memacu pertumbuhan sesebuah negara.
Mereka sebenarnya yang dekat dengan masyarakat. Merekalah menolong masyarakat yang kurang bernasib baik dan menyelesaikan banyak masalah masyarakat. Pendek kata merekalah yang sentiasa di belakang kerajaan dalam membina sesebuah negara.
Antara contoh pertubuhan sukarela yang biasa aku dengar namanya ialah Pertubuhan Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia yang lebih dikenali dengan nama Muslim Volunteer Malaysia (MVM). Korang taip jer Muslim Volunteer Malaysia kat Google, berlambak artikel pasal diorang akan keluar.
Muslim Volunteer Malaysia (MVM)
Jom aku cerita sikit mengenai Muslim Volunteer Malaysia ni..
Sebenarnya lama dah pertubuhan ni memainkan peranan membantu masyarakat Malaysia. Sejak didaftarkan pada tahun 2014, pertubuhan ini terus mengorak langkah dan berjaya memancing 50,0000 sukarelawan Malaysia antara umur 18 – 24 tahun untuk mendaftar sebagai volunteer Muslim Volunteer Malaysia. menyertainya. Hebatkan..?!
MVM ni semakin mendapat tempat di hati masyarakat apabila ia tersenarai dalam 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia oleh pihak iM4U semasa Volunteer Malaysia Awards – A Prime Minister’s Award 2016.
Kenapa aku cakap MVM ni lebih dekat dengan masyrakat?
Sebabnya ialah approach pertubuhan ni lain sikit daripada yang lain. Selain daripada memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan, pertubuhan ini dalam masa yang sama mengambil cakna tentang pembangunan sosial melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja.
Yang paling best ialah MVM juga bertindak membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang politik, bangsa dan agama.
So korang nampak tak approach MVM macamana? Pertubuhan ni sebenarnya mencetus semangat masyarakat untuk turut sekali prihatin berkerjasama untuk meringankan penderitaan golongan yang memerlukan. Pihak MVM juga sangat terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi sama ada kerajaan, swasta, individu mahupun persatuan-persatuan NGO lain.
MVM ni pada aku adalah contoh badan sukarelawan di malaysia yang terbaik di dalam senarai badan sukarelawan di malaysia yang lain.
Beza MVM dengan pertubuhan lain
Setelah aku baca tentang MVM ni, aku dapati MVM ni agak berlainan dengan pertubuhan lain. Ni haa aku senaraikan kelainan yang aku maksudkan..
Fokus MVM ialah kepada program bantuan secara berperingkat. MVM tidak hanya memberi bantuan “touch n go” sahaja tetapi pertubuhan ini memantau perkembangan keluarga penerima bantuan.
Pembangunan ekonomi penerima bantuan juga dipantau oleh MVM. Contohnya, membantu menyediakan kelengkapan perniagaan bagi menambah pendapatan keluarga asnaf yang berpotensi.
MVM bukan hanya fokus kepada penerima bantuan sahaja. Untuk sukarela pun ada program yang ditawarkan. MVM memfokuskan pembangunan sukarelawan dimana sukarelawan MVM berpeluang untuk belajar skill dan kemahiran untuk menjadi seorang sukarelawan kemanusiaan dalam program-program dan aktiviti sukarelawan anjuran MVM. Mereka juga berpeluang untuk menimba ilmu menjana dana bantuan awam (fundraising) dan juga korporat. (Baru aku sedar kepentingan menyertai pertubuhan sukarela)
Pendek kata MVM bukan Hanya beri ikan kepada si miskin, tetapi MVM menyediakan pancing untuk yang susah terus mendapat ikan dengan usaha sendiri.
Fakta Menarik Tentang MVM
Ni haa sedikit fakta menarik tentang MVM yang korang patut tahu:
1. MVM lebih mengutamakan bantuan di dalam Malaysia berbanding luar negara
Korang boleh lihat data ni:
– 2016 – 33 program (32 M’sia, 1 Luar negara)
– 2017 – 56 program (52 M’sia, 4 Luar negara)
– 2018 – 68 program (62 M’sia, 6 Luar Negara,
– 2019 – 89 program setahun (81 M’sia, 8 Luar Negara)
Segmentasi Program MVM
Ada beberapa program dalam MVM:
1. MVM HOPE
Melalui program ini bantuan disalurkan kepada keluarga penerima bantuan secara berfrasa.Ini termasuklah bantuan asas, pendedahan kemahiran perniagaan dan pantauan komitmen.
2. MVM UNITY
Program ini berbentuk kesedaran melalui pendedahan senario tersirat dan juga aktiviti sukan yang mengeratkan hubungan sukarelawan dengan masyarakat.
3. MVM REACH
Ini adalah program korporat untuk syarikat, pertubuhan, persatuan dan/atau agensi swasta dan kerajaan dengan menyediakan ruang kolaborasi untuk program khidmat masyarakat.
4. MVM RELIEF
Program ini adalah bantuan kecemasan bencana kepada mereka yang memerlukan di dalam Malaysia dan antarabangsa termasuk merangkumi negara Asia dan negara Timur Tengah.
5. MVM TOUCH
Program bantuan yang berkonsepkan ‘one touch’ atau tidak berfasa. Ia berdasarkan aduan yang diterima daripada orang awam.
Kempen MVM
1. Kempen 10
Kempen ini diadakan untuk memberi peluang kepada orang ramai (macam korang la) dan masyarakat untuk turut serta membantu MVM agar terus aktif mempergiatkan program amal yang telah dirancang.
Kempen yang dilancarkan pada bulan April 2016 ini bertujuan membantu pertubuhan ini menanggung kos perbelanjaan tadbir urus dalam usaha melaksanakan program dan aktiviti setiap bulan.
2. Tabung Bantuan SALAM
Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga penerima bantuan dengan memberi bantuan dalam kadar yang segera. Pemilihan keluarga penerima bantuan adalah berdasarkan kepada laporan orang awam yang diterima oleh pihak pengurusan MVM di bawah Unit Salam MVM.
Antara kriteria penerima bantuan yang layak perlulah terdiri daripada warganegara Malaysia dan pendapatan keluarga RM1,500 ke bawah. \
3. Tabung Bantuan Perniagaan
Tabung Bantuan Perniagaan ini sentiasa dibuka selama setahun. Dana yang terkumpul akan disumbangkan kepada penerima bantuan yang layak untuk menampung kos keperluan perniagaan mereka.
Antara kriteria penerima bantuan yang layak ialah isi pendapatan keluarga RM1,500 ke bawah, mempunyai perniagaan sendiri dan komited untuk menambah pendapatan keluarga melalui perniagaan.
Aduan SALAM
Platform dimana keluarga asnaf yang cukup syarat dan kriteria sebagai penerima bantuan yang telah dinyatakan dalam kempen bantuan salam boleh memohon bantuan kepada Unit Salam di MVM.
Sekiranya korang mempunyai maklumat keluarga yang memerlukan bantuan ini, boleh hubungi wakil MVM seperti berikut :
No.Telefon : 03 80740484 Email : aduan.mvm@gmail.com
Atau isi borang aduan berikut : http://bit.ly/aduansalammvm
Kerjasama dan Tajaan Korporat
MVM juga membuka peluang kepada mana-mana badan korporat untuk menyumbang dalam kempen MVM. Boleh terus menghubungi:
Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
atau Unit Fundraising MVM | Hasbullah : +6012-235 6854
atau
klik link whatsApp berikut: http://sumbanganmvm.wassap.my/
Jom Sedeqah Online
Orang ramai yang ingin turut serta menyumbang dalam bentuk kewangan, ada cara menyumbang di Muslim Volunteer Malaysia yang boleh korang buat.
Korang layari Website Donation MVM. Website ini memaparkan semua kempen tajaan yang sedang dijalankan oleh MVM. Korang boleh dapatkan informasi terkini tentang kempen tajaan dan menghulurkan sumbangan atas talian.
Layari website donation : www.donation.mvm.org.my
Media Sosial MVM
Untuk aktiviti dan info terkini MVM, korang boleh LIKE dan follow akaun-akaun media sosial mereka:
Facebook Muslim Volunteer Malaysia :
https://www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
Instagram : @muslimvolunteermalaysia
Telegram Channel : https://t.me/MuslimVolunteerMalaysia
Twitter : @VolunteerMVM
Youtube Channel : Muslim Volunteer Malaysia / http://bit.ly/youtubemvm
Apa Kata Mereka Tentang MVM ?
SUKARELAWAN :
“Pertama kali saya sertai program anjuran MVM banyak yang saya belajar mengenai dunia kesukarelawan dan harapan saya agar berpeluang untuk turut serta lebih banyak lagi program sebegini pada masa akan datang,” – Nur Amalina Rusli, Shah Alam-
PENERIMA BANTUAN :
“Saya merupakan penerima bantuan Pure Heart pada tahun 2016 di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa. Terima kasih MVM kerana meringgankan beban keluarga asnaf seperti kami. Dengan bantuan bulanan setiap bulan saya mampu menyimpan wang untuk kegunaan yang lain pula. Semoga lebih banyak NGO lain dapat membuat program seperti yang dilakukan oleh MVM,” Puan Norlida Abdul Rahman, Padang Jawa-
Sekarang korang dah tau tentang bagusnya pertubuhan sukarela ni kan? So kalau korang nak menyumbang dari segi kewangan, korang bolehlah berbuat demikian. Caranya aku dah bagitau kat atas tadi.
Kalau korang rasa nak daftar sebagai volunteer Malaysia ataupun nak menyertai program volunteer Malaysia, korang bolehlah hubungi pihak MVM. Diorang mengalu-alukan penyertaan korang.
wow.. terbaiklah MVM.. thanks for the info.. baru tau ni
yup.. bagus sgt MVM ni.. insyaAllah lps ni sy pun nak join program diorg..