Pertama sekali ucapan terima kasih aku ucapkan kepada rakan blogger AUC (Anak Ulu Cheka) kerana memperkenal aku dengan plugin Wordfence Security yang menarik ini.
Kepada yang mementingkan keselamatan blog mereka, plugin ini saya syorkan untuk diinstall.Â
Apakah plugin Wordfence Security ini? Ia adalah plugin PERCUMA yang merangkumi firewall, imbasan anti-virus, malicious URL, live traffic termasuk crawlers. Plugin Wordfence Security ini adalah satu-satunya plugin keselamatan wordpress yang boleh mengesahkan dan membaiki asas, tema (theme) dan fail-fail plugin walaupun anda tidak membuat backup.
Yang lebih menariknya ia adalah 100 peratus PERCUMA. Untuk keterangan lanjut boleh ke link INI.
Aku terpanggil untuk install plugin ini setelah ramai rakan blogger yang telah diserang malware baru-baru ini.
Setelah hampir 2 minggu aku install plugin ini dah berjasa kepada aku. Tengok apa yang dia dah report kepada aku:

Aku dengan pantas mencari kembali entri aku yang dijangkiti dan terus edit entri tersebut. Yang bermasalah ialah link saya yang dihubungkan terus kepada blog yang dijangkiti malware. So, apa yang aku buat aku buangkan link tersebut supaya pembaca blog aku tidak dijangkiti sama apabila mereka klik link tersebut.
Bila aku klik Google Safe Browsing diagnostic page yang dicadangkan di situ, ia membawa aku kepada page penerangan oleh Google ini:

Sungguh berkesan. Aku syorkan kepada semua untuk install plugin ini.
Macamana untuk install? Sila ikuti Macamana untuk install plugin Wordfence Security.
ohh..ini fungsinya. kena cari jap plugin ni..
ohcikgu recently posted..Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia.
recommended! hehehe
aku pun nak cari jugak nie
budak felda recently posted..Cara Daftar Komli
cari bro, jgn tak cari!!!
sohoque recently posted..Pengajaran Di Sebalik Kekalahan Liverpool Kepada Aston Villa
Terimakasih kerana share ini
Abdur recently posted..PhpMyAdmin
sama-sama. moga beroleh manfaat bersama
sohoque recently posted..Pengajaran Di Sebalik Kekalahan Liverpool Kepada Aston Villa
[…] Malware Dikesan oleh Plugin Wordfence Security Hati-hati Guna Plug Eletrik Di Restoren Mamak […]
[…] mula-mula sekali bagi aku notification akan adanya serangan malware ini ialah plugin Wordfence Security aku. Bagus plugin […]