2

Man United, Man City Tersingkir Saingan Liga Europa…!

Dua kelab bolasepak dari Manchester yang sedang mendahului saingan Liga Premier Inggeris di tempat pertama dan kedua ini gagal meneruskan cabaran seterusnya untuk menjulang Piala Liga Europa.

Impian Manchester United (MU) telah dikuburkan oleh Athletic Bilbao dalam saingan pusingan kedua di tempat lawan, awal pagi tadi di mana Athletic Bilbao telah memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 2-1.

Pada perlawanan terdahulu di Old Trafford, pasukan kendalian Marcelo Bielsa itu telah menewaskan MU dengan keputusan 3-2. Jadi Athletic Bilbao mara ke pusingan seterusnya dengan agrregat 5-3.

Manakala jiran MU, Manchester City juga turut berputih mata apabila hanya mencatat keputusan agregat 3-3, walaupun memenangi perlawanan awal pagi tadi dengan jaringan 3-2 menentang Sporting Lisbon. Pasukan pelawat sebelum ini memenangi perlawanan di tempat sendiri dengan jaringan 1-0. Sporting Lisbon mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Kedua-dua kelab Manchester ini ini hanya tinggal piala domestik sahaja untuk dimenangi iaitu saingan EPL.

Sumber

 

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply

%d bloggers like this: