More

    Manchester United Mahukan Raheem Sterling

    Raheem Sterling, pemain sayap Liverpool FC

    Raheem Sterling adalah pemain muda Liverpool FC yang sedang meningkat naik. Musim ini beliau bermain hampir keseluruhan perlawanan Liga Perdana Inggeris iaitu selama 1228 minit keseluruhannya.

    Pemain bersaiz kecil ini dikesan bakatnya sudah agak lama tetapi tidak diberi pendedahan kepada pasukan utama oleh pengurus sebelum ini seperti Kenny Dalglish. Sehinggalah kedatangan Brendan Rodgers yang mengambil keputusan untuk menjadikannya pemain utama pasukan Liverpool FC.

    Pemain sayap yang lincah ini baru berusia 17 tahun. Namun bakatnya yang terserlah telah membuatkan pengurus pasukan England Roy Hodgson menyerapkannya ke dalam pasukan kebangsaan England.

    Pemain ini sekarang sedang membincangkan kontraknya bersama pasukan Liverpool FC. Liverpool FC hanya boleh menawarkan kontrak sebagai pemain pasukan utama apabila umurnya mencecah 18 tahun. Kontraknya sekarang hanyalah sebagai pemain remaja kelab kerana masih berusia 17 tahun.

    Yang menjadi masalah kepada pasukan Liverpool ialah ada beberapa pasukan utama Liga Perdana Inggeris yang mengintai peluang untuk menandatangani kontrak beliau. Antara pasukan-pasukan yang berminat ialah Manchester United, Arsenal, Chelsea dan Manchester City. Ditambah pula dengan kelab sekarang tidak dapat menawarkan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah, sebarang tawaran yang akan ditawarkan akan menjadi menrik buat Raheem Sterling.

    Angin sedang bertiup kencang mengatakan yang Alex Ferguson akan menwarkan kontrak kepada pemain ini. Sebenarnya sudah agak lama Manchester United tidak membeli pemain daripada kelab musuh ketatnya ini. Manchester United mahukan Raheem Sterling untuk menggantikan Luis Nani yang dikatakan akan meninggalkan kelab itu pada perpindahan bulan January nanti. Raheem Sterling adalah amat sesuai untuk menggantikan Nani sebagai pemain sayap. Manchester United juga sedang mencari pemain kelahiran tempatan untuk menjadi pemain utama kelab. Setakat ini pemain utama kelahiran tempatan yang mendapat tempat di hati Alex Ferguson adalah Tom Cleverley, Chris Smalling, Phil Jones dan Danny Welbeck.

    Jika sekiranya Raheem Sterling membuat keputusan untuk meninggalkan Liverpool FC, ia akan menjadi tamparan buat Brendan Rodgers yang kekurangan pemain penyerang di Liverpool. Ini akan membantutkan usaha Liverpool FC untuk pulihkan kembali reputasinya sebagai kelab elite Liga Perdana Inggeris dan turut menjejaskannya untuk memburu tempat sekurang-kurangnya ke Liga Juara-Juara untuk musim hadapan.

    Sama-sama kita tunggu keputusan daripada Raheem Sterling. Diharapkan beliau membuat keputusan yang bijak.

    You’ll Never Walk Alone

    Latest articles

    Related articles

    7 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge