Lampu isyarat di seksyen 13 Shah Alam di persimpangan besar berdekatan pasaraya besar Giants ni memang terkenal kerana lamanya masa menunggu lampu isyarat merah bertukar hijau.
Ramai yang mengeluh pasal ni. Tapi itu lah.. Pada setiap keluhan orang, ia menjadi rezeki kepada orang lain pula. Tuhan dah buat elok dah..
Lama masa menunggu ini bijak dimanfaatkan oleh beberapa orang anak muda yang berniaga Mangga Asam Boi. Dengan mengenakan kostum yang tersendiri, mereka berjalan dari kereta ke satu kereta menawarkan produk makanan mereka kepada tuan-tuan kereta yang sedang bosan menunggu.
Jenama produk Mangga Asam Boi Tok Ma daripada Kuala Terengganu ini kini seakan menjadi sinonim di persimpangan lampu isyarat ni.

Selain daripada jenama mereka pernah menjadi tular sedikit masa dahulu, rasa ingin mencuba tuan-tuan kereta tanpa perlu mencari sendiri menjadi punca produk ini terjual. Rasa bosan menunggu juga mungkin menjadi salah satu faktor hati pelanggan mereka mudah tercuit untuk membeli.
Harganya RM10 satu tabung. Besar ditulis pada kostum mereka. Dari jauh dah boleh nampak..!
Maklum balas daripada orang yang pernah membeli Mangga Asam Boi ini sangat positif. Tak ada ada setakat ni terdengar komen yang tak elok pasal mangga asam boi ini.
Jadi kalau korang tak nak RM10 korang terbang kat anak-anak muda ni, jangan gatal nak cuba..! Sebabnya korang pasti akan cakap best.. Silap-silap haribulan korang beli extra untuk tapau balik rumah.
Apa-apa pun syabas kepada anak-anak muda ini. Daripada melepak sambil mengharapkan gaji besar, mereka sanggup mengambil inisiatif berniaga sendiri. Idea menjadikan persimpangan lampu isyarat di section 13 ini sebagai kawasan perniagaan mereka adalah amat bijak sekali.
Moga mereka semakin maju dalam perniagaan mereka…!
Begitulah.. Setiap yang berlaku pasti ada manfaatnya kepada yang mampu berfikir kearah yang positif.
baca tajuk pon dah telan air liorrrr
ya ke ni.. hehehe
Berniaga tu elok tapi merbahaya berniaga macam itu kat persimpangan lampu isyarat.
yup.. moga mereka boleh mencari alternatif yang lebih baik