Marina Point Klebang Melaka – Harga, Lokasi dan Viewnya Boleh Buatkan Korang Menyesal Kalau Tak Beli

0
1091

Nak cari hartanah ni bukannya senang kan? Tak kesah lah hartanah tu untuk kediaman sendiri ataupun nak buat bisnes macam homestay dan sebagainya.

Kita ni seboleh-bolehnya nak semua benda tentang hartanah tu ikut citarasa kita. Lepas tu nak harga murah pulak tu. Hehehe.. Memang payah la nak jumpa.. Ya tak..?

Tapikan.. Bukan mustahil tau nak jumpa ikut citarasa kita. Mungkin citarasa yang kita mahukan pada hartanah kita tu sebenarnya ada pada hartanah di luar sana, cuma kita jer tak jumpa. Mungkin sebab skop pencarian kita tu agak sempit.

Ni haa Abam Hoq nak bagitau satu hartanah yang pada Abam sangat best kalau jadi milik Abam. Projek ni  merupakan satu-satunya projek berstatus hak milik kekal (freehold) di kawasan sekitarnya. Harga pulak mampu milik, bermula hanya RM467,000 jer..

Yang paling syok lagi ialah viewnya yang sangat ohsem..! Korang dapat layan kopi panas sambil menikmati pemandangan matahari terbenam di lautan Selat Melaka setiap hari.. Perghhh..! Aman damai terasa..

Projek yang Abam maksudkan ni ialah Marina Point yang terletak di Klebang Melaka.

Marina Point

Meh Abam bagitau korang sikit pasal projek ni. Nak bagi korang terbayang di mata. Nanti kalau nak lagi puas hati korang pergi jer tengok kat site dia. Teruskan pembacaan ya.. Hehehe..

Projek yang dibina di atas tanah berstatus Pegangan Penuh (Freehold) yang berkeluasan 2.1 ekar di Klebang Melaka Bandaraya Bersejarah ini sebenarnya merangkumi unit kediaman (serviced residence) dan juga unit retail Mall.

Ada beberapa design yang dibina untuk pilihan citarasa pembeli macam korang iaitu Suites 1 bilik tidur, Suites 2 bilik tidur dan suites 3 bilik tidur dengan keluasan dari 721 sehingga 3,123 kaki persegi.

Dalam banyak-banyak pilihan ini, yang sangat menarik perhatian Abam Hoq ialah suite yang ada taman dekat bumbung halaman sendiri (roof top garden). Namun suites-suites yang lain pun apa kurangnya, turut dilengkapi dengan balkoni yang menghadap perairan Selat Melaka.

Progres pembinaan Marina Point

Kelebihan Marina Point

Selain daripada design unit kediaman yang unik, kontemporari dan moden, ada banyak kelebihan lain yang membuatkan korang meletakkan Marina Point di dalam senarai pencarian hartanah korang.

Marina Point

Untuk menyenangkan korang, ni Abam dah siap buat rumusan 6 kelebihan yang menjadi faktor penting kenapa korang harus memilih Marina Point sebagai hartanah pilihan korang:

1. Lokasi

Lokasi Marina Point ni sangat strategik. Kalau sebut tentang Melaka, Klebang mesti terlintas dalam fikiran kan? Sebut saja Klebang, pasti kita akan terbayang akan pantainya, Muzium Kapal Selamnya dan Coconut Shakenya yang lazat dan terkenal tu..

Projek ini terletak di Jalan Klebang Besar, jalan utama untuk ke bandar Melaka. Ia hanya Dari sini nak ke bandar Melaka, korang hanya akan mengambil masa antara 5-7 minit sahaja. Dekat giller kan?

Jalan Klebang Besar ini adalah jalan masuk utama yang menghubungkan lebuhraya Utara Selatan ke bandar Melaka. 30 minit jer untuk sampai ke Lebuhraya Utara Selatan yang merentasi bahagian utara ke selatan Malaysia tu.

Marina Point dan tempat-tempat menarik di sekitarnya

Marina Point terletak berdekatan dengan pusat membeli belah dan tempat-tempat bersejarah yang menjadikan Melaka terkenal di mata dunia. Pusat Perubatan Oriental Melaka Straits Medical Centre juga terletak 2-3 minit pemanduan sahaja daripada Marina Point. Pusat perubatan ini menyediakan perkhidmatan advance care seperti general surgery, obstetrics and gynaecology, cardiology, paediatrics, dan neurology.

Terdapat sebuah pasaraya Giants Hypermarket berdekatan untuk membantu memudahkan lagi kehidupan korang di sini.

Haa korang nampak tak..? Lokasi terbaik wooo..!

2. Pemandangan

Macam Abam cakap tadi, pemandangan di sini memang mendamaikan. Bayangkan betapa damainya perasaan korang boleh lepak santai di pinggir balkoni sambil menyaksikan matahari terbenam berlatar belakangkan laut Selat Melaka.

Fuuuh boleh hilang segala stress dan tekanan kerja wooo… Bahagia hidup!

Kalau korang penggiat seni, suasana cantik dan damai ini menyumbangkan peranan yang besar dalam menjemput ilham dan mood untuk kalian menghasilkan karya seni yang kalian ceburi baik kalian seorang pelukis, penulis, maupun pencipta lagu.

Abam faham benarlah tentang mood orang-orang yang kerja macam kita ni. Kalau mood ke laut, satu apa pun tak jadi.. Kaaan?

3. Kemudahan

Selain itu, unit kediaman di Marina Point ini dilengkapi dengan kemudahan lengkap dan serba moden seperti Kolam Renang, Kolam Renang Kanak-kanak, Gimnasium, Spa, Sauna, bilik meeting dan function, terrace café dan taman atas bumbung.

Unit kediaman juga bersambungan dengan Mall. Dengan kata lain, korang mempunyai akses di bawah satu bumbung dengan lot-lot kedai dan outlet-outlet restoran pelbagai pilihan dalam mall di bawah sana.

4. Ciri Keselamatan

Haaa ni satu lagi ciri penting yang memang pembeli macam korang cari-cari. Marina Point tidak berkompromi dengan faktor keselamatan kediaman. Ciri-ciri keselamatan di sini adalah antara yang terbaik.

Ia dilengkapi dengan sistem keselamatan pelbagai peringkat yang merangkumi Kad Kunci Akses, Sekuriti berpusat dan Pemantauan CCTV, Sekuriti Dalaman, dan Verifikasi dan Pemeriksaan Pelawat.

Manakala di luar premis kediaman, ia dipasang dengan pagar secara keseluruhan dan dilengkapi dengan kamera sekuriti. Ini adalah untuk memastikan keselamatan korang dan pelawat di tahap yang optima.

5. Harga

Unit berharga hanya dari RM467,000… Memang mampu milik kan? Dengan segala ciri-ciri yang Abam cerita tadi, Abam pada mulanya macam tak percaya jer bila dapat tau pasal harga ni.

Pemaju juga menawarkan pembeli yang layak untuk membeli pakej pemilikan rumah yang menarik, termasuk yuran tempahan minimum sebanyak RM1,000 sahaja dan banyak lagi pakej-pakej menarik yang lain.. Ha, kalau nak tahu lebih, Abam sarankan korang terjah je show unit dorang… Betul korang tak akan rugi!

6. Pemaju

Sanichi Property Sdn Bhd – the sky’s the limit

Marina Point adalah projek pembangunan pertama untuk Sanichi Property Sdn Bhd, anak syarikat Sanichi Technology Berhad.

Sanichi sangat optimis dalam setiap projek yang dia orang jalankan dan sangat menitikberatkan setiap perihal demi kepuasan para pemilik projeknya. “Buy to Sell” adalah antara konsep yang Sanichi ketengahkan bagi menarik perhatian para pelabur hartanah.

Pemaju ni juga akan mengembangkan pembangunan hartanah mereka di Selangor termasuklah projek pembangunan bandar bertingkat tinggi.  

Untuk maklumat lanjut mengenai Marina Point, hubungi 606-315 2888 / 6012-7083880. Ataupun korang boleh klik link Sanichi Property di bawah untuk info lanjut:

http://bit.ly/2vA7gw4

Lokasi yang sangat strategic dan harga mampu miliknya menjadikan Marina Point mendapat sambutan hangat dalam pasaran. Ditambah pula dengan kelebihan-kelebihan seperti yang Abam nyatakan di atas, Marina Point ternyata satu pilihan yang bijak untuk korang pertimbangkan dalam pembelian hartanah korang.

Samada korang ingin jadikannya sebagai tempat kediaman, ataupun korang nak jadikannya sebagai alat untuk memberikan aliran tunai kepada kalian, Marina Point dilihat sebagai satu pelaburan yang bijak. FREEHOLD, MENGHADAP PERAIRAN SELAT MELAKA, MATAHARI TERBENAM, COCONUT SHAKE, WOW!!!!

Loading

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge